nuffnang

Sunday, June 13, 2010

Blacklisted






Kata orang kena suntik tak sakit. Macam kena gigit semut la, macam kena cubit la..
Pernahkah saya disuntik? Pernah. Suntikan BCG masa darjah enam dan semasa di tingkatan tiga. Masa kecil pun mungkin pernah.

'Rakyat Sihat Negara Selamat'
katanya (siapa yang kata..? haha)


Sejujurnya, saya takut disuntik. Ya, saya mengaku. Penakut. Perasaan bila jarum menembusi kulit, macam tak seronok je. Tapi memang tak sakit pun kan. Cuma tak suka.

Pernah semasa berumur 19 tahun, saya disyaki menghidap demam dengki. Eh, demam denggi. (haha, tulis macam tot) Di tangan saya tiba-tiba muncul bintik-bintik merah. Lagipun masa tu, saya memang tengah demam teruk.

Di Klinik

Saya : Doktor, kenapa keluar bintik-bintik ni. Saya kena denggi ke?
Doktor: Kalau nak tahu kenalah buat check darah.
Saya : Check darah? Ada guna jarum ke?
Doktor: Mestilah guna jarum.
Saya : Err.. Takpelah

Kalau saya tak suka disuntik, macam mana nak derma darah. Bukahkah di hospital-hospital sering kekurangan bekalan darah. Terutama sekali di musim perayaan. Adakah saya tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat yang prihatin?

Derma darah? Bukan tanggungjawab saya.. Hahahahahahahaha..
Kenapa? Nama saya sudah kena blacklist. Saya menghidap G6PD. Derma darah boleh membahayakan diri saya.

Pesanan saya kepada pembaca yang sihat walafiat. Jadilah rakyat yang prihatin.

"Dermalah Darah Kepada Mereka Yang Memerlukan"

p/s: G6PD bukanlah satu penyakit. Cuma suatu alahan..

10 comments:

myra said...

G6PD tu ape dol?

lokman hassan abdullah said...

weheyy..
aku pun same..G6PD.

Jai said...

miera: G6PD tu penyakit demam kuning mase kecik2. haha. tak cukup sel darah putih.

Jai said...

lokman: cntek la. x yah derma darah.

Syida Shu said...

laaaaa yeke . lain kali kau jadi orang tolong amek darah je lah . kau jgn derma pulak hehe

Jai said...

takkan membenarkan jarum mendekati ku.. haha

alep said...

Kcg sudah ku bilang. ko sombong. derma drh pun tedekut.

alep said...

Kcg sudah ku bilang. ko sombong. derma drh pun tedekut.

alep said...

Kcg sudah ku bilang. ko sombong. derma drh pun tedekut.

Jai said...

bukan salah ibu mengandung lip :p