nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

hidup untuk mati


"Saya fikir, dalam menghadapi krisis ini, kita perlu lebih banyak membaca Al-Quran daripada Bible demi untuk memahami apa yang benar-benar berlaku terhadap kita dan pembankan kita."
-Vincent Beaufils, Ketua Pengarang Challenges, 12 September 2008




Pada tahun 2008, kita telah melihat banyak syarikat-syarikat gergasi dan bank-bank antarabangsa mengalami krisis kewangan yang mungkin paling teruk dalam sejarah. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat-syarikat gergasi dan bank terpaksa berhutang ataupun gulung tikar kerana masalah yang dihadapi. Namun begitu, sistem kewangan tetap Islam tetap kukuh dan teguh menghadapi krisis ini.

Tahukah anda, sistem kewangan Islam dicipta oleh Allah manakala sistem konvensional yang diamalkan kini direka oleh manusia semata-mata..

Daripada melihat kepada semua aspek ekonomi, mari kita melihat kepada sistem pembankan yang diamalkan sekarang.

Pernahkah anda terfikir bahawa rumah yang anda duduki, kereta yang anda naiki dan gaji anda perolehi berunsur Riba'..

Pernahkah anda terfikir, mengapa anda sering ditimpa musibah..

Mari kita lihat dari perbezaan antara Bank berkonsep Islam dan Bank Konvensional..

1) Keadilan matlamat utama vs Keuntungan matlamat utama
2) Wahyu daripada Allah vs Ciptaan manusia
3) Mencari redha Allah dan manusia vs Mencari redha manusia
4) Pembiayaan vs Pinjaman
5) Ganti rugi( Compensation ) vs Denda( Penalty ) -tindakan lambat bayar
6) Keuntungan ( Profit ) vs Riba' ( Interest )

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menentang Riba'.. Salah satunya adalah dari Surah Al-Baqarah, ayat 275-281. Ayat-ayat ini menceritakan amaran Allah terhadap perbuatan Riba', memberi motivasi kepada manusia, cara mengutip hutang dan balasan Allah yang Adil..

"Daripada 1000 orang manusia, 999 adalah Ahli Neraka" -Hadis Nabi

(^.^): Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..

4 comments:

tot C. said...

mane dapat ni cang? cool gile

Mohd Azdn Jaafar said...

tot: seminar riba' dan pengurusan harta anjuran bank muamalat :)

tot C. said...

ape tu cang? tak tau. hahahai

Mohd Azdn Jaafar said...

haha.. buuu