nuffnang

Wednesday, March 23, 2011

i wonder


:D
thanks for reading..

Itu fesyen semata-mata

Hari ini hujan lebat.
Sambil-sambil layan bunyi hujan turun kat kelas statistic tadi, tiba-tiba dah habis 2 jam...
Tak sempat nak buat soalan tutorial.. :p

Habis je kelas, akulah antara orang awal keluar kelas. Nak balik awal katanya..
Hujan dekat Kubang Gajah pun dah nak reda..
Naik je bas, aku terus tidur..
Sampai la Simpang Empat..

Indah khabar daripada rupa, hujan kat Simpang Empat tengah lebat lagi..
Bas berhenti je, aku membuka langkah seribu.. memecut ke Kolej Kediaman..
Seperlarianku, ku terlihat gelagat insan bergelar perempuan..

Membuka tudung dan melindungi begnya..
Sayang beg katanya
Maka, diletakkan tudung diatas bahu, melindungi beg yang dipikul..
Lantas hatiku berkata..

"Itu fesyen semata-mata"

:)

Friday, March 18, 2011

Tsunami di Jepun.

Dah hampir seminggu Jepun dilanda Tsunami. Tapi aku belum pernah sekalipun melihat video Tsunami kat Jepun ni. Kalau tak silap aku tiba-tiba minggu lepas ada orang tanya, "Jepun kena Tsunami eh?". Eh ye ke.. Tak tau pulak. Ingatkan biasa-biasa je. Sekali bila buka surat khabar barulah tahu, teruk Tsunami kali ni.

Negara Jepun merupakan antara negara yang nak sangat aku pergi. Kata orang, Jepun best, sejuk, bandar dia gempak, awek jepun cun-cun, orang dia pun baik-baik dan sangat bersopan. Lagi-lagi pengaruh drama Jepun. Memang nak sangat aku pergi Jepun. Selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Jepun merupakan negara yang paling cepat membangun.

Barang-barang keluaran Jepun pun sangat memikat di hati. Sony, Mitsubishi, Hayabusa, Honda, Suzuki, Nissan Skyline.. Nissan Skyline walaupun nampak macam kereta sedan biasa, tetapi diiktiraf antara 10 kereta sport terbaik di dunia.. Orang barat pun kagum dengan kereta ni dan agak jealous sebab Skyline merupakan model daripada Jepun.

Ekonomi Jepun kini sudah lumpuh sepenuhnya. Tsunami kali ni menyebabkan Jepun kerugian hampir 300 billion. Negara yang bergantung dengan Jepun pasti akan merasai beban yang sama. Malaysia pun banyak melakukan aktiviti import export dengan Jepun. Dalam masa terdekat ni mungkin tak terasa sangat. Lepas 2,3 bulan atau pun hujung tahun ni, mesti akan terasa kesan dia.

Tsunami di Jepun diburukkan lagi dengan kebocoran loji nuklear. kebocoran loji nuklear akan menyebarkan radiasi ke kawasan sekitarnya. Radiasi merupakan sesuatu yang tak dapat dielak oleh manusia. Radiasi diukur dengan apa benda tah. Lupe pulak. Aku baca surat khabar metro kat warung depan tu petang semalam.. x-ray, gamma ray, proton bagai tu semua mengeluarkan radiasi, tetapi dalam jumlah yang kecil je.

Pendedahan yang terlalu banyak terhadap radiasi boleh menyebabkan kanser dan kematian. sekarang ni ramai orang takut keluar rumah, hujan ada radiasi katanya.

Adakah ekonomi Jepun mampu dipulihkan? Berapa lama masa diperlukan? Apakah peranan kita? Kita tunggu dan lihat.. Apa-apa yang boleh kita tolong kita tolong. Insya Allah. Bersykurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ketahuilah bahawa lebih ramai orang di luar sana yang lebih malang daripada kita.

Banyak-banyakkanlah beristighfar dan ucapkan

Alhamdulillah.

Friday, March 4, 2011

Bismillahirrahmanirrahim..


"Ya Allah Ya Tuhanku, bantulah hambamu ini menempuhi hari-hari sukar dalam hidupnya. Tabahkanlah hatinya seperti mana KAU tabahkan hati umat-umat yang terdahulu. Masukkanlah dia ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Tunjukkanlah dia jalan yang lurus, jalan orang yang yang ENGKAU kurniakan nikmat ke atas mereka. Bukan jalan orang yang ENGKAU murkai dan bukan jalan orang yang sesat"

AMIN

never

Perkara hangat malam ni.. Jangan sesekali melibatkan saudara-mara dalam urusan perniagaan anda. Hanya ada dua kemungkinan yang akan berlaku jika saudara-mara terlibat dalam aktiviti perniagaan anda.

  • Menjadi rakan kongsi
  • Menjadi musuh
Kalau jadi rakan kongsi tu bagus la..
Kalau jadi musuh memang tak best.. dah la tiap-tiap tahun nak kena jumpa dekat kampung, ada kenduri, hari raya, orang kahwin dan macam-macam lagi . Kalau dah jadi musuh, memang tak best. Nak balik kampung pun malas. Takkan nanti dah beranak-pinak pun nak kekal lagi sebagai musuh.

Kesimpulannya, saudara-mara harus kekal sebagai saudara-mara untuk mengelakkan perkara-perkara tak diingini berlaku.
Kalau betul nak jadi partner sekali pun, offer job ke, bincang la betul-betul.

*yang sudah tu sudah la.

Tuesday, March 1, 2011

decided

I'm done.

I'm following my own path.
But, I never change..
I still there..
Caring for all for you..

Separated?
Might be the worst and the best..
To give a space to breath and think..
Life is hard..

Men grow..
with a dreams and desires..
to achieve the goals and objective of the organization ( da start da.. haha)

Life..
Teach us the need of trust..
The important of honesty..

One day..
I'll be back..
As a new MAN..
A MAN in a tuxedo..ready to fight (eh..)

This is my life..
I have decided..
I need a break and space..
FOR A WHILE..

Just relax and cool..
Nothing's gonna change..
Tell me when you need me..
I'll always there for you..
because..
WE ARE FAMILY..



"sayang korang la"