nuffnang

Wednesday, June 9, 2010

Enampuluhsen

*Gambar hiasan




Lokasi: Carrefour Ampang
Masa : 4.30 pm


"Dapat 3 je hari ni"

Eh, seorang pak cik tiba-tiba bercakap denganku sedang aku menyusun barang di raga motor.

"Kalau kat Melaka hari tu banyak. Tapi takde duit. Malas nak kemaskan" sambung pak cik tu lagi. Aku mengangguk dan tersenyum saja.

"Hari ni ada 3 troli. Satu troli ada 20sen. Dapat dah 60 sen." kata pak cik itu.

Pak cik tersebut kemudiannya terus berlalu meninggalkan aku yang masih belum sempat berkata apa-apa.

Inilah sikap kita. Tidak bertanggungjawab. Troli di pasar raya sering kali ditinggalkan di pakir kereta. Mungkin anda tidak kisah kerana nilainya hanya 20sen.
Tetapi, apa yang perlu anda kisah sebenarnya adalah sikap anda yang menyusahkan pemandu lain. Nasib baiklah ada pak cik tu. Prihatin. Mestilah, sebab ada 60sen.

p/s: saya pernah tengok kawan saya buang duit syiling 20sen dalam longkang..

2 comments:

Anonymous said...

true story ni cang?sedeh..;(

Jai said...

betul tot :)