nuffnang

Saturday, January 15, 2011

sem dua bermula dengan kontroversi

" status single, tapi ada skandal"



haha.. tu la jawapan aku masa lecturer tanya pasal latar belakang masing-masing kat kelas business comm.. Kontroversi ke? Haha. Bukan pasal ni la.

kontroversi apakah?
Aku memulakan sem dua di UniMAP dengan niat yang berkobar-kobar untuk pindah. Belajar kat Terengganu katanya. Saja tukar angin.. Sepanjang 2 minggu ni, ni la benda yang aku buat dekat UniMAP

1) Datang dari rumah dengan barang yang sikit.. ( ingat nak datang dengan beg kosong)
2) Masuk kelas
3) Keluar kelas
4) Pergi makan
5) Pergi Alor Setar, Penang, Kuala Perlis
6) Dapatkan maklumat daripada pejabat pendaftar dan pejabat bendahari
7) Main bola belakang blok perempuan
8) Lawan futsal dengan budak rumah depan
9) Berhenti daripada PALAPES
10) Buat surat berhenti
11) Hantar surat berhenti
12) Kawan-kawan belanja KFC
13) Minta tolong kadiaq belikan tiket balik
14) Kemas beg
15) Last day: Ramai-ramai hantar Ain naik bas sebelum solat jumaat
16) Last day: Sembang dengan Kak El dan Kak Ija
17) Last day: Pergi solat jumaat
18) Last day: Pergi kangar tarik surat berhenti...

Tapi surat berhenti dah sampai kat pihak atasan.. (Alamak..!!)
Nasib baik sempat lagi. Kena buat surat baru. PERMOHONAN MENARIK BALIK SURAT BERHENTI.

19) Last day: Masih perlu balik. Tiket dah beli
20) Last day: Beli buah pelam 4 kg untuk bawa balik rumah

Hari ni setibanya di Jalan Duta, aku menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat Subuh.
Lepas tu, tiba-tiba aku berada di Tasik Titiwangsa dan menaip surat seperti yang dinyatakan. Ke pasar, dan mandi sungai di kemensah.

Esok: kembali ke Simpang Empat

kesimpulan: kau gile. haha

No comments: