nuffnang

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Enta pengamal ajaran mana

Tak faham aku. 
Ada ke sebab betul-betul tak faham atau cubaan sesetengah golongan yang cuba membuat aku tak faham, atau segolongan lain yang buat aku tak paham tentang apa sesetengah golongan yang lain sedang lakukan. Atau bahasa mudah untuk aku fahami apa yang diamalkan sesetengah yang lain menjadi persoalan sesetengah yang lainnya sehingga membuatkan persoalan mereka dipersoalkan lantas membuatkan orang macam aku penuh dengan tanda soal. 

Aku pandang kanan, aku pandang kiri. Telinga kanan dan kiri aku mula mengambil info-info baru. Otakku menelan. Diajar tidak mudah menolak atau berprasangka pada apa yang disangka-sangka tentang sangkaan mereka yang mengangka bahawa sangka-menyangka yang mereka lakukan itu benar. Juga diajar menolak sangkaan-sangkaan batil setelah diyakini kebatilannya. 

Duduk dalam surau aku mendengar ceramah. Keluar surau aku mendengar komen-komen seperti "Abang tak ambil apa yang ustaz ni bagi. Ustaz universiti ni. Apa dia tau. Apa amalam dia" Aku sekadar mendengar. Mungkin senyuman reaksi paling cemerlang boleh aku lakukan. Sesekali aku bertanya soalan-soalan biasa. Bukan dengan niat menyemarakkan, tapi lebih kepada niat bual bicara. Diskusi tidak juga sebab aku lebih banyak mendengar. 

Selama aku memerhati, aku kemudian berfikir sampai berasap otak yang sedang cuba menghidup enjin fikiran yang sekian lama terselesa dengan hidangan ilmu yang tersedia. Otak kanan kiri berdiskusi. Otak kanan mula menyangka-nyangka tatlaka otak kiri mengorek fakta-fakta yang tersembunyi sekitar otak lelaki yang penuh berselerak dengan minat, hobi dan potrait gadis-gadis idaman. 

Bila enjin otak aku sudah mula panas, aku mula mencari-mencari daripada seumber yang aku percayai. Ya, ini yang bagus. Bukan lagi hentam semborono. Apa-apa yang cuba aku sampaikan aku pastikan bersumber. Sumber yang semua golongan menerima. Dua sumber utama. Itu yang mudah.. Doaku pada yang menguasai kerajaan langit dan bumi seluruhnya. 'Tunjukkan aku jalan yang lurus'. 

Nanti bila orang tanya aku pengamal ajaran mana. 


Aku jawab, 'Saya mengamalkan pemakanan seimbang.' 


Monday, January 28, 2013

sehangat-hangat tahi ayam

Cuti sem tahun 3..

Panas, sangat panas.. Peluh yang mengalir terus membasahi muka, badan dan bajuku. Hari ini hari pertama..

"Ahh.. Patut bawak kain ni.." 

Aku terus mengangkat guni-guni berisi tahi ayam. Satu persatu.. Disusun diatas batas-batas yang dikira sebesar 'dua relung' di negeri Kedah ini. Aku tidak pasti ukuran sebenarnya. Jika dikira lebar, mungkin 20 meter. Panjangnya pula, sekitar 120 ke 140 meter. 

Ah.. Ini bukan mainanku.. Aku sungguh kepenatan. Memerhati dua orang rakan terus bekerja. Menyusun guni-guni tahi ayam di atas batas. Seorang merupakan sahabatku daripada sekolah menengah. Gigih. Inilah pilihannya.. Sebagai kerjaya mungkin. Setelah lapan bulan menjalani incubator sebagai seorang petani moden. Seorang lagi merupakan anak jati kampung ini. Sungguh, memang ini permainannya. Cekal, tampak berusaha demi mencari rezeki yang halal.

Titik-titik peluh. Membasahi bumi. Aku perlu segera mengangkat guni-guni yang selebihnya. Jangan dinampak seperti anak kota yang lemah. Mengalah sebelum mencuba.

Guni-guni tahi ayam itu kuangkat. Ku letakkan bebannya di atas bahu. Ada yang kering dan juga lembab. Tahi ayam yang bercampur dengan tanah, dan habuk-habuk kayu.. Setiapnya ada satu perasaan yang sama..

"wah, panas lagi tahi ayam ni"

sekian::

Monday, December 17, 2012

Menjadi DEWASA


Kerusi biru di tepi cermin itu menarik perhatianku. Unik, tersusun di situ bersama-sama kerusi yang lainnya. 
Meja-meja dan kerusi-kerusi kayu, banyak. Disusun disegenap penjuru tingkap. Dari bawah hingga ke atas, begitu banyak peralatan yang disediakan.. Daripada buku-buku, komputer, TV dan perhiasan yang ada. Semuanya untuk menjadi tarikan kepada manusia. 

Aku berada disitu, di satu sudut, hanya aku disitu.. Hanya kedengaran bunyi-bunyi pendingin hawa dan sesekali tapak kaki orang yang lalu. Itupun dapat dikira dengan jari. 


Disebelah kananku, kelihatan bangunan-bangunan yang tersergam, tapi masih juga kosong. Tidak kelihatan seorang manusia pun berjalan. Dari jauh kulihat bendera-bendera yang berkibar. Merah, putih, biru. Kuning dan juga biru.  Juga bukit-bukau yang bersusun-susun. Apakah dari utara ke selatan, atau timur ke barat. Awan-awan yang yang tenang berarak, perlahan.. Juga tak diketahui dari arah yang mana. 

Disebelah kiri pula, pantai yang menyegarkan. Barisan-barisan awan yang menutupi sinaran matahari. Kosong, masih juga kosong. Diteliti dan diltelti. Kiri, kanan, atas bawah. Hujung ke hujung pantai. Ya, kertas dinding yang cantik. Tiada yang kelihatan di situ. Maka yang menikmati suasana ini adalah insan disebaliknya.

Lelaki mahupun perempuan. Mencari-cari calon yang sesuai. Sebagai peneman dan sebagai kekasih. Disungguhi hingga terlupa perkara-perkara lainnya di dunia. Sesekali timbul kekecewaan dan bersedih. Juga yang sentiasanya bersuka gembira. Diabai  isi-isi rumah, tugas-tugas duniawi dan ukhrawi. Maka sebagai manusia, menjadi lumrah untuk menikmati segala isi alam, selagi masih di situ,selagi belum digulung, selagi sangkakala belum lagi ditiup.

Masihkah diingati dalam hari-hari berlalu, pemandangan-pemandangan yang masih misteri. Yang menjadi sebutan para nabi, juga 'alim ulama'. Digagahi dikejari insan-insan biasa, tidak punya pangkat dan harta, mungkin juga hanya selingan pada pandangan manusia. Kenikmatan yang luar biasa. Tiada tandingan walau dikumpul segala isi dunia. Daripada zaman yang mula sekali hingga zaman yang ke akhirnya.

Ataupun diambil segala yang ada didepan mata. Dan menunggu pada suatu yang membawa bahana. Juga tiada tandingannya.

Sudah dewasakah kita?
Semakin dewasa dan semakin bijak membuat pilihan? Atau semakin dewasa dan semakin jauh dari kebenaran dan menuju kemungkaran.


Mudah-mudahan, menuju ke jalan yang diredhai-Nya..
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih-Nya, Muhammad S.A.W

Insya Allah..


*akhirnya... setelah beberapa kali sangkut kat draft :)

Thursday, March 29, 2012

Pujangga

Kulari ke hutan kemudian menyanyiku
kulari ke pantai kemudian teriakku
sepi, sepi dan sendiri
aku benci

Aku ngin bingar
aku mau di pasar
bosan aku dengan penat
dan enyah saja kau pekat
seperti berjelaga
jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya
biar ramai
biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
jaring laba-laba belang
di tembok keraton putih
kenapa tak goyangkan saja loncengnya
biar terdera

Atau aku harus lari ke hutan
belok ke pantai



*Chairil Anwar

Thursday, March 15, 2012

Stay

When there is no support. I have to stay strong..






For Ad-Din..
For myself..
For my family..
For those behind me..
For those I responsible towards them..

