nuffnang

Sunday, September 4, 2011

BAHANA MLM


Di hari raya ni, tiba-tiba aku rasa macam nak bercakap sesuatu pasal MLM.


MLM. Multi Level Marketing.. Siapa yang tak pernah dengar? Siapa yang tak pernah cuba? Siapa yang tak pernah kena tarik?

Kalau diperhatikan, rata-rata orang Melayu yang banyak terlibat dalam MLM ni. Nak buat bisnes la. Nak jadi jutawan la.. Itu la, ini la..

Pelik. Memang pelik.. Member yang tak pernah ajak lepak, tak pernah belanja atau jarang-jarang ada tiba-tiba ajak lepak..

"Takpe aku belanja"
"Boring la kau takde"
"Aku ada benda nak tunjuk kau ni"
"Ala.. Kau datang la dulu. Baru aku cerita"

Serius. Kalau tiba-tiba macam ni, biasanya memang ajak masuk MLM. Mula la ajak pergi jumpa member se-MLM. Lepak ramai-ramai.

"Ha, kau tengok ni. Adik ni pun masuk"
"Benda ni tak payah jual barang.. Kita lepak-lepak je.. Sehari boleh masuk 2,3 rat.."

Lepas tu mula la keluar duit. Tunjuk berapa dapat hari ni.. Cerita macam mana best sekalipun, last-last mesti keluar ayat macam ni.

"Bisnes ni senang je. Tapi kau kena la cari dua orang.."

Kau nak dapat aku pun susah.. Lagi kalau kena keluar modal ratus-ratus, ribu-ribu, siapa nak percaya.

Bukan aku nak memperkecilkan orang yang join MLM ni. Tapi takde yang senang kalau nak berjaya dalam bisnes. Tanyalah mana-mana usahawan yang berjaya. Gagal dulu baru berjaya. Ambil masa berpuluh tahun juga nak bertapak. Tapi kekal lama.

Yang nak tarik orang masuk pun bukannya tengok siapa-siapa yang sesuai.. Semua dia kata boleh masuk. Budak sekolah pun boleh buat bisnes ni. Dapat yang pendiam, yang pemalu, memang hangus la duit modal.

Kesimpulan dia, MLM ni sebenarnya boleh merosakkan hubungan sesama kawan. Memang orang tak nak lepak dengan kau lepas ni. Dalam kepala semua orang..

"Mesti nak cerita MLM"


azdn: ketekunan dan kegigihan diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan.


6 comments:

Syida Shukor said...

Hahah aku pun ada kwan camni cang. Benda2 macam ni lah yang boleh buat putus kawan senanye.

Mohd Azdn Jaafar said...

hehe.. kan..

biyanan jamaludin said...

cang aku MLM gak r..malam layan mini..hahaha

Mohd Azdn Jaafar said...

haha.. untung la

Mdm Biar Betul said...

HEEE SAPE X PENAH KENE??? COMING SOON... TIPU LA KLU ANDA X KAN KENE....

Mohd Azdn Jaafar said...

hehehe.. masa anda akan tiba.. :)