nuffnang

Tuesday, July 24, 2012

[REVIEW] Imam Imam Yang Benar


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selepas lebih kurang 5 bulan membaca buku ni, akhirnya sampai juga ke bahagian yang terakhir.. haa..tak habis lagi rupanya ni. Bukan baca terus menerus pun. Buku ni cuma mengandungi empat bahagian sahaja.. Setiap bahagian menceritakan tentang imam-imam empat mazhab yang dikenali namanya oleh masyarakat hari ini. 

Bahagian satu:     Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
Bahagian dua:     Imam Malik (Mazhab Maliki)
Bahagian tiga:     Imam Shafie (Mazhab Syafie)
Bahagian empat: Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali)

       Di Malaysia, masyarakat Islam nya lebih terdedah kepada mazhab shafie. Berbanding mazhab-mazhab lain, mazhab shafie paling teliti kerana Imam Syafie sangat menitik beratkan hal-hal yang dianggap remeh-temeh. Sungguhpun begitu, kesemua imam-imam ini berijtihad berpandukan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Keempat-empat Imam ini hanyalah berbeza pendapat dalam ilmu fikah. Namun mereka tidak pernah menyuruh masyarakat Islam supaya mengikut bulat-bulat pendapat mereka malah perlulah mengutamakan Al-Quran dan hadis. 

      Pernah satu ketika, di saat ajalnya hampir tiba, Imam Syafie telah diajukan soalan oleh Imam Hanbali yang juga merupakan anak muridnya.

"Wahai tuan guru, saya pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah hingga saya mahir mazhab Hanafi. Saya juga pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas hingga saya mahir dengan mazhab Maliki. Saya juga berguru dengan tuan hingga saya mahir mazhab Syafie. Apabila tuan tiada, mazhab manakah yang perlu saya ikut?" tanya Imam Hanbali.

"Wahai Imam Ahmad Hanbal, kamu juga seorang ulama yang besar. Pengetahuan kamu mengenai Al-Quran dan hadis menyamai pengetahuan saya, Imam Malik dan Imam Hanafi. Kerana itu kamu juga boleh berijtihad sendiri. Tetapi jangan paksa sesiapa mengikut ijtihad kita kerana ijtihad yang sebenar adalah quran dan hadis" jawab Imam Syafie

       Walaupun berbeza pendapat, Imam Malik dan Imam Syafie sangat menghormati antara satu sama lain. Imam Syafie merupakan anak murid kepada Imam Malik. Setelah beberapa lama merantau ke Iraq, Imam Syafie pulang ke Madinah untuk menziarahi gurunya, Imam Malik. Selama beberapa hari di Madinah, jika Imam Syafie menjadi imam untuk solat subuh, beliau tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Maliki. Jika Imam Malik pula yang menjadi imam untuk solat subuh, beliau membaca doa qunut bagi menghormati mazhab shafie.

      Sungguh, buku ini mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk dikongsi sesama kita. Setelah mengenal sejarah nabi-nabi dan rasul, marilah kita mengkaji sejarah imam-imam empat mazhab ini. Jika buku ini dibaca dan rujukan lanjut dicari bagi memahami perbezaan antara mazhab-mazhab ini, sudah tentu masyarakat Islam pada hari ini tidak mudah untuk mengkafirkan antara satu sama lain atau terlalu taksub dengan fahaman yang dibawa oleh imam-imam tertentu. 


*Al-Quran dan hadis panduan utama

azdn: entry bagi setiap Imam akan menyusul kemudian