nuffnang

Wednesday, June 9, 2010

Tak sengaja la kawan





Super ring. Salah satu daripada makanan ringan kegemaran budak-budak. Mana tidaknya, siap masuk iklan TV lagi. Lagu dia pun dah hafal sikit.


Super Ring lazat Super Ring riang,
Super Ring lazat jom bergembira.


Apa istimewanya Super Ring ni? Nama pun ring. Nak makan susun dulu kat semua jari. Lepas itu, makan satu-satu. Bahagian terakhir yang paling diminati. Jilat semua jari dengan penuh nikmat. Kemudian meneruskan perjalanan. Eh, sebentar. Mana plastik super ring tadi?

*Tiga meter di belakang, Satu meter ke bawah, plastik Super Ring tadi telah bersatu dengan dengan sampah-sarap lain. Turut kelihatan di dalam longkang tersebut adalah plastik Twisties, coklat Cadbury, Apollo, Roka dan bermacam-macam lagi. Bagi sampah yang tidak dikomersialkan pula adalah pembungkus burger, plastik barangan bewarna merah dari kedai runcit, plastik keropok lekor, dan bekas air seringgit.





Inilah masalah kita. Sudah terbiasa dengan semua ini. Kadang-kadang bila ada yang menegur. Jawapannya macam biasa,

"Eh, tak sengajalah."


Sebenarnya, diri kita ini telah terdidik dengan cara ini. Sejak dari kecil lagi kita sudah biasa dengan tabiat ini. Ini tabiat yabg tidak baik. Kita perlu berubah. Kita mesti berani menegur. Lebih-lebih lagi pelakunya kanak-kanak, budak-budak(budak besar pandai fikir sendiri la) Tetapi, berapa ramai sangatkah antara kita hendak menegur jika budak-budak membuang sampah merata-rata. Kita rasa, ala budak-budak, biasalah.

Jangan. Kita perlu menegur. Tegurlah dengan cara elok. Tunjukkan tong sampah. Jelaskan fungsinya. Jelaskan akibatnya jika sampah dibuang merata-rata. Jangan berkasar, budi bahasa sangat penting walaupun bertutur dengan kanak-kanak.

"Dik, tolong buangkan sampah ni boleh?"

Kanak-kanak ibarat kain putih. Kain itu perlu dicorakkan.
Orang dewasa pula ibarat kain batik, sudah bercampur semua warnanya. Hanya tinggal masa untuk pudar. Saya sudah tidak sanggup lagi melihat banyak sungai dijadikan tong sampah, banyak longkang tersumbat hingga membuakkan isi perutnya.

Kita boleh berubah, pilihan di tangan kita. Pegang atau lepaskan.





Sayangilah sungai kita.


p/s: suruh budak sebelah rumah kutip balik sampah yang mereka buang dalam longkang

4 comments:

Iwan Harianto B Mohd Saad said...

teringat zaman form5 aku tegur kawan2 aku buang smpah dlm longkang mase makan kt tepi longkang..
tp apekan daya, seperti kate kau chang, mereka adalah kaen yg da berwarne gelap2..
ta makan teguran.. ~_~'

Mohd Azdn Jaafar said...

kain batik murah tu.. haha

bukan seekor lembu said...

bagos cang. ko da bole ganti karam sign walia dalam aduan rakyat. hahaha

Mohd Azdn Jaafar said...

hahaha. trimas tot.