nuffnang

Friday, June 17, 2011

(Tips) Kekal, kurang atau lebih


Bila masuk musim cuti, antara perkara yang paling dirisaukan adalah kenaikan berat badan secara mendadak. Bila dah cuti, kita akan jauh dari segala stress belajar, tiada lagi berlapar di waktu malam, duit makan pun tak payah nak fikir. Buka mata pagi-pagi dah boleh makan. Sumbat selagi boleh. Ye tak? Biasanya cuti sem paling lama pun dua bulan je. Tapi untuk kali ni, cuti sem telah pun dipanjangkan kepada empat bulan. Bayangkanlah kalau empat bulan tak buat apa dekat rumah. Goyang kaki jadi TLDM (tidur, lepak dan makan). Mesti naik berat badan kan. Lagi nak puasa pula nanti.. Pelik. Sepatutnya orang boleh kurangkan berat badan masa bulan puasa. Tapi sedar tak sedar, lagi ramai yang makin bertambah berat badannya menjelang bulan puasa. Lepas tu raya pula, haha.. Habislah..

Ok, di sini saya nak berkongsi sedikit tips yang mampu membantu anda semua mengekalkan berat badan yang ideal macam sem lepas kat tempat belajar masing-masing..

1) Mencari pekerjaan.
Bila dah mula bekerja, maka anda tidak lagi berasa bosan hidup dekat rumah. Biasanya kalau orang tak bekerja masa cuti, mereka akan mudah bosan. Kejap-kejap tengok TV, online... Akhirnya tewas di meja makan.

azdn: saya dah nak dekat sebulan kerja dekat kedai sukan :)

2) Banyakkan aktiviti luar
Bagi yang sukakan sukan lasak, bolehlah melakukan aktiviti seperti hiking, wall climbing, kayaking , motocross, drifting, snorkeling, scuba diving, bungee jumping ataupun aktiviti payung terjun. Lompat dari kapal terbang. Boleh buat? haha.. Macam susah je aktiviti yang ni kan. Tak kisah la apa jenis aktiviti pun, tapi pastikan mampu membuatkan anda berasa seronok dan tak bosan.

azdn: teringat lagi bulan Februari lepas naik payung terjun yang ditarik dengan bot kat Langkawi

3) Elakkan kain sarung, kain batik dan seluar track
Masalah yang akan timbul bila anda pakai pakaian ni secara berterusan kat rumah ialah anda takkan sedar lilitan pinggang tu berubah samada membesar atau mengecil. Silap hari bulan nak keluar jalan-jalan ke, shopping raya nanti, baru la sedar seluar jeans, slack ataupun skinny tu dah tak muat. Nak kena beli lain. Kiranya bila anda pakai seluar jeans dan seangkatannya dengan kerap, boleh la tau kalau-kalau pinggang tu dah ketat. Baru timbul perasaan nak diet.

azdn: hari-hari pakai seluar kelas bawa pergi kerja. Setakat ni ok lagi.. Muat-muat.. hehe.. Anda?

4) Pemakanan seimbang dan bersenam
Yang ni biasa la. Kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.. Haha. Manis dan masin memang diperlukan oleh badan. Sebagai tenaga dan bla.. bla..bla.. Kalau banyak binasalah badan. Bab bersenam pula, kalau malas pergi jogging, cukuplah sekadar berjalan-jalan ambil angin petang.



azdn: memang tak suka minum manis.. Makanan pula, secukup rasa ok la..


5) Makan dengan perlahan
Ini la sebenarnya yang paling senang nak buat kalau nak jaga berat badan. Rasullullah makan pun kunyah 40 kali baru telan. Banyak manfaat kalau makan perlahan-lahan ni. Pertamanya, anda dapat menikmati makanan yang dimakan dengan secukupnya. Kedua, sistem percernaan juga akan menjadi lebih baik. Diabetes pun boleh dicegah tau. Tapi tak paham pula nak terangkan macam mana. Haha.

azdn: yang ni saya gagal. Maaf kawan-kawan. Saya makan macam berlumba. Masa join PALAPES sem satu dulu pun, Koperal tu cakap macam ni "Cepat sikit, makan macam nak perang."

Semuanya terpulang pada anda. Samada nak kekalkan, kurangkan atau tambah berat badan.. Tips satu sampai empat tu memang saya buat. Alhamdulillah, berjaya turunkan berat badan. Dalam 10kg juga. Tak sampai setahun pun. Paling ingat masa minggu pertama kurangkan berat badan, diet seminggu.. Sekilo turun. Haha. Seminggu tanpa nasi tu.

azdn: Jagalah kesihatan sementara kita masih muda.. Selagi bernyawa. Semoga mampu memberi kebahagiaan pada kita dan orang tersayang. Insya Allah..

6 comments:

Syida Shukor said...

Halamak. Cangg, macam mana ni.

Mohd Azdn Jaafar said...

syida: kalau rasa blogging tu satu senaman yang baik untuk jari.. teruskan.. semoga mempunyai jari yang slim..:p

biyanan jamaludin said...

mkn senaman yg baek utk mulut cang..camne 2..

Mohd Azdn Jaafar said...

bang bie: a'ah an.. aku tak perasan lak. haha

segar_ganesan.blogspot.com said...

Hehehe,,bagus sgt idea kamu ni......Nasid baik,i buat kerja ni...Mesti tak boring sehinggalah saya turun mkn pula....huhuhu....!!!!

Mohd Azdn Jaafar said...

segar: good to you. hehe