Monday, February 27, 2012

Manusia yang dilupakan


Masihkan kita ingat manusia pertama yang berjalan di atas bulan.. Adakah benar dia yang pertama.. Adakah kita sudah terlupa yang bulan itu pernah terbelah dua.. Memasuki lengan baju seorang insan bergelar manusia.. Manusia istimewa..

Tipukah jika dikatakan Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke bulan.. Menaiki kapal ala-ala Flying Dutchman.. Sejarah manusia bermula sejak Zaman Nabi Adam A.S.. Berapa ramaikah antara manusia sejak daripada zaman Nabi Adam A.S pernah menjejakkan kaki ke bulan.

Bagaimana pula dengan manusia yang percaya mereka berasal daripada beruk.. Pernahkah beruk pergi ke bulan. Manusia yang percaya pada teori Evolusi semata-mata, mereka tidak pernah pun melihat perubahan beruk kepada manusia..

Hanya mahu melenyapkan cerita dan melupakan manusia dalam sejarah.. Berapa ramaikah manusia yang telah pergi ke bulan..? Berapa ramai manusiakah yang telah dilupakan dalam sejarah hidup manusia..? Berapa ramai lagi yang akan dilupakan..?

Zaman baru, cerita baru, memori baru.. Tapi akhirnya manusia akan kembali kepada asal.. Kepada kisah lama.. Kehidupan lama.. Kawan-kawan lama.

Friday, February 24, 2012

belajar melepaskan

Bukan senang nak melepaskan apa yang telah lama kita miliki.. Yang telah lama kita perolehi.. Sesuatu yang sudah selesa dalam simpanan.. Tapi kadang-kadang perlu juga dilepaskan kerana ruang yang semakin terhad.. Ruang yang dimaksudkan bukannya penuh isi tersirat.. Benar-benar ruang yang sudah terhad.. Melepaskan sesuatu bukanlah mudah. Berat sekali.. Tapi kerana ruang yang terhad, terpaksa juga melepaskan..

Semoga bermanfaat untuk orang lain..



*Pengumpul harta karun

Tuesday, February 21, 2012

story


Aku masih terkenang membunuh berpuluh-puluh semut yang berjalan dalam satu barisan.. Aku meniarap di atas lantai, memegang botol tak silap aku. Menggelek semua semut yang lalu.. Tapi aku sering lihat, banyak semut yang aku berjaya gelek berjalan kembali.. Bukan kepuasan yang aku cari, aku cuma rasa lebih hebat daripada semut. Aku anggap semut itu kecil dan tiada sumbangan dalam masyarakat sejagat.

Tapi kini semuanya sudah berubah.. Walau semut yang seekor pun akan dibiarkan.. Dibiarkan merayap kemana mereka suka. Tapi lipas dengan nyamuk memang tak boleh dimaafkan. Proses pembesaran mengajar aku bahawa setiap nyawa itu milik Allah.. Tidak boleh dibunuh tanpa sebab.

Proses kematangan mengajar aku bahawa tiada hebatnya Islam Melayu berbanding Islam India, Islam Cina dan Islam Bangladesh.. Hanya amal yang menentukan darjat seorang Islam. Masih aku teringat menengking seorang pengawal Nepal kerana merasakan Melayu lebih hebat. Kadang-kadang di masjid, aku masih terdengar orang bercakap tentang Islam Bangladesh "Ramai pula diorang hari raya ni. Orang dia je.. Penuh masjid."

Aku belajar mengenal jiwa manusia selepas aku belajar mengenal alam.. Pantang sekali aku orang yang membuang sampah mana-mana yang mereka suka. Aku sendiri pun susah nak merentap walau sehelai daun di dahan pokok.. Pada aku, orang yang tak mengenal alam, susah nak kenal jiwa manusia.. Tidak mengenal sensitiviti dan kurang menjaga perasaan.

Kalau manusia tak nak terima aku.. Biar aku kembali kepada alam. >.<"


Subhanallah.

Friday, February 17, 2012

gelak sorang-sorang

Kalau diminta cerita tiba-tiba..
Tiada apa yang muncul dalam fikiran..
Semacam zaman kanak-kanak tidak lengkap..
Seperti tiada kenangan..

Tidak seperti rakan lain yang punya cerita berjela..
Mampu mengingat setiap detik..
Seperti zaman kanak-kanak mereka yang punya..
Seperti aku hanya jadi pemerhati..

Tapi bila dikenang..
Aku sedar siapa aku di zaman kanak-kanakku..
Selain teman dan jiran selaku penghibur setiaku..
Aku sendiri penghibur diriku..

Tiada siapa yang tahu selain aku..
Betapa nakal, betapa jahat..
Tiada siapa yang tahu selain aku..
Tiada manusia lain..

*seronok bila boleh ketawa sorang-sorang :)

Wednesday, December 28, 2011

Hierarki





Teori Maslow menerangkan dengan jelas kepentingan manusia mengikut hierarki.. Ada pun yang paling pentingnya adalah mencapai keperluan asas dalam hidup.. Lalu dituruti dengan keperluan-keperluan yang lain.

Jelasnya, keperluan manusia ini tidak akan melampaui keperluan-keperluan sebelumnya.

Tetapi satu perkara ini sangat tinggi dugaannya.. Walau telah mencapai keperluan yang tertinggi pasti tidak lagi dipedulikan.. Tiada manusia yang mampu menahan bila dugaan ini sudah berada di kemuncaknya..

Segala pangkat diketepikan, harta, wang ringgit tidak dipersoalkan..
Ini lebih tinggi daripada segalanya..

Cepat sikit..
Cepat..


Lambat sangat kau ni..




Friday, December 23, 2011

I'm here because I care..

I didn't mean to insult..
I didn't mean to be annoying..
I really came from my heart..

I try to be a good person..
I try to be a good brother..
I try to be a good friend..

Why am I here..?
I'm here because I care..


*Big things always look simple.

Sunday, November 20, 2011

sebatang kara

Telahpun hidup ini ditentukan.. Qada' dan Qadar-Nya..
Jauh di lubuk hati sentiasa mencari erti kata hidup yang sering kali melukakan..
Maka, segera mempersoalkan Qada' dan Qadarnya..
Sungguh Qada' itu suatu ketetapan tanpa mampu dihalang juga dielak..
Lelakikah kamu ataupun perempuan..

Dan Qadar itu juga telah ditentukan setelah jalannya dipilih..
Hidup penuh dugaan..
Baik dan buruk..
Mana yang dipilih itu penghujungnya..

Janganlah segera menyalahkan kehidupan di sekeliling jika sesuatu berlaku kepadamuu..
Lihatlah kedalam dirimu..
Menggunakan mata hati..
Mata hati yang tajam dan mampu menembusi seluruh pelusuk alam..

Hidupku terasa ada yang kurang..
Ya, aku punya PEN yang sebatang kara..
Tidak berteman, tiada berkawan..
Aku tak kisah.. sebab,
Itulah peneman aku di kala kelas dan periksa..

Itu pilihan aku..
Tanggunglah sendiri..

*manusia tanpa kotak pensil

Tuesday, November 8, 2011

STALKER..

You know when peoples walk...
You know what others talk...
You take all like a joke...
You try to guess the same thoughts...

You pretend to be an ordinary folk...
You pretend to not join the talk...
At the end you just look like a frog...
And still, you know all the jokes...

yeah.
STALKER.

*bad habit without medicine




Saturday, October 29, 2011

Abang Long mati dalam Iman






* hiburan semata-mata

Friday, October 28, 2011

SS

Ramai orang telah bersuara..
Ramai telah memberi pendapat..
Ramai yang menegur..
Ada yang berbisik saja...
Ada yang berkata-kata..

Rambut manusia sama hitam...
Tapi hati kita lain-lain..
Ada yang gembira..
Ada yang duka..
Ada yang berkelana..

tapi ini yang paling bahaya..
Hati manusia yang SYOK SENDIRI..
Cukup-cukuplah buat album muka sendiri..
Satu album tak kurang 10 gambar..
Manusia jenis apakah ini?

Manusia yang mensyukuri nikmat Tuhan..
dan berbangga dengan wajah mereka.

Alhamdulillah.
Tahniah.


*rimas.. jom ramai2 kita hack

Sunday, October 2, 2011

gigilan..

