nuffnang

Saturday, December 25, 2010

Bukit Belacan VS Bukit Tabuh



24 Disember 2010 - Bukit Belacan

Bangun daripada tidur je, aku terus bersiap menuju ke Bukit Belacan yang terletak tak berapa jauh dari rumah aku. Lima minit naik kereta dah sampai. Iwan ajak aku pergi sebab dia kata selalu pagi-pagi ada orang buat Tai Chi dekat situ.. Tapi masa kitorang sampai, Tai Chi da habis dah pun. Dan kalau bernasib baik, kitorang ingat nak buat photoshoot, nak tangkap gambar Ray of Light (ROL). Tapi tak jadi pulak..


Bermodalkan seringgit, kitorang pun masuk. Ramai gak orang pagi-pagi ni.. Kitorang jogging sampai hujung. Tak la penat sangat sebab jalan kat Bukit Belacan ni rata je.. Jalan tar pula tu.. Lepas da push up sikit dalam 100 kali (campur jumlah semua orang. haha).. Apa lagi...

MANDI TIME..!!!!

Back flip, front flip, terhempas, gaya peluru, semua ada.. Masa nak balik tu kan.. tiba-tiba..





Lepas tu pulak..




Saja je kejar-kejar... Nak bagi makan sebenarnya.. hehe



25 Disember 2010 - Bukit Tabuh

Aku selalu jeles dengar Tot mendaki gunung.. Syida pun dah sampai Kelantan mendaki gunung.. Tapi Tot lagi jauh.. Mount Bromo sana.. haha

Aku pergi dengan Fikri Nordin a.k.a Apok je.. Berdua. Dua-dua tak pernah sampai. Pengalaman yang kitorang ade pun setakat pergi hiking dekat Bukit Broga dengan Sungai Chiling.. Pendekkan cerita, kitorang naik mengikut satu trek ni selepas diberi direction oleh sorang guard yang berstatus foreigner.. haha.. Memang mencabar la jalan yang lu bagi bang.. haha

Bila dah masuk hutan ni, jangan la main redah je.. Bacalah ayat-ayat suci sebagai pelindung.. Moga-moga perjalanan pergi dan balik selamat. Jalan yang kitorang lalu tu bukannya denai.. Setakat lorong-lorong je.. Pergi kanan, pergi kiri... " Ha, tu jalan..". Entah-entah lorong binatang.. haha.. Dengan kuasa Allah tiba-tiba hujan turun.

"Macam mana ni, nak patah balik ke?"
"Lepak dulu, kejap je hujan ni"

Lepas da reda kitorang naik lagi.. Sampai la pada situasi di mana, mana jalan? hahaha.. Dengan kuasa Allah, hujan lagi.. Lebat sikit dari tadi..

"Rasanya kena patah balik la, kang sesat pulak"

Itulah orang kata, kalau kau ingat Tuhan, Tuhan akan tolong kau.. Beri petunjuk.. Haa..
Bermodalkan ilmu yang aku perolehi dari Discovery Channel, Bear Grylls kata, turun ikut sungai.. hahaha. Nasib baik ada anak sungai.

Sampai la kitorang jumpa satu pondok. Ada orang tengah sembang-sembang dekat situ.. Dia pun tunjukkan jalan yang betul..

"Tu ha.. Nampak jalan terang tu"

Kitorang ikut jalan tu.. Tapi bukan naik, makin turun.. Rupa-rupanya jalan naik ada banyak.. Kitorang yang salah ikut jalan. Nampak pulak, babi hutan berlari-lari merentas hutan.. Wah,wah.. Bukan seekor ya kawan-kawan.. Satu family gitu.. haha

Lepas patah balik, baru la nampak jalan naik yang betul.. Takpe la, lain kali je.. Haha.. Matahari pun dah naik..




(^_^) : Bukit Tabuh banyak pacat. Lagi-lagi lepas hujan..

2 comments:

Anonymous said...

gambo last tu comel la cang. hahaha .pancet

Jai said...

tot: kate nk gi scuba. jom. haha