nuffnang

Thursday, November 3, 2016

Aku Budak SL1M Malaysia Airlines

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Yang saya muliakan tuan pengerusi majlis.. .. .. dan sebagainya. 

Ok. Nak cerita ni. Lepas habis study tahun 2013, aku kerja kat Call Center Kereta Sewa yang sungguh la manual. Terus buat aku menyampah bunyi ringtone Nokia masa tu. .. .. 

Dan aku pun pada suatu ketika di hari raya Aidilfitri yang kelima terlibat dalam kemalangan jalan raya yang agak tragis. Tapi kereta je la tragis. Aku kemalangan sorang-sorang je. Tangan je yang patah dan beberapa pokok pisang la kot. Sebab masuk kebun pisang. Recovery period boleh tangan lama. Tapi siapa sangka, doa makbul weh. Alhamdulillah. 

Dan pada bulan May 2014, aku pergi open interview Malaysia Airlines. Ramai gile~  First time wey pergi open interview. Masa tu masuk interview lima ke enam orang sekali. Dan tak silap aku mungkin ada 2,3 orang interviewer dalam tu. 

Jun 2014. Alhamdulillah. Dapat weh. Masa tu kira siapa yang datang memang dapat sebenarnya. haha. Aku batch ke 2. Ramai kitorang masa tu, ada la dalam 160 orang. Batch paling ramai. Meriah. Sebulan training kat Malaysia Airlines Academy. Ha.. Masa tu dapat la sorang kawan steward. Training sama tempat kan. 

Habis je training sebulan, masuk airport. Ground staff ni ada tiga department. Check-in counter, Pax Handling dan FOCA (Foreign Carrier). 2 minggu pertama kitorang tukar-tukar department dulu. Seminggu counter, seminggu pax handling. Tak sempat merasa foca masa tu, dah dapat department masing-masing, untuk setahun. Aku duduk pax handling. Pax handling ni kau buat semua departure and arrival kapal Malaysia Airlines. 

Seminggu ke 2 minggu rasanya ikut senior, lepas tu sendiri. Bila aku cakap sendiri ni, maknanya memang sendiri tau. Kau jalan la dalam airport tu sendiri. Memang la buat flight dengan officer, tapi kau kena pandai tengok jadual sendiri la. Masuk pagi-pagi kau kena login system, lepas tu tengok schedule sendiri untuk satu hari dan schedule ni boleh berubah-ubah ikut flight punya time. kadang-kadang dia delay. kat sini la kau nak belajar kenapa jangan senang-senang blame airlines bila flight delay. Banyak faktor nak tengok bila flight nak terbang ni. Tak nak cerita, korang rasa la sendiri. Hehe. 

Dan masa tu la berlaku tragedi paling menakutkan bagi mana-mana Airlines. Tragedi MH17. Aku baru balik daripada airport. Dapat berita kat whatsapp. ''Kapal kita jatuh weh. Kena tembak!".. .. .. .. ..

Hari-hari seterusnya memang mencabar. Tiap-tiap bulan aku rasa nak berhenti. Mana taknya, ada hari kau kena marah ngan passenger, kena marah dengan officer. Silap tu silap ni. Tapi kebanyakan daripada kitorang memang tabah dan sabar la. Semua jadi tiptop. Kau bayangkan, ni da bukan macam training. Kau berhadapan dengan real world, real passenger dari ceruk mana seluruh dunia. Semua ada. Apa yang staff buat, semua kau buat. Kalau kau silap buat, airlines yang akan kena denda. 

Lepas beberapa bulan tu baru kau dapat duduk transfer desk. Transfer desk ni best. Hahahaha. Nangis nak cerita. Kat sini la tempat kalau kau betul-betul nak belajar. Belajar check-in, belajar dengar masalah, kena maki kena jerit, sini la.. yang viral kat youtube tu transfer desk la. Tapi serius, tempat paling cepat kau belajar. Aku pernah weh, couple lelaki Europe dengan perempuan Thai. Nak transit New Zealand. Tak lepas weh. Sistem tak lepas yang perempuan Thai. 

