nuffnang

Sunday, July 31, 2011

BORED

Aku dah kata kedai aku bosan.. Ni la mangsa..

Saturday, July 30, 2011

Menanti ahli BAHARU

ok. Pertama sekali memang aku akan anti perkataan baharu ni.. Dan aku belum tahu lagi siapa yang gatal-gatal pergi tukar dari baru ke baharu.. Mesti dia bangga gila bila tengok semua iklan sekarang pakai perkataan baharu. 'Inilah produk baharu daripada kami'.. =.='

Sekarang ni aku sedang menantikan kedatangan ahli baru dalam keluarga aku. Dah masuk bulan ke sembilan dah sekarang ni. Bila-bila masa je boleh sampai ahli baru tu.. hehe

Tadi pegi ambil kakak dekat Putrajaya.. Dari jauh nampak dia jalan, terkeluar ayat ni..

"Kesian si perut besar ni.." hehe

Semoga segalanya selamat

Insya Allah.

Saturday, July 23, 2011

N4P4HG


a) Rantai basikal





b) Semburan asid



c) Pedang samurai?



JENAYAH MEMBAWA PADAH
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Friday, July 22, 2011

life is simple

the simple the hardest..





simple kan..

Wednesday, July 13, 2011

Tanah Tumpahnya Darah

Bersih 2.0 baru saja berlalu. Dimanakah anda ketika itu..? Adakah anda dirumah takutkan huru-hara. Ataupun memilih ke pinggir bandar mengelak kesesakan lalu lintas. Sungguh beribu-ribu orang rakyat Malaysia memlilih untuk berkumpul di tengah bandar raya. Melayu, Cina, India.. Ramai.. Bersatu padu untung mempertahankan perjuangan mereka. Di situ kelihatan orang bertakbir.. Allahhuakbar!! Allahhuakbar!! Melayu, Cina, India.. Semua bertakbir..

Mereka, berarak, bersorak, menjerit...

Kerajaan hari ini cuba ditumbangkan dengan pelbagai provokasi.
Pembangkang juga cuba dilemahkan dengan provokasi dan kontroversi..

Bersih 2.o..
Siapakah dalangnya.. Ambiga..?
Oh Ambiga.. Antara orang kuat yang menyokong isu Murtad Lina Joy..
Terkenang bukan..
Jika dulu ramai Melayu yang katanya isytiharkan jihad terhadap Ambiga..
Namun hari ini, Ambiga diangkat pada isu yang sengaja dihangatkan..

Ingatlah, jika hari ini pembangkang menggunakan kekerasan dan kekasaran untuk memerintah negara. Barisan National juga akan melakukan perkara sama jika mereka tewas.. Dan perkara ini akan berterusan.. Kerana tanah yang dijulang dengan tumpahnya darah, akan kekal begitu selama yang kita tidak jangka..

Tuesday, July 5, 2011

Smile Daniel, you are on TV

Ketahuilah kawan-kawan tentang jari kelingking tangan kiriku ini yang dah lama terasa kebasnya. 6 bulan menanggung derita, akhirnya aku pergi berurut..

Sungguh sepanjang 6 bulan lalu, jari kelingkingku a.k.a Daniel tidak mampu bergerak bebas seperti adik-beradiknya yang lain.. Tatkala semua jari bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang akan dihantar esok hari.. Daniel hanya berdiri kaku di situ memerhatikan sembilan jari menekan-nekan papan kekunci.. Aku rasa kasihan melihat muka Daniel yang kadang-kala sedih mengenangkan nasib menimpa dirinya.. Menitis air mata Daniel pabila melihat jari manis a.k.a Dobson terpaksa mengambil alih tugasnya menekan huruf A, Z, dan Q...

Semangat untuk pergi berurut semakin tinggi apabila aku melihat Daniel tidak dapat berjuang bersama dalam Counter Strike.. Tugas utama Danial adalah untuk melihat jumlah penjahat yang tinggal bersama-sama dengan rekod pembunuhan dan kematian mereka.. Namun tugas penting itu sering kali diambil oleh jari telunjuk a.k.a Kamal.. Tanpa Daniel untuk menekan butang CTRL juga, aku tidak dapat menunduk untuk menembak lebih tepat atau mengelak peluru-peluru sniper pasukan TERRORIST..

Hari ini, hampir menitis air mataku kerana Daniel.. Sabar Daniel.. semoga kau cepat sembuh..


Smile Daniel.. You are on TV..


Kawasan hitam merupakan lokasi urat-urat yang dah lama tidur.. Ni baru lepas kena kejut.. Sakit..

Wednesday, June 22, 2011

Pakatan yang membingungkan



Tahukah anda tentang satu pakatan? Pakatan yang tidak mungkin dipercayai oleh ahli-ahli sejarah zaman dulu kala. Pakatan yang bermula dengan permusuhan. Ingatkah anda pada Zaman Batu? Zaman Paleolitik dan Neolitik. Dimana kita diajar bahawa manusia ini sedang berevolusi. Daripada beruk menjadi manusia. Setiap zaman dikatakan menambah lagi ketamadunan manusia. Benarkah manusia bermula sebagai kaum nomad? Berpindah randah dan menetap di dalam gua. Ketahuilah segala tipu daya yang diketengahkan. Murid-murid sekolah diajar mengenal sejarah manusia yang direka. Bersungguh-sungguh dalam peperiksaan awam untuk mengejar gred A bagi sejarah manusia yang palsu.

Maka apakah sejarah awal manusia sebenarnya? Dalamilah sirah nabi bermula daripada zaman Nabi Adam A.S sehingga ke zaman Nabi Muhammad S.A.W. Dimana setiap nabi itu diutuskan untuk setiap kaum. Kaum-kaum terdahulu itu ingkar tunjuk ajar nabi lalu dimusnahkan bersama segala teknologi mereka sehingga kita menyangka bahawa kaum-kaum terdahulu itu hanya hidup di dalam gua dan memburu binatang liar. Jelaskah anda tentang pembinaan Kaabah. Binaan pertama oleh manusia. Yang mana tapaknya diasaskan oleh Nabi Adam A.S dan ditinggikan oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. (terdapat perbezaan pendapat samada Nabi Adam atau Nabi Ibrahim yang membina Kaabah). Bagaimanapula dengan bahtera Nabi Nuh A.S. Sebesar-besar bahtera yang mampu memuatkan manusia dan binatang ketika banjir besar melanda.

Tidakkah kita sedar hidup ini suatu sistem. Sistem yang diperkenalkan oleh manusia. Sistem dimana yang kuat semakin kuat, yang lemah semakin lemah. Mengapa masih dianggap perkara-perkara besar itu satu kebetulan. Sedangkan ianya terang-terangan merupakan propaganda Iblis, Kafir dan Dajjal. Kajilah jenama-jenama yang dimegahkan. Setiap lambang mempunyai kod dan maksud tersendiri. Yang mana setiap kali apabila didedahkan ternyata menghina Islam dan melambangkan kumpulan-kumpulan anti Islam. Tidak pernahkah mengkaji tulisan Coca-Cola, lambang Crocs dan sebagainya. Lakukanlah amal ma'ruf dan nahi mungkar. Semoga hidup kita ini diberkati di dunia mahupun di akhirat.

Lalu, pakatan apakah yang paling membingungkan. Pakatan yang terjadi dalam dekad ini. Perubahan yang ternyata menimbulkan seribu pertanyaan. Tahukah anda sejenis haiwan bernama Kucing? Ya, kucing. Haiwan yang disayangi oleh sahabat Rasullullah.. Abu Hurairah. ataupun dalam Bahasa Melayunya bermaksud Bapa Kucing. Kucing itu diketahui mempunyai dua musuh. Anjing dan tikus. Permusuhan anjing dan kucing tidak pernah berakhir. Sehingga timbul simpulan bahasa " Bagai anjing dengan kucing ." Sehingga keluar cerita Cat and Dog dan Catdog. Masih teringat zaman kanak-kanak anda? Di depan TV menonton Tom & Jerry. Si kucing mengejar tikus untuk dimakan. Si tikus pula banyak helahnya. Namun diperhatikan kini, di negara kita kucing dan tikus telah membentuk satu pakatan. Pakatan yang membingungkan. Memegang teguh kata-kata hikmat "Buang yang keruh, ambil yang jernih."


*comel la konon macam ni. Cuba ambil tikus malaysia. Besar macam anak kucing. Perasan tak sekarang, mana ada kucing kejar tikus.. Makan pun sama-sama. Yang banyak sama dikongsi, yang sikit tengok siapa boleh bawa lari. hehe..
Macam mana la kucing nak kejar tikus. Banyak makanan terbuang.. Lagi sedap. Ye tak..

azdn: jauhi sikap suka membazir..