nuffnang

Showing posts with label UniMAP. Show all posts
Showing posts with label UniMAP. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Balas dendam

Pada penghujung sem satu dulu, aku ada tulis satu entry pasal result periksa. Nampak sangat aku kecewa gila masa tu. Sampai aku rasa dah tak boleh nak bawa lagi kos bisnes. Aku hantar segala surat-surat rasmi untuk berhenti dan memohon satu kolej swasta dekat Terengganu. Seminggu dua juga kot aku lepak kat UniMAP uruskan hal ni. Setel semua sendiri. Pening kepala fikir, rasa macam nak nangis pun ada.

Dengan beraninya, aku nekad buat keputusan sendiri nak berhenti belajar kat UniMAP. Sampai la hari terakhir kononnya, aku dah pun beli tiket bas nak balik KL. Sekali masa siang tu, aku terserempak dengan dua orang kakak daripada kelas aku.. Kakak-kakak tersebut tak lain dan tak bukan ialah Kak El dan Kak Ija. Suka-suka hati diorang 'brainwash' aku.. Haha.. Sampai la buat aku makin rasa serba salah. Come on la kak, tiket balik da beli ni. Dipendekkan cerita, aku tak jadi pindah. Tapi malam tu balik juga la KL..

Maka, aku memulakan pembelajaran sem dua dengan satu misi. Misi balas dendam. Kalau nak ingat-ingat balik, penat belajar sem lepas. Kejap-kejap test, kuiz.. Group assignment pun awal-awal dah dapat. Interview kena buat sampai dua. Dengan masalah belajar, group lagi.. Masalah sendiri, masalah orang.. Penat, penat.

Misi aku pada sem dua adalah nak dapatkan 3 pointer. Sukacita dimaklumkan.. Ya, aku berjaya. Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa misi balas dendam tercapai.. Tahun depan nak dekan boleh?

Tension-tension study, ambil gambar kejap.. Haa, yang ni Am, pendorong aku study ni. Kalau dia lepak aku lepak, dia study aku study. Kalo aku tengah lepak, dia study, maka aku pun study.. Trimas kawan.. Macam mana la kalau dah pecah bilik nanti. Siapa nak jadi pendorong baru aku.. haha.. Result dia gempak. Tahniah.

Yang ni gambar masa final exam. Kitorang bawa masuk meja sampai dalam bilik. Nak dapat feel katanya. Tapi aku tak study masa ni, tengah nyanyi lagu Bruno Mars. hehe.


azdn: wah, dah nak masuk tahun dua..




Tuesday, March 29, 2011

Thursday, February 10, 2011

6 hari 5 malam

Lokasi: Langkapuri Inn, Pantai Cenang, Langkawi
Tarikh: 1 - 6 Februari 2011
Program: Kursus Asas Keusahawanan Siswa

Monday, January 31, 2011

cuti bermula

ketika orang lain berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing, aku memikul beg pulang ke KKI.. Kosong sudah...

Tiada lagi kelihatan orang bermain buaian
Tiada lagi kelihatan aunty dan uncle di kontena
Tiada lagi kelihatan orang bergelak ketawa di taman
Dan tiada lagi kelibat jodoh dari masa hadapan...

Yang tinggal hanyalah pak guard yang setia
Bilik yang kosong
Jalan yang lengang
Dan buaian yang berayun-ayun di tiup angin..
Tak lupa juga,
INTERNET YANG LAJU.

hahahaha..


Ni la wifi yang boleh dapat dari B3-3.. macam-macam ada.. sila buat pilihan terbaik :D

p/s: tak dapat buka fantasy premier league. game katanya =.=''