Aku siap call imigresen New Zealand kot mintak tolong. Tak lepas jugak. Mintak tolong semua talian hayat yang aku ada. Guna semua *entry yang aku tau. Tak lepas jugak. hahaha. Dia maki aku 3,4 jam. haha. Last2 aku cakap ''You better go to the hotel now, tomorrow you come again". Dia pun cool down dan cakap OK. Nampak. belajar handle orang paling susah. 

*entry = Kat sini la kau macam belajar jadi hacker. hahaha. apa yang korang kena tahu. Airlines ni pakai system yang tak semudah macam kau buat booking. Ok cuba bayangkan. Blank screen warna biru, kau taip entry contoh macam ni. SDD:MH002, pastu ENTER. Baru keluar details. Lepas tu kau bayangkan, tengah kelam kabut ni kau lupa entry. hahaha. Jahanam, jahanam. Tapi sentiasa ada la buka nota dengan kau. Sebab kadang-kadang kau memang terlupa. Lepas ni kalau korang pergi check-in kat airport tu, cuba tengok staff tu menaip macam mana, mana ada guna mouse. 

Masa kitorang baru bulan ke enam kat airport, kitorang dah dapat jin. hahaha. Masa kitorang mula-mula masuk airport kan kitorang ikut staff seminggu dua, masa budak SL1M batch 5 ke 6 masuk, ikut kitorang pulak. haha. Tak rasa power ke. Power kan. hahaha

Memang gaji tak tinggi mana. Tinggi pun kalau kau buat OT maximum. 104 jam. gile la.. Baru la dapat RM2500. Kalau tak,dapat macam aku je. OT average 70 jam. Gaji dalam RM1800+.

 Ramai tak tahan. Tiap-tiap bulan ada je yang berhenti. Tak tahan. Tapi aku Alhamdulillah dapat tahan. Daripada rasa nak berhenti tu, aku habiskan juga setahun. Dapat sijil. Malaysia Airlines offer ke tak kerja masa tu? Offer.. tapi aku memilih untuk berhenti. Niat aku nak manfaatkan bulan puasa dan raya dengan family. Tahun sebelum tu kan puasa raya semua kat airport. Alhamdulillah, sebulan aku istiqamah berbuka kat masjid.. .. ..  Da sebab aku buat part time kat masjid ^^  
haha. 

Aku berhenti bulan Jun 2015, bulan 10 aku masuk AirAsia pulak. Customer Care Department. kat sini duduk office pulop. (Tapi tak lama, 7 bulan je. aku tak suka duduk dalam office)

Aku biasa kalau cerita dengan kawan-kawan, sejam jugak cerita pasal airlines ni. Banyak sangat cerita yang best-best + tak best. Kesimpulannya terserah kat korang jugak. Mana-mana kerja pun ada best, tak best nya. Aku amalkan doa ni tiap-tiap kali nak melangkah masuk airport. 

"Ya Allah, berikanlah aku kebaikan dalam pekerjaan ini dan kebaikan yang ada didalamnya, dan jauhilah aku daripada kejahatan pekerjaan ni dan kejahatan yang ada didalamnya." 

Insya Allah, urusan dipermudahkan. 

Skill apa boleh dapat kat sini?

Hmm. 
1) Interpersonal skill. of course la. Hari-hari kau cakap dengan orang. Foreigner, artis, menteri, CEO, orang putih, orang tak putih. Dan kau jangan double standard la. Orang putih ke, Mat Bangla ke Mat Arab ke. 

2) Operation management. Skill ni kau dapat bila kau dah hari-hari buat departure dan arrival. Silap kat sini maknanya flight kau delay. Tu je aku nak cakap. \

3) Problem solving. Problem ni macam-macam ada. Tiap-tiap hari lain-lain masalah, lain-lain orang kau jumpa. Tapi rileks, tenang. Anda boleh. haha. 

Ini tiga yang utama la. Yang lain tu hangpa cari sendiri. 
Sekian. 



1 comment:

Mohamad Hazim Isa said...

Nak tanya mcm mna aply kerja Airasia dulu .tq