nuffnang

Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Saturday, December 15, 2012

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan.. Buku Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH, Perjalanan Hidup Seorang Nabi telah berjaya dibaca dengan jayanya.

Dibeli pada tahun September 2011, Buku ini mula dibaca pada pertengahan 2012.

Sebuah buku yang lengkap menceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi semua peringkat umur dan mereka yang baru hendak mengenal Islam kerana bahasanya yang ringkas dan pengolahan yang mudah difahami.

Buku ini mampu menyentuh hati dan perasaan pembaca melalui keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad, para sahabat dan umat-umat Islam yang lain.

Jika dihayati dan didalami sedalam-dalamnya.. Buku ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata..
Dan yang paling penting sekali, mampu meningkatkan kecintaan kepada baginda Rasullullah S.A.W

Insya Allah :')


*Lama tak update blog.. Sibuk membaca agaknya :p

Tuesday, July 24, 2012

[REVIEW] Imam Imam Yang Benar


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selepas lebih kurang 5 bulan membaca buku ni, akhirnya sampai juga ke bahagian yang terakhir.. haa..tak habis lagi rupanya ni. Bukan baca terus menerus pun. Buku ni cuma mengandungi empat bahagian sahaja.. Setiap bahagian menceritakan tentang imam-imam empat mazhab yang dikenali namanya oleh masyarakat hari ini. 

Bahagian satu:     Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
Bahagian dua:     Imam Malik (Mazhab Maliki)
Bahagian tiga:     Imam Shafie (Mazhab Syafie)
Bahagian empat: Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali)

       Di Malaysia, masyarakat Islam nya lebih terdedah kepada mazhab shafie. Berbanding mazhab-mazhab lain, mazhab shafie paling teliti kerana Imam Syafie sangat menitik beratkan hal-hal yang dianggap remeh-temeh. Sungguhpun begitu, kesemua imam-imam ini berijtihad berpandukan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Keempat-empat Imam ini hanyalah berbeza pendapat dalam ilmu fikah. Namun mereka tidak pernah menyuruh masyarakat Islam supaya mengikut bulat-bulat pendapat mereka malah perlulah mengutamakan Al-Quran dan hadis. 

      Pernah satu ketika, di saat ajalnya hampir tiba, Imam Syafie telah diajukan soalan oleh Imam Hanbali yang juga merupakan anak muridnya.

"Wahai tuan guru, saya pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah hingga saya mahir mazhab Hanafi. Saya juga pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas hingga saya mahir dengan mazhab Maliki. Saya juga berguru dengan tuan hingga saya mahir mazhab Syafie. Apabila tuan tiada, mazhab manakah yang perlu saya ikut?" tanya Imam Hanbali.

"Wahai Imam Ahmad Hanbal, kamu juga seorang ulama yang besar. Pengetahuan kamu mengenai Al-Quran dan hadis menyamai pengetahuan saya, Imam Malik dan Imam Hanafi. Kerana itu kamu juga boleh berijtihad sendiri. Tetapi jangan paksa sesiapa mengikut ijtihad kita kerana ijtihad yang sebenar adalah quran dan hadis" jawab Imam Syafie

       Walaupun berbeza pendapat, Imam Malik dan Imam Syafie sangat menghormati antara satu sama lain. Imam Syafie merupakan anak murid kepada Imam Malik. Setelah beberapa lama merantau ke Iraq, Imam Syafie pulang ke Madinah untuk menziarahi gurunya, Imam Malik. Selama beberapa hari di Madinah, jika Imam Syafie menjadi imam untuk solat subuh, beliau tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Maliki. Jika Imam Malik pula yang menjadi imam untuk solat subuh, beliau membaca doa qunut bagi menghormati mazhab shafie.