Tangan menggigil. Tubuh menggeletar. Sungguh aku dalam suasana yang berbeza. Tidak seperti hari-hari semalam. Tubuh terasa hangat. Aku pasti berpeluh. Mengenang peristiwa El Nino di Perlis setahun yang lalu.. Dua, tiga helai baju ditukar sehari.. Berpeluh, sangat panas. Matahari membakar tatkala berjalan ke kelas.. Wah, panasnya..

Tapi kini kesejukan terasa melampau. Aku hampir tewas. Semakin perlahan jari-jemari, menaip papan kekunci.. Aku perlu segera.. Beredar dari situasi ini..




Sejuk gila library. Lain kali aku datang pakai jaket tebal-tebal..

:)

Saturday, September 3, 2011

Raya la Raya Raya..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua blogger, para pembaca, kawan-kawan, serta semua kaum Muslimin dan Muslimat..

Best raya?
Sempena raya tahun ni, aku dapat lagi seorang anak buah.. Lelaki pula.. Kira dah sepasang la ye.
Disebabkan kakak aku baru bersalin, aku balik kampung bertiga je dengan abang dan abahku..

Lagi satu jam nak balik raya, baru aku perasan takde satu pun baju baru yang aku beli untuk raya kali ni.. Yang ada semuanya jersi yang aku pakai hari-hari daripada sem lepas. Tapi tak kisah.. Raya punya pasal apa pun boleh. Jersi FBT, Manchester United, Adidas downtown, Reebok, dengan baju pink kejohanan olahraga UniMAP, semua aku angkut bawa balik kampung. Baju melayu pun pakai tahun bila punya tah. haha..

Macam tahun-tahun yang lepas, aku balik ke JB. Rumah mak cik aku.. Sebab nenek aku duduk sana sekarang. Tiap-tiap kali raya, mesti abahku akan bawa kami pergi rumah saudara-mara yang aku tak pernah kenal daripada kecil. Dekat kampung mana tah. Lupa dah aku.. Tapi jangan main gila, hidangan hari raya dia sangat mengancam. Mana nak dapat ubi kayu hari raya pertama. Sambal dia pula, perrh.. Sampai tak cukup.

Tengah hari raya ketiga baru la kami pulang ke ibu kota. Tak la sesak sangat. Biasa la hari raya, ramai orang. Hari ni dah masuk raya yang kelima, rumah member sorang pun aku belum raya. Tiket bas pun belum beli lagi. Beg baju? Seluar? Aiseymen.. Seminggu je lagi nak balik Perlis.. Tapi semua tu tak boleh jalan sebab gaji pun tak keluar lagi. Duit raya ada la sikit.. Haha..

Selamat ye kawan-kawan..
Maaf Zahir Batin.

azdn: datang la rumah, sorang-sorang aku suap :p

Monday, August 22, 2011

liku-liku kehidupan

3 bulan di kedai peralatan sukan sudah cukup mengajar aku erti kehidupan..
Mengenal tingkah-laku manusia dan perangai yang berbeza-beza.

Di sini aku dapat mengenal beza antara kerjaya dan kerja. Tahukah anda pada apa yang dinamakan kerja dan apa yang dinamakan kerjaya.. Sungguh, terdapat makna yang sangat berbeza antara dua perkataan ini..

Kenalkah pada makhluk bernama manusia?
Manusia merupakan makhluk yang mudah berprasangka di mana jua mereka berada, pada siapa yang mereka curiga serta tiada batas masa.

Bila bercakap soalnya hati,
Hati manusia mudah terpesona,
Pada apa yang mereka lihat di depan mata,
Jauh melupakan apa yang sedang ada.

Sedar tak sedar Ramadhan sudah ke hujungnya,
Waktu terasa sekejap bagai masih di awalnya,
Ramadhan ini kurang serinya,
Kurang seri dari segi penghayatannya..
Semoga berjumpa lagi.

Insya Allah.









Saturday, July 23, 2011

N4P4HG


a) Rantai basikal





b) Semburan asid



c) Pedang samurai?



JENAYAH MEMBAWA PADAH
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

Friday, July 22, 2011

life is simple

the simple the hardest..





simple kan..