nuffnang

Monday, November 7, 2011

Lapan gelas sehari




Banyak lembu telah dikorban,
Ibadah korban memperkukuh akidah,
Daging korban kita agihkan,
Semoga semuanya mendapat barokah.

Pelbagai juadah di pagi raya,
Ketupat dan rendang hidangan istimewa,
Semua makanan nampak sedap belaka,
Habis semuanya kita nak rasa.

Makan banyak sampai senak,
Air pula pelbagai perisa,
Minum air berkabonat memang syok,
Hati senang tak dapat dikata.

Jangan dilupa satu perkara,
Kesihatan itu perlu dijaga,
Menjaga makan perlu diambil kira,
Agar hidup sihat dan ceria.

Air suam petua berzaman,
Lapan gelas sehari sangat disarankan,
Jangan dikurang walau secawan,
Semoga menjadi amalan harian.


*Campuran makanan berlemak dan berminyak dengan air sejuk boleh membekukan lemak dalam saluran darah. Air suam paling sesuai diminum selepas makan makanan berlemak dan berminyak.









No comments: