nuffnang

Monday, June 7, 2010

Muqaddimah

Assalamualaikum.. selepas 3 tahun mendaftar dengan blogspot ni, barulah sekarang saya ada kekuatan, keyakinan dan keberanian untuk menulis sesuatu. haha. Paling penting adalah kesungguhan.. Dalam masa tiga tahun ni, macam-macam perkara sudah berlaku. Gembira, sedih, suka, duka dalam kehidupan saya sebagai seorang remaja biasa. cewah.

Maka, dimanakah tempatnya untuk meluahkan segala perkara yang berlaku.. Siapakah yang akan mendengar segala permasalahan dan persoalan yang tiada akhirnya.. Dengan ini, bermulalah karier saya sebagai seorang penulis blog. Blog, tempat untuk menulis, ruangan berbicara, lubuk persoalan, perpustakaan ilmu dan kreativiti penulisan yang berterusan.

Saya berharap, blog saya akan dipenuhi dengan entry yang berguna, entry yang dicari-cari, pandangan yang berwawasan, ilmu yang dapat dikongsi dan bebas dari kejahilan. Penulisan saya juga akan dijaga demi memelihara Bahasa Melayu. Pesanan saya kepada anda, bersyukur :)