      Sungguh, buku ini mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk dikongsi sesama kita. Setelah mengenal sejarah nabi-nabi dan rasul, marilah kita mengkaji sejarah imam-imam empat mazhab ini. Jika buku ini dibaca dan rujukan lanjut dicari bagi memahami perbezaan antara mazhab-mazhab ini, sudah tentu masyarakat Islam pada hari ini tidak mudah untuk mengkafirkan antara satu sama lain atau terlalu taksub dengan fahaman yang dibawa oleh imam-imam tertentu. 


*Al-Quran dan hadis panduan utama

azdn: entry bagi setiap Imam akan menyusul kemudian

Wednesday, December 7, 2011

Review #1: Dunia dan bayang-bayang

Selasa, 7 Dec 2011

Pagi ni saya ponteng satu kelas.
Selepas selesai basuh baju, saya buka almari yang jarang dibuka sebab banyak baju disangkut luar almari.

Saya terpandang satu buku hasil karangan Al-Ustadh Fathi Yakan,
'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'

Buku ni diberi pinjam oleh seorang kawan kepada saya beberapa bulan yang lalu. Baru pagi ni saya berpeluang nak baca setelah sekian lama buku ni berada dalam simpanan.

Membaca buku ini menyebabkan saya agak tersentak tentang beberapa perkara.. Perkara yang dikejar-kejar dalam mencari nikmat hidup di dunia.


"Diriwayatkan, pada suatu masa ketika baginda Rasullullah S.A.W menghadap ke suatu tempat membuang sampah, lalu baginda memanggil para sahabat baginda seraya berkata "Ayuh, kejarlah dunia". Kemudian baginda mengambil cebisan kain yang telah usang dan tulang yang sudah reput seraya berkata: "Inilah dunia".

-Riwayat Ibnu Abi Dunya


*bersambung.

Sunday, May 29, 2011

ARMAGEDDON

Pada hari Khamis lepas, aku telah membeli sebuah buku yang bertajuk 'ARMAGEDON 2012' yang ditulis oleh Muhammad Alexander.. Memandangkan MPH sedang buat jualan besar-besaran dekat Great Eastern Mall sekarang, aku berjaya mendapatkan diskaun 15% untuk buku ni.

Buku ini mengandungi 22 bab. Setiap bab mempunyai ceritanya yang tersendiri. Contohnya Bab 1 dalam buku ni menceritakan tentang filem 2012 itu sendiri. Dalam filem ini, kiamat berlaku pada 21 Disember 2012. Pada tarikh itu keadaan di bumi menjadi sangat huru-hara. Semua bangunan simbol keagamaan musnah sama sekali. Namun begitu, pengarah filem membiarkan Kaabah tetap kukuh kerana tidak mahu dianggap menghina Islam.

Pernahkah anda terfikir, mengapa kiamat diramalkan pada tahun 2012? Jawapannya ya, hanyalah ramalan semata-mata. Ramalan ini telah dibuat oleh Kaum Maya
. Kaum Maya masih lagi wujud hingga ke hari ini. Mereka mempunyai sistem pengiraan sendiri yang dapat mengira sehingga berjuta tahun dan mahir dalan ilmu astronomi sehingga mampu menghasilkan kalender angkasa lepas. Dipendekkan cerita, angka 2012 hanya merupakan satu tempoh kitaran dunia yang dibuat 1,406,446 hari yang lalu ataupun bersamaan 5125.36 tahun. Kiraan tersebut jatuh pada tarikh 21 Disember 2012.

Buku ini sangat menarik kerana turut menceritakan tentang bencana akhir zaman dan 10 tanda-tanda besar Kiamat. Selain itu, perihal Dajjal dan Yakjuj Makjuj juga dibincangkan secara terperinci. Lima bab buku ini telah pun dihabiskan, bermakna tinggal lagi 17 bab yang masih perlu dibaca. Kalau teruskan membaca dengan konsisten, Insya Allah hujung bulan depan boleh habis.


azdn: waktu break pergi surau baca buku ni. Wah, lepas ni boleh la beritahu "Hobi saya membaca"