nuffnang

Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Thursday, April 3, 2014

Sollu 'Ala Nabi

Ramai-ramai kulihat berjubah, berserban dan berselawat.
Berkumpul beratus ribu, berselawat tanda cinta pada Junjungan Nabi kita,
Muhammad S.A.W..

Kulihat mereka sungguh asyik. Menggoyang-goyang badan. Melambai-lambai tangan..
Di tengah-tengah lautan manusia aku hanya duduk membisu. Mengikut mana-mana yang kutahu.
Sambil-sambil itu aku melihat gelagat pengunjung lainnya menerusi skrin putih nun jauh di depan.

Aku cukup risau.
Apakah yang kulihat ini hanya fenomena semata-mata.
Apakah akan terjadi nanti bila fenomena ini kian suram
Bila mana fenomena yang lain pula yang muncul.
Saat itu apakah nasib jubah-jubah dan serban-serban yang kulihat hari ini.

Paling ku risau, benarkah kecintaan ini.? 
Adakah diikuti segala yang diajar Nabi kita. 
Nabi sudah lama pergi, penggantinya ulama-ulama yang ada pada masa kini.
Namun kini ulama juga dipersoal, dipertikai.

Aku harap kecintaan ini adalah benar. 
Semoga semakin ramai pergi solat berjemaah di masjid-masjid.
dan semoga majlis ilmu menjadi minyak..
Minyak yang mengisi bekas pelita...
Pelita mata hati.. 

Sollu 'Ala Nabi.. 


Wednesday, January 8, 2014

WIFI Masjid Negeri

''Hah, 6 minggu?!" reaksi pertama aku apabila tiba pada hari pertama untuk program daurah di Masjid Negeri Shah Alam.
"Yeke.. Aku ingat lapan hari.. Yela, 18 sampai 26 haribulan kan 8 hari.. Rupanya November sampai Disember. haha."

Masa tu mula la rasa was-was tu datang. Nak teruskan ke tak nak. Lama tu 6 minggu. Aku bukan tau apa sangat pun. 

"Aku 3 minggu je tau. Nak masuk kerja dah bulan depan" alasan pertama yang aku bagi kat kadir
"Aku tak sure la.. Macam ada hal je nanti" alasan kedua
"Aku ada appointment dengan doktor la..." alasan yang berulang-ulang kali aku bagi. 

Akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan. Insya Allah pasti ada sesuatu untuk aku disini.

Mula je daurah. Setiap hari adalah suka, gembira, penat, lelah.. Konflik sana, konflik sini. Masalah sana , masalah sini. Orang tu macam tu, orang ni macam ni. Budak ni perangai pesen ni, budak tu pesen lain pulak. Macam-macam hal.

Tapi habis je daurah. 6 minggu itu adalah  memori yang terindah. Setiap saat yang berlalu itu adalah kenangan terhebat. Mula merindui suasana daurah. Rindu teman-teman. Rindu adik-adik. Rindu nak buat semua benda sama-sama. Solat berjemaah bersama, baca ma'thurat bersama, hiking bersama, jadi PIC bersama, tidur bersempit bersama, makan bersama, Qasidah bersama, ketawa bersama, senyum bersama, angkat kerusi bersama, buat modul bersama, naik banana bot bersama, berkayak bersama, solat subuh tepi pantai bersama, nyanyi lagu tema bersama, jaga malam bersama.. .. banyak lagi. :')

Alhamdulillah. Allah yang takdirkan aku disitu. Banyak yang aku dapat. 
Sampai ke hari ni, mulut aku masih melagukan doa-doa yang diajar pada adik-adik, berqasidah Ya Badrotim setiap hari.
Sampai hari ni, masih terngiang-ngiang suasana daurah di Masjid Negeri. Suara kawan-kawan buat energizer.. Bagi nasihat, bagi arahan. Sampai hilang-hilang suara.
Sampai ke hari ni, aku masih berulang-alik ke masjid negeri kalau berkesempatan.

Masjid Negeri. Ada sesuatu di situ. WIFI nya sungguh kuat. Masih terasa walau berbatu-batu :)

Terima Kasih Ya Allah.. 


"Abang tak penat ke?" seorang budak bertanya
"Penat memang penat. Tapi betulkanlah niat. Insya Allah rasa seronok."

:)

Monday, April 1, 2013

KIsah Semangat


Pepatah Melayu ada menyebut, "Air yang dicincang tidak akan putus". Biar dicincang menggunakan pedang, biar dicincang Laksamana Melaka, air dicincang masih lagi bersatu. Masih lagi mengalir. Dari hulu ke hilir. Melalui bermacam rintangan di sungai. Dari mata air, melalui liku-liku sungai yang tajam. Yang lebar dan yang kecil. 

Kemudian air-air itu terus mengalir, laju dan semakin laju... Dan akhirnya menghampiri kawasan air terjun. Tiada berfikir untuk berpatah balik. Pasti akan melaui jalan itu. Berpegangan tanganlah molekul-molekul air itu. Melalui air terjun...

"Aaaaaaaaaa....!!!!!!!!" masing-masing menjerit.

Dugaan dalam penerjunan itu. Air-air itu ditiup angin.. Maka ada antaranya berterbangan dalam bentuk partikel-partikel air yang halus, terus beterbangan di tiup angin dan bertempiasan angkara deruan air terjun yang mengganas. Dan akhirnya hinggap di dahan-dahan pokok, batu-batu sekitarnya, juga melembapkan kawasan hutan berhampiran. 

Dan air yang jatuh pula terus terhempas ke atas air sungai di bawahnya. Juga yang menghempas batu-batu besar.

"Aduuh..!!" air dan batu sama-sama mengaduh.

Tetapi semangat air tidak terhenti disitu. Itu proses jutaan tahun. Diulang-diulang sekian lama. Dialir ke bandar-bandar, lalu ke bangunan-bangunan kerajaan, bangunan parti-parti pembangkang, kilang-kilang besar, kilang-kilang kecil, rumah-rumah pembesar, rumah-rumah saudagar dan petani kecil. Air-air itu terus lagi mengalir. Ke ladang-ladang, kebun-kebun besar dan kebun-kebun kecil. Tidak mengira pangkat dan harta, keturunan dan warna kulit. Juga agama. 

Air memberi kekuatan untuk terus hidup. Memberi sinar dan harapan. Memberi kesegaran dan kelegaan. Biarpun melalui pelbagai proses semulajadi dan modenisasi. Semangat air tidak pernah luntur. Masih setia. Untuk digunakan seluruh makhluk di bumi. Selagi masih ada bumi, selagi belum tiba hari tamatnya. Kekuasaan-Nya..

Semangat kita? :)






Monday, December 17, 2012

Menjadi DEWASA


Kerusi biru di tepi cermin itu menarik perhatianku. Unik, tersusun di situ bersama-sama kerusi yang lainnya. 
Meja-meja dan kerusi-kerusi kayu, banyak. Disusun disegenap penjuru tingkap. Dari bawah hingga ke atas, begitu banyak peralatan yang disediakan.. Daripada buku-buku, komputer, TV dan perhiasan yang ada. Semuanya untuk menjadi tarikan kepada manusia. 

Aku berada disitu, di satu sudut, hanya aku disitu.. Hanya kedengaran bunyi-bunyi pendingin hawa dan sesekali tapak kaki orang yang lalu. Itupun dapat dikira dengan jari. 


Disebelah kananku, kelihatan bangunan-bangunan yang tersergam, tapi masih juga kosong. Tidak kelihatan seorang manusia pun berjalan. Dari jauh kulihat bendera-bendera yang berkibar. Merah, putih, biru. Kuning dan juga biru.  Juga bukit-bukau yang bersusun-susun. Apakah dari utara ke selatan, atau timur ke barat. Awan-awan yang yang tenang berarak, perlahan.. Juga tak diketahui dari arah yang mana. 

Disebelah kiri pula, pantai yang menyegarkan. Barisan-barisan awan yang menutupi sinaran matahari. Kosong, masih juga kosong. Diteliti dan diltelti. Kiri, kanan, atas bawah. Hujung ke hujung pantai. Ya, kertas dinding yang cantik. Tiada yang kelihatan di situ. Maka yang menikmati suasana ini adalah insan disebaliknya.

Lelaki mahupun perempuan. Mencari-cari calon yang sesuai. Sebagai peneman dan sebagai kekasih. Disungguhi hingga terlupa perkara-perkara lainnya di dunia. Sesekali timbul kekecewaan dan bersedih. Juga yang sentiasanya bersuka gembira. Diabai  isi-isi rumah, tugas-tugas duniawi dan ukhrawi. Maka sebagai manusia, menjadi lumrah untuk menikmati segala isi alam, selagi masih di situ,selagi belum digulung, selagi sangkakala belum lagi ditiup.

Masihkah diingati dalam hari-hari berlalu, pemandangan-pemandangan yang masih misteri. Yang menjadi sebutan para nabi, juga 'alim ulama'. Digagahi dikejari insan-insan biasa, tidak punya pangkat dan harta, mungkin juga hanya selingan pada pandangan manusia. Kenikmatan yang luar biasa. Tiada tandingan walau dikumpul segala isi dunia. Daripada zaman yang mula sekali hingga zaman yang ke akhirnya.

Ataupun diambil segala yang ada didepan mata. Dan menunggu pada suatu yang membawa bahana. Juga tiada tandingannya.

Sudah dewasakah kita?
Semakin dewasa dan semakin bijak membuat pilihan? Atau semakin dewasa dan semakin jauh dari kebenaran dan menuju kemungkaran.


Mudah-mudahan, menuju ke jalan yang diredhai-Nya..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih-Nya, Muhammad S.A.W

Insya Allah..


*akhirnya... setelah beberapa kali sangkut kat draft :)

Saturday, December 15, 2012

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan.. Buku Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH, Perjalanan Hidup Seorang Nabi telah berjaya dibaca dengan jayanya.

Dibeli pada tahun September 2011, Buku ini mula dibaca pada pertengahan 2012.

Sebuah buku yang lengkap menceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi semua peringkat umur dan mereka yang baru hendak mengenal Islam kerana bahasanya yang ringkas dan pengolahan yang mudah difahami.

Buku ini mampu menyentuh hati dan perasaan pembaca melalui keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad, para sahabat dan umat-umat Islam yang lain.

Jika dihayati dan didalami sedalam-dalamnya.. Buku ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata..
Dan yang paling penting sekali, mampu meningkatkan kecintaan kepada baginda Rasullullah S.A.W

Insya Allah :')


*Lama tak update blog.. Sibuk membaca agaknya :p

Tuesday, July 24, 2012

[REVIEW] Imam Imam Yang Benar


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selepas lebih kurang 5 bulan membaca buku ni, akhirnya sampai juga ke bahagian yang terakhir.. haa..tak habis lagi rupanya ni. Bukan baca terus menerus pun. Buku ni cuma mengandungi empat bahagian sahaja.. Setiap bahagian menceritakan tentang imam-imam empat mazhab yang dikenali namanya oleh masyarakat hari ini. 

Bahagian satu:     Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
Bahagian dua:     Imam Malik (Mazhab Maliki)
Bahagian tiga:     Imam Shafie (Mazhab Syafie)
Bahagian empat: Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali)

       Di Malaysia, masyarakat Islam nya lebih terdedah kepada mazhab shafie. Berbanding mazhab-mazhab lain, mazhab shafie paling teliti kerana Imam Syafie sangat menitik beratkan hal-hal yang dianggap remeh-temeh. Sungguhpun begitu, kesemua imam-imam ini berijtihad berpandukan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Keempat-empat Imam ini hanyalah berbeza pendapat dalam ilmu fikah. Namun mereka tidak pernah menyuruh masyarakat Islam supaya mengikut bulat-bulat pendapat mereka malah perlulah mengutamakan Al-Quran dan hadis. 

      Pernah satu ketika, di saat ajalnya hampir tiba, Imam Syafie telah diajukan soalan oleh Imam Hanbali yang juga merupakan anak muridnya.

"Wahai tuan guru, saya pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah hingga saya mahir mazhab Hanafi. Saya juga pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas hingga saya mahir dengan mazhab Maliki. Saya juga berguru dengan tuan hingga saya mahir mazhab Syafie. Apabila tuan tiada, mazhab manakah yang perlu saya ikut?" tanya Imam Hanbali.

"Wahai Imam Ahmad Hanbal, kamu juga seorang ulama yang besar. Pengetahuan kamu mengenai Al-Quran dan hadis menyamai pengetahuan saya, Imam Malik dan Imam Hanafi. Kerana itu kamu juga boleh berijtihad sendiri. Tetapi jangan paksa sesiapa mengikut ijtihad kita kerana ijtihad yang sebenar adalah quran dan hadis" jawab Imam Syafie

       Walaupun berbeza pendapat, Imam Malik dan Imam Syafie sangat menghormati antara satu sama lain. Imam Syafie merupakan anak murid kepada Imam Malik. Setelah beberapa lama merantau ke Iraq, Imam Syafie pulang ke Madinah untuk menziarahi gurunya, Imam Malik. Selama beberapa hari di Madinah, jika Imam Syafie menjadi imam untuk solat subuh, beliau tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Maliki. Jika Imam Malik pula yang menjadi imam untuk solat subuh, beliau membaca doa qunut bagi menghormati mazhab shafie.

      Sungguh, buku ini mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk dikongsi sesama kita. Setelah mengenal sejarah nabi-nabi dan rasul, marilah kita mengkaji sejarah imam-imam empat mazhab ini. Jika buku ini dibaca dan rujukan lanjut dicari bagi memahami perbezaan antara mazhab-mazhab ini, sudah tentu masyarakat Islam pada hari ini tidak mudah untuk mengkafirkan antara satu sama lain atau terlalu taksub dengan fahaman yang dibawa oleh imam-imam tertentu. 


*Al-Quran dan hadis panduan utama

azdn: entry bagi setiap Imam akan menyusul kemudian

Thursday, February 9, 2012

Istidraj

Lokasi: Berhampiran Hospital Ampang
Masa : Senjakala

*Kisah seekor ayam jantan.

Tersebutlah kisah di suatu desa, terdapat seorang petani yang memiliki beberapa haiwan ternakan. Haiwan ternakan itu terdiri daripada ayam jantan, itik dan juga lembu. Ayam jantan dan yang lainnya berkawan rapat.

Antara haiwan-haiwan ternakan ini, ayam jantan yang paling disayangi kerana mengejutkan tuannya pada setiap pagi. Dan tuannya pula akan mengejutkan ahli keluarganya yang lain. Ayam jantan sering dipuji oleh tuannya.

Apabila bertemu dengan itik dan lembu, ayam jantan suka berbangga dengan pujian yang diberi oleh tuannya. Akan tetapi, mereka tetap berkawan baik dan saling bertegur sapa.

Ditakdirkan suatu hari, ayam jantan terjumpa sebutir batu yang berkilauan. Ayam jantan percaya batu itu bukan batu biasa lalu mengambilnya. Batu itu merupakan batu permata. Ayam jantan bercadang untuk menyimpan batu permata tersebut.

Ayam jantan menyimpan batu permata tersebut di dalam mulutnya dan berjalan menuju ke reban. Dalam perjalanan, ayam jantan ditegur oleh itik tetapi teguran itu tidak dibalas kerana terdapat batu permata dalam mulut ayam jantan.

Setibanya di reban, ayam jantan mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan batu permata tersebut. Namun, ayam jantan takut batu permata itu akan hilang jika disembunyikan. Lalu ayam jantan tetap bersama batu permata itu dan tidak tidur sehingga ke pagi. Akibat daripada itu, ayam jantan tidak berkokok pada pagi itu dan dimarahi oleh tuannya..

*Suntingan daripada cerita asal di 91.5FM


Pengajaran daripada cerita

1) Setiap perbuatan perlulah ikhlas tanpa perlu dibangga-bangga kerana orang mukmin itu sentiasa merahsiakan amalannya kerana mengharapkan balasan hanya daripada Allah.

2) Manusia pada kebiasaannya mempunyai ramai kawan dan teman. Namun, apabila mendapat nikmat seperti durian runtuh atau naik pangkat manusia sering melupakan teman-teman dan kawan di sekeliling. Nikmat ini tidak lain hanyalah nikmat Istidraj yang diberikan oleh Allah untuk menambah lagi kesesatan dan keangkuhan dalam diri manusia.

Firman Allah S.W.T

“ Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. ”. (Al-Qalam :44)



*Semoga kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah dan dijauhi sifat-sifat mazmumah


Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Sunday, January 22, 2012

Janji bahagia



Kalau diikutkan, nak juga jadi profesional. Nak juga buat cari makan. Nak join photoshoot dengan member-member. Tapi tiap-tiap kali fikir balik, takpe la.. Belajar sendiri pun boleh.

Bukan tak nak jadi pro, bukan tak nak buat cari makan. Teringin sangat nak join photoshoot.

Dulu, kalau pergi mana-mana dengan member, semua gambar nak upload. Nak beritahu semua orang, apa yang kita buat. Tapi lama-kelamaan rasa macam tak perlu pun semua tu.. Cukuplah satu, dua gambar yang terbaik. Lain semua kita simpan sendiri.

Sebabnya..

Bila kita jadi pro, mesti nak kena ambil macam-macam gambar. Gambar orang kahwin, gambar orang tunang. Gambar majlis tu, gambar majlis ni..

Bila buat photoshoot pula, macam-macam gaya model tu kita nak kena ambil. Bukan apa, saya takde jiwa nak ambil gambar model-model yang bergaya depan kamera. Saya lebih suka gambar candid dan permandangan.

Tapi sebenarnya..

Saya lebih takut dosa kalau ambil gambar aurat orang yang terbuka kemudian pamerkan pada orang lain. Biarlah amatur selamanya, janji bahagia.


*aurat perempuan itu bukannya pada rambut sahaja dan lelaki pula bukannya tiada aurat.. :)

Wednesday, December 7, 2011

Review #1: Dunia dan bayang-bayang

Selasa, 7 Dec 2011

Pagi ni saya ponteng satu kelas.
Selepas selesai basuh baju, saya buka almari yang jarang dibuka sebab banyak baju disangkut luar almari.

Saya terpandang satu buku hasil karangan Al-Ustadh Fathi Yakan,
'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'

Buku ni diberi pinjam oleh seorang kawan kepada saya beberapa bulan yang lalu. Baru pagi ni saya berpeluang nak baca setelah sekian lama buku ni berada dalam simpanan.

Membaca buku ini menyebabkan saya agak tersentak tentang beberapa perkara.. Perkara yang dikejar-kejar dalam mencari nikmat hidup di dunia.


"Diriwayatkan, pada suatu masa ketika baginda Rasullullah S.A.W menghadap ke suatu tempat membuang sampah, lalu baginda memanggil para sahabat baginda seraya berkata "Ayuh, kejarlah dunia". Kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang yang sudah reput seraya berkata: "Inilah dunia".

-Riwayat Ibnu Abi Dunya


*bersambung.

Monday, November 7, 2011

Wednesday, October 26, 2011

tumbang ketika SOLAT

Tahukah kawan-kawan, bila tarikh kematian kita? Cuba buka balik sijil kelahiran.. Tengok sebelah tarikh tahir tulisan warna merah. Ada? Kalau ada memang style..

Kematian merupakan antara perkara-perkara ghaib yang tak tercapai dek akalku.. Akal manusia..
Banyak hadis yang menyebut tentang mati.. Tanda-tanda nak mati, menguruskan mayat dan sebagainya. Mati juga merupakan perkara yang paling dekat dengan manusia.

Marilah kita menghayati sedikit kisah Imam Al-Ghazali bersama anak-anak muridnya.

Imam Al-Ghazali bertanya anak-anaknya muridnya perkara-perkara berikut..


1. Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling BESAR di dunia ?
4. Apa yang paling BERAT di dunia ?
5. Apa yang paling RINGAN di dunia ?
6. Apa yang paling TAJAM di dunia ?

Macam-macam la jawapan yang diberikan oleh anak murid Imam Al-Ghazali.. Tapi semuanya salah.. Lalu beliau memberikan jawapan yang sebenarnya.

Paling DEKAT adalah MATI
Paling JAUH adalah MASA LALU
Paling BESAR adalah NAFSU
Paling BERAT adalah AMANAH
Paling RINGAN ialah meninggalkan SOLAT
dan yang paling TAJAM adalah LIDAH manusia


Maka kawan-kawan pernahkah kita terfikir cara kematian kita?
Adakah baik ataupun tidak?
Adakah ketika melakukan ibadah ataupun ketika melakukan maksiat?
Secara elok ataupun dalam keaiban?
Sungguh kawan-kawan yang paling mustahak untuk kita renungkan adalah mati itu datangnya pada waktu bila..
Muda ataupun tua..

Setiap hari kita mendengar berita tentang kematian.. Secara elok, sakit tua, ketika merompak, ketika solat, kemalangan dan sebagainya.. Berdoalah kawan-kawan walau sebaik atau seburuk mana pun amalan kita.. Semoga mati kita dalam keadaan yang baik, tidak mengaibkan dan dengan jiwa yang kembali kepada Allah S.W.T

Mari hayati sebuah kisah benar pada tahun 2003...


Angin bertiup lembut pagi ini..
Angin pagi terasa sejuk hingga ke tulang.. Jam kulihat baru pukul 5 pagi.. Aku bingkas bangun setelah dikejut oleh kawan yang tidur disebelah

"Bangun, bangun.. cepat siap-siap" kataku pada kawan-kawan yang masih tidur.

Seperti biasa pada hari minggu, pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua diwajibkan untuk melakukan Qiamullail.. Aku mengambil berus gigi menuju ke tandas. Ramai di situ sedang beratur menunggu giliran.

"Ramai la pulak" getus hatiku

Aku segera berlalu dari situ menuju ke tempat mengambil wuduk.. Menggosok gigi dan berwuduk. Aku segera masuk ke surau menunggu rakan-rakan yang lain. Semuanya kulihat masih mamai.. Ada antara mereka sudah tertidur dengan tangan di bawah dagu.

Selepas iqamat, kami pun bangun untuk bersolat.. Setiap rakaat berlalu, setiap solat sunat yang silih berganti, aku perasan barisan saf makin kurang..

"Mesti pergi tidur ni"

Sampai la seorang sahabat berdiri disebelahku.. Sahabat ini kukenalkan sebagai A bukan nama sebenar. Pada rakaat pertama, imam membaca surah yang agak panjang. Aku terasa mengantuk.. Kami rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud, sujud dan berdiri kembali..

Kulihat A tidak bangun-bangun dari sujudnya.. Lama, memang lama..

"Eh, apasal pulak ni" aku mula risau tetapi masih meneruskan solat..

Tiba-tiba, A tumbang ke kiri..Kelihat tubuhnya sudah terbaring..


A bingkas bangun, menggosok-gosok matanya dan terus berlalu pergi.

"Ceh, tengah sujud pun boleh tidur"


Sekian.



Wednesday, April 20, 2011

Ini untuk kaum Hawa'..

sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)


azdn: nanti kita cari yang kaum adam punya...

Monday, December 6, 2010

Yang Terakhir



9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Sunday, October 31, 2010

Sunyi.Sepi.Kosong

Laungan Azan memecah kesunyian di waktu senja,
Ketika hujan turun membasahi bumi Simpang Empat,
Ketika matahari beralih ke sebelah barat,
Ketika burung terbang pulang ke sarang,
Ketika lampu mula menerangi jalan-jalan kampung,
Jalan yang kosong dan basah,
Jalan yang lurus menuju ke 7E...

Terlihat kelibat sahabat,
Kelibat jiran yang prihatin,
Sahabat yang sama,
Jiran prihatin yang sama,
Orang yang sama,
Wajah yang sama,
Mana sahabat yang lain,
Mana jiran-jiran yang lain,
Sahabat bergelak dan bersuka ria,
Jiran-jiran yang peramah dan mesra...

Tempat ini masih seperti dulu,
Masih kosong dan sunyi,
Sepi dari laungan dan bacaan yang memuji Ilahi,
Laungan azan dibiarkan,
Tiada sambutan,
Baik Adam mahupun Hawa,
Sunyi. Sepi. Kosong...