nuffnang

Friday, March 18, 2011

Tsunami di Jepun.

Dah hampir seminggu Jepun dilanda Tsunami. Tapi aku belum pernah sekalipun melihat video Tsunami kat Jepun ni. Kalau tak silap aku tiba-tiba minggu lepas ada orang tanya, "Jepun kena Tsunami eh?". Eh ye ke.. Tak tau pulak. Ingatkan biasa-biasa je. Sekali bila buka surat khabar barulah tahu, teruk Tsunami kali ni.

Negara Jepun merupakan antara negara yang nak sangat aku pergi. Kata orang, Jepun best, sejuk, bandar dia gempak, awek jepun cun-cun, orang dia pun baik-baik dan sangat bersopan. Lagi-lagi pengaruh drama Jepun. Memang nak sangat aku pergi Jepun. Selepas peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, Jepun merupakan negara yang paling cepat membangun.

Barang-barang keluaran Jepun pun sangat memikat di hati. Sony, Mitsubishi, Hayabusa, Honda, Suzuki, Nissan Skyline.. Nissan Skyline walaupun nampak macam kereta sedan biasa, tetapi diiktiraf antara 10 kereta sport terbaik di dunia.. Orang barat pun kagum dengan kereta ni dan agak jealous sebab Skyline merupakan model daripada Jepun.

Ekonomi Jepun kini sudah lumpuh sepenuhnya. Tsunami kali ni menyebabkan Jepun kerugian hampir 300 billion. Negara yang bergantung dengan Jepun pasti akan merasai beban yang sama. Malaysia pun banyak melakukan aktiviti import export dengan Jepun. Dalam masa terdekat ni mungkin tak terasa sangat. Lepas 2,3 bulan atau pun hujung tahun ni, mesti akan terasa kesan dia.

Tsunami di Jepun diburukkan lagi dengan kebocoran loji nuklear. kebocoran loji nuklear akan menyebarkan radiasi ke kawasan sekitarnya. Radiasi merupakan sesuatu yang tak dapat dielak oleh manusia. Radiasi diukur dengan apa benda tah. Lupe pulak. Aku baca surat khabar metro kat warung depan tu petang semalam.. x-ray, gamma ray, proton bagai tu semua mengeluarkan radiasi, tetapi dalam jumlah yang kecil je.

Pendedahan yang terlalu banyak terhadap radiasi boleh menyebabkan kanser dan kematian. sekarang ni ramai orang takut keluar rumah, hujan ada radiasi katanya.

Adakah ekonomi Jepun mampu dipulihkan? Berapa lama masa diperlukan? Apakah peranan kita? Kita tunggu dan lihat.. Apa-apa yang boleh kita tolong kita tolong. Insya Allah. Bersykurlah dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Ketahuilah bahawa lebih ramai orang di luar sana yang lebih malang daripada kita.

Banyak-banyakkanlah beristighfar dan ucapkan

Alhamdulillah.

No comments: