nuffnang

Tuesday, June 8, 2010

Sehari Bersama Nikmat Allah

sunrise Pictures, Images and Photos



Nikmat merupakan segala kebaikan, keenakan, dan kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Allah memberikan nikmat kepada sesiapa yang dikehendakiNYA dan menariknya daripada sesiapa jua yang dikehendakiNYA. Eloklah kita berfikir sejenak. Allah mengurniakan nikmat kepada hamba-hambanya tidak kira seorang ulama yang beriman serta kepada Yahudi Laknatullah. Tiada hamba yang terlepas daripada nikmat Allah. Allah mengurniakan nikmat kepada manusia semata-mata untuk menguji, keimanan dan ketakwaan mereka. Namum, kebanyakan daripada mereka masih tidak bersyukur.

Tahukah kita, apakah nikmat yang terbesar dan teragung sekali. Nikmat tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah nikmat Islam. Allah SWT telah berfirman mafhumnya:

”Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuredhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Ma’idah: 3)

”Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.:”(Ali-Imran: 19)

”Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran: 85)


Maka, mengapakah masih ada di antara kita yang enggan mensyukuri nikmat Allah. Mungkin kerana kita telah dilahirkan sebagai seorang Islam, maka nikmat ini tidak dihargai. Maka, lebih moleklah jika saya katakan disini bahawa saudara-saudara Islam kita dari kaum China, India dan lain-lain lebih mensyukuri nikmat keislaman kerana diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah SWT. Bersyukurlah kita dan segera kembali ke jalan Islam yang sebenar.

Jika kita cuba hitungkan, berapa banyakkah nikmat yang diberi oleh Allah kepada kita dalam sehari sahaja. Bolehkan nikmat Allah dihitung? Tidak. Tidak sama sekali. Allah SWt telah berfirman:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat)”. (Ibrahim:34)

Sejak dari awal pagi lagi kita telah mendapat nikmat daripada Allah. Iaitu nikmat hidup sehari lagi di bumi Allah. Cuba bayangkan nyawa kita ditarik ketika tidur sedang kita tidak sempat bertaubat. Cuba pula bayangkan nyawa ditarik ketika sedang melakukan maksiat. Subhanallah.

Oksigen. Pernahkah kita berfikir, jika Allah sekat oksigen ini dan hanya diberikan pada hamba-hambanya yang beriman, adakah kita tergolong di dalamnya? Bagaimana pula nasib mereka yang kafir? Lebih-lebih lagi Yahudi laknatullah? Sungguh Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang. Masih sempat lagi untuk kita bertaubat.

Namun, di dalam dunia ini ada dua nikmat yang sering diabaikan dan tidak digunakan sebaik mungkin oleh manusia. Nikmat tersebut adalah kesihatan dan masa lapang. Rasulullah SAW telah bersabda:

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Dua nikmat yang sering diabaikan oleh kebanyakan manusia ialah waktu sehat dan masa lapang. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Benar, dua nikmat inilah yang sering kita abaikan. Kini, kita telah ketahui bahawa nikmat Allah sangat tidak terkira walaupun hanya untuk sehari. Bagaimana pula untuk seumur hidup kita.? Anda boleh kira? Maka, marilah kita amalkan satu ucapan untuk menggambarkan kesyukuran kita kepada Allah. Bersama-samalah kita mengucapkan

Alhamdulillah.

No comments: