nuffnang

Wednesday, December 28, 2016

Kubah yang mana satu?

Disebabkan korang dah suruh cerita, aku pun cerita la sikit. Semua orang ada kisah tersendiri, dan setiap kisah punya pahit manis yang cuma kita dapat rasa. Daripada kisah-kisah ni la, Allah takdirkan kita bertemu dan satukan hati-hati kita dengan cinta, kasih sayang dan rahmatNYA. Manusia hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah pastinya yang terbaik buat kita. Dan Allah tau baik dan buruknya buat diri kita. 




 Sebelum nak mulakan cerita, rasanya ramai dah baca kan cerita masa aku join Daurah tahun 2013 kat sini  . Daurah 2013Kalau belum baca, elok baca dulu. Cerita tu separuh jalan sebenarnya. Tak cerita pun macam mana aku boleh nak join daurah masa tu. Cuma cerita dah sampai kat masjid. 

Betul-betul aku jatuh cinta dengan Masjid Negeri ni masa tahun 2012. Masa tu tengah praktikal kat Bukit Jalil. Tapi selalu ada kerja area Shah Alam. Boleh kata suku masa praktikal habis atas jalan raya. Habisku lenjan Proton Satria merah bos sampai rosak sport rim. 

Ingat lagi satu hari tu hari Jumaat. Singgah masjid untuk solat Jumaat. Berdiri tepi menara sebelah tempat wuduk lelaki. Peh! Tinggi baq hang. Jakun kejap aku tengok masa tu. Kira, 10,20,30,40,50.... uish 100 meter ni~ :D

Masa-masa tu jugak la aku selalu perasan member sekolah aku, Kadiran Ombak a.k.a Ali selalu je ada program kat Masjid Negeri. Mesej tanya dia. "Kau buat apa kat Shah Alam, aku nak join jugak". Bulan puasa tahun 2013, aku dah start berkhidmat kat Masjid Negeri. Tolong pegang tabung derma je. Masa tu jugak la pertama kali jumpa Ustaz Mahmud. 

12 Ogos 2013, bersamaan 5 Syawal 1435H aku accident. Kereta teruk. Alhamdulillah aku patah tangan je. Tangan kanan. Nasib baik aku kidal. 


Tudia. Terbalik. Nampak tak tiang dengan pokok ni. Aku masuk tengah.


Satu aku nak pesan, seat belt tu pakai la. 


Ni sebelum masuk operation room. Masih tersenyum. Lama tunggu. Accident 3.30pagi. Operation dalam pukul 7 petang. 


Ni aku curi-curi snap daripada screen doktor. Tah siapa tah tertinggal sikat kat dalam tu. :p
Urat putus, hilang nikmat nak gerakkan pergelangan tangan masa ni. Jari pun hancur. Nak tengok? Nak tengok PM. Tak boleh letak kat public. Ngeri.

Sebulan je lagi ni nak konvo, fikir-fikir jugak masa tu nak pergi konvo ke tak. 


Dan aku pergi... 


Raja Muda. "Awat tangan", aku jawab. "Accident sikit."


Yang ni kelakar. Aku suka gila.:)

And finally sampai la nak ke hari-hari nak mula daurah. Cakap kat mak aku. 

"Mom, can I go to Shah Alam?" aku tanya. 
"No, I don't give you permission to go to Shah Alam" serius la kitorang speaking BI kat rumah? Takla, mak aku Johor pure. 

Tapi aku kecewa gila masa tu. Nak nangis aku. Walaupun mak aku tak bagi, aku kemas jugak beg. Mak aku tak bagi bukan apa. Sebab aku kan baru lepas accident. Pergelangan tangan pun longgar lagi. Mana nak lepas anak bongsu dia ni pergi Shah Alam sorang-sorang. Tapi masa tu la aku belajar cakap dari hati ke hati dengan mak aku. 

Aku cakap kat mak aku, ni untuk kebaikan aku dan mak aku kena sokong. Kalau mak aku tak sokong, siapa lagi nak sokong aku. Mak aku diam je. Tapi Alhamdulillah, akhirnya mak aku redhakan aku pergi. 

Daurah ni satu benda yang baru untuk aku. Aku tak pernah jadi fesi. Peserta je selalu.  Tu pun yang free. Yang berbayar langsung tak pernah. Aku kuatkan diri, tempuh 5 minggu (1 minggu aku balik buat fisio n appointment dengan doktor kalau tak silap). Memang antara keputusan terbaik aku pernah buat dalam hidup aku. Lepas aku accident, aku dah makin tabah. Pada aku, selagi tak cuba, mana nak tau. Sebab sebelum ni kita hidup dengan cakap-cakap orang. Jangan buat itu la, jangan buat ini la, ini tak betul, tu tak betul. Susahnya kat kita jugak akhirnya.

Masa last day tu kitorang buat sharing sampai pukul 3 pagi. Semua orang nak cerita kisah masing-masing. 


Demi meraikan sahabat, aku dengar jugak walaupun sampai tertidur-tidur. >.<

Di akhir Daurah 2013 tu la first time aku minta doa daripada sahabat-sahabat semua. 

"Minta tolong sahabat semua doakan agar Allah sembuhkan tangan saya. Saya redha tangan saya jadi macam ni atas dosa-dosa yang lepas. Tapi kalau Allah sembuhkan tangan saya, tangan ni akan saya gunakan untuk terus berbakti"

Dan beberapa bulan lepas tu, tangan aku dah boleh bergerak sikit-sikit. Alhamdulillah. 


Daurah 2013. Rendah atas/CJ.


Spot favourite ni. 

Dan join lagi bulan Mac 2014, kali ni kat Masjid Bukit Jelutong.


Mac 2014, rendah bawah/LC

Dan lagi bulan Jun 2014, Masjid Negeri Shah Alam. 


Jun 2014, Menengah/CS. Tapi tak habis, minggu kedua aku dah masuk academy. 


Sebulan kat Malaysia Airlines Academy, 11 bulan kat airport. Fikir kerja je masa tu, tak ingat apa dah. Tarikh ingat, tapi selalu lupa hari. Puasa kat airport. Pagi raya pun kat airport. Pagi raya Aidiladha pun kat airport. Nak habis raya baru dapat pergi raya. 


Raya rumah ustaz Mahmud masa ni. Masing-masing kurus sebab baru lepas bulan puasa masa ni. :)

Cukup setahun aku berhenti. Tamat latihan. Taknak sambung walaupun dapat offer sambung. 


Last thumb print. Macam pengetua bersara tak? 

Lepas tamat latihan masa tu, niat aku satu je, nak manfaatkan bulan Ramadhan dan puasa dengan mak ayah. Perancangan Allah ni hebat. Tahun yang sama, aku buat part time kat Masjid Negeri, jadi pemandu buggy. Sebulan berbuka puasa kat masjid, dapat solat berjemaah dan tarawih sekali. Kalau dah namanya rezeki kan. 


Malam last masa ni. Kitorang la pemandu-pemandu yang berkhemah. Tahun 2015. 

Lepas tu, bulan Ogos 2015 aku kerja kat Kementerian Pelancongan pulak, tak lama pun, 2 bulan je. Pekerja kontrak je a.k.a PSH. Lepas tu dapat AirAsia. Bulan Oktober masuk. Office kat LCCT. Luar nampak kosong, dalam meriah. Aku ingat masa tu, ni la jalan aku agaknya. Karier aku. Tapi tak lama jugak kat AirAsia. 7 bulan je. Aku tak minat kerja office. 


Nah bukti, gambar aku dengan Tony. 

Last bulan April. Pastu aku chow. Macam-macam aku buat sejak berhenti AirAsia. Buat bisnes drone dengan Ali, buat video kahwin, mengajar, duduk kebun. 

Siapa sangka, rezeki aku untuk kali kedua, dapat lagi bawak buggy kat Masjid Negeri Ramadhan tahun ni.


Dan apa yang paling menarik, kitorang masih kekal team driver buggy macam tahun lepas. Kitorang cuma jumpa masa bulan Ramadhan je kat masjid 2 tahun ni. Tak sempat lagi nak jumpa kat luar. Dan macam tahun lepas, aku sedaya upaya manfaatkan Ramadhan aku kat masjid. Gambar atas ni first time kitorang turun berbuka sama-sama kat padang. Last berbuka masa ni. 

Lepas-lepas tu jugak, aku rasa nasib aku dah nak betul-betul berubah. Aku ada dua interview besar. PPZ (zakat KL) dan Vietnam Airlines. Silap aku masa tu.. Aku yakin sangat salah satu daripada dua ni mesti aku dapat. Interview aku dengan PPZ cemerlang la aku rasa. Dengan Vietnam Airlines aku sampai pergi interview kedua. 

Sekali dua-dua aku tak dapat. PPZ 4 bulan aku tunggu. Bulan Ogos hantar permohonan, September dia call bagitau terpilih untuk interview, Oktober interview, November dapat result. Tak dapat second interview. Sedih kot. Kecewa. Down sangat masa tu. Tapi aku yakin, perancangan Allah ni sangat hebat. Dan aku masih berusaha untuk itu sampai saat ni. 

Hari tu masa aku datang Masjid Negeri, aku saje je datang nak tengok-tengok. Tapi bila dapat seruan untuk berkhidmat, aku kuatkan diri dan kembali berkhidmat. Dan ini tarbiah Allah buat diri aku. 

Aku malu bila masa last program hari tu, aku minta peserta tulis atas kertas apa yang dia nak tulis pasal kita fesi-fesi. 

Nak nangis bila aku baca satu kertas yang ada tulis macam ni pasal aku,

Abang Kacang.

Kebaikan
- Kuat / x marah

Keburukan 
- Xde. 

Sedangkan kita tau, kita nampak hebat sebab Allah tutup aib-aib dan kelemahan kita. 


Video ni aku tujukan buat kita semua. 

Semoga Allah tetap turunkan rahmatNYA pada kita semua. Dan pandu kita ke jalan yang diredhaiNYA. 

Kalau ada orang tanya aku Masjid Negeri Shah Alam ni yang mana satu. Aku jawab 

"Ala.. masjid yang kubah besar tu"
"Kubah yang mana satu?"
"Yang kubah biru"

Last but not least. Gambar tahun ni. 


Smart Khalifah 2016, Menengah/CS

Sorry for the long post.

#hangpanaksangat
#haamiklaamikla
#naksangatkan
#maafkansayadoakansaya
#cintakubahbiru
#smartkhalifah



1 comment:

muhammad arif said...

Tahniah cang...terbaik...satu perkongsian yg baik... semoga berjaya dunia dan akhirat... hehe..jgn lupe nasi arab...hehe