nuffnang

Thursday, June 10, 2010

Kay ilek be..






Lesen Memandu Malaysia.


Siapa ada? Awak ada? Takkan tak buat lagi?
Saya ada. Eh, bangga ke ni. Taklah. Bagitau je.


Imbas kembali 2 tahun lepas...
-Perasaan masa baru dapat lesen (lesen P je pun). Memang bangga habis. Asyik keluar masuk rumah. Praktikal katanya. haha. Tak habis-habis nak pergi kedai.

"Mak, nak beli apa-apa tak. Nak pergi Carrefour ni" ayat biasa bila rasa nak habiskan minyak.

Kalau menunggang atas jalan raya. Semua orang salah. Kau sorang je yang betul. Bila mencelah tak ingat dunia. Jalan tengah sesak pun, mesti laju. Ikut pun rapat-rapat.
Bila kereta depan brek. Ha, mula la. Emergency brake . Selalu sangat. Jalan Ipoh, Jalan Ampang, depan hospital, Segambut dan beberapa tempat lagi. Habis botak tayar belakang dibuatnya.

Kalau memandu pula,laju tu biasalah. Tapi tidaklah sampai merbahaya. Ikut tempat juga. Mestilah, kalau kereta yang berlanggar memang susah nak selesai. Mula la nak bertekak tepi jalan.

Sekarang.
Kira dah hebat la ni. Gempak katanya. Laju tetap laju. Tapi takde la macam dulu. Kali ni lebih berhati-hati. Laju pun bila jalan raya kosong ataupun di lebuh raya. Peraturan jalan raya mestilah dipatuhi. Langgar lampu merah pun di tempat yang 'betul'. Jalan-jalan kampung ataupun di taman perumahan. Ye la, kereta takde pun nak kena tunggu lama-lama ke.
Kira dalam 2 tahun ni, saya tak pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Cuma terlibat bab-bab berhentikan motor tengok orang lain yang kemalangan (punca sesak la ni).

Semalam!!
Dailog Si A dan Si B.

Si A: "Eh Si B, dah rapat dah nie"
Si B: "Kau rilek je"

Tekan minyak dan.. *ZREEETTT...!!!*

Si A melihat melalui cermin sisi lalu berkata dengan nada cemasnya..

Si A: "Gile teruk..!! teruk gile do..!!"
Si B: "Kau biar betul. Alamak..."

Malang tidak berbau. Berhati-hatilah di jalan raya. Hehe.

.PAKAI TOPI KELEDAR. INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.

p/s: Balik dari Bangsar terus hantar bengkel Ah Kei.

5 comments:

testarossa said...

terima kasih. cerita kau mcm aku ar ngn member aku . hahaha

Mohd Azdn Jaafar said...

hahahaha.. ego tu ego.. haha

pushkalerlife said...
This comment has been removed by the author.
biyanan jamaludin said...

ble lg nk bwk laju2 bang...hahaha

Mohd Azdn Jaafar said...

biyanan: bkn tgh bwk laju pun.. bergesel dinding kat umh bele je. haha