nuffnang

Thursday, December 9, 2010

Soal Hati





Semalam merupakan hari berjumpa doktor. Sakit apa? Ha, tu yang kita nak tau tu.. Selepas menonton episod 1 cerita My Girl Friend is a Gumiho, aku bergerak ke Klinik Kesihatan Ampang yang berada tak berapa jauh dari rumah. Tapi masa tu dah agak lambat, dah pukul 10.15 pagi. Kalau dah namanya Klinik Kesihatan, memang ramai orang. Dari bayi yang baru lahir, budak-budak yang berlari-lari, kakak-kakak yang mengandung, pak cik, mak cik sampai la kepada orang yang tak tau apa-apa macam aku ni. Kalau nak diikutkan hati, rasa nak balik je. Ramai sangat orang. Adala dalam 200 ke 300 orang kot. Ramai kan.

Walaupun aku dah selalu pergi kat klinik ni, tapi baru semalam aku jumpa dengan doktor sebab masalah kesihatan. Kalau selalu tu bawa kakak aku yang mengandung pegi jumpa doktor. Haa, sekarang dah bersalin dah. Alhamdulillah.. Anak perempuan. Ok, sambung balik, lepas ambil no giliran, aku pun menunggu dengan sabarnya. 10 minit, 20 minit, 45 minit, 1 jam.. Sekali aku dengar,

"Empat, kosong, tiga, tiga.. kaunter 1.."

Haa.. Gempak tak? Tunggu sejam untuk daftar je.. Haha. Biasalah klinik kerajaan. Nama pun bayar seringgit. Memang ramai gila la orang.

Akak kat kaunter tu pun bagi aku satu kad yang bertulis ' No.11, Bilik 9'.
Mana la bilik sembilan ni. Aku bukan tau sangat, tapi yang aku tau, bilik ade sampai 19. Aku rasa la..

Sampai kat tempat menunggu. Aku tengok orang dah ramai tunggu. Mesti la tunggu kan. Tak kan terus balik. Kerusi pun semua dah penuh, aku pun berdiri je. Kejap ke depan, kejap ke belakang. Kiri, kanan.. Semua celah orang aku pergi, depan TV pun aku lalu. Haha.. Saja, nak bagi orang bengang. Baru dia tau.. hahaha...

Habis semua maklumat-maklumat kesihatan yang ditampal kat dinding aku baca, brosur-brosur pun satu-satu aku belek.. Eh, baca.. haha.

"Dear Heart, Keep on Beating" yang ni aku baca kat brosur pasal jantung. Sedih lak aku baca.. Menitis air peluh.. Haha, pasal aku berdiri, panas pulak tu.

Lepas tu, aku baca pulak brosur pasal HIV, kalau korang nak tau, 4 orang mati akibat AIDS setiap hari, 7000 jangkitan baru setiap hari dan yang buat aku rasa kesian sangat adalah 2 juta kanak-kanak yang menghidap HIV dan AIDS ni.

Lagi aku baca pasal tempat-tempat pembiakan nyamuk, jenis ubat-ubatan, dan kanser serviks(kanser pangkal rahim), kanser serviks ni adalah kanser kedua kerap menyerang wanita selepas kanser payudara. Kanser ni boleh membunuh tau.

Soal hati?
Haaa... Ni yang aku nak cerita ni. Aku terbaca brosur pasal derma organ. Banyak organ yang boleh diderma dari hati, jantung, buah pinggang, paru-paru sampai la mata. Sesiapa pun boleh menderma, asalkan anda cukup umur dan sihat. Antara persoalan yang hangat ditanya adalah, bagaimana doktor akan merawat pesakit yang berada dalam keadaan tenat kalau dah tahu, pesakit tu penderma organ.

Jawapannya, doktor akan memilih organ daripada pesakit. Hah..!! Takut tak. Haha. Doktor akan mencuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan pesakit. Dan organ hanya akan dikeluarkan selepas pesakit disahkan meniggal dunia oleh dua orang doktor bertauliah.

(^_^) : Jagalah kesihatan anda.

6 comments:

Anonymous said...

aku penah tunggu mcm ko ni cang. aku amek brodur jugak. tapi bukan brodur la. mcm kalender bediri gitu. aku tak perasan. rupen2nye be3so2 gambo testis. =.='''

patot org tue sbelah aku tengok semacam je. halaihhh

Jai said...

ahahaha.. nakal ko tot.. tapi xpe..ilmu tu penting :)

hidanimoklas said...

eh. kau lyn my gf is gumiho? wahh. tgk smpi abs tw. pstu komen. ;)

Syida Shu said...

apa hukum derma organ dalam islam eh cang ?

Jai said...

wanie: cam slow je cerita tu.. tapi, akan ku habiskan juga. haha

syida: aku ada baca kat brosur pasal hukum ni.. kat brosur tu tulis yang menderma organ ni tidak ditentang oleh mana-mana agama dan bagi agama Islam pula hukumnya adalah harus.. tapi perlulah mengikut syarat2 yang ditetapkan..

hidanimoklas said...

kau lyn jela. komfem kau mmpu mnitiskn air mte nnt. ;)