nuffnang

Thursday, March 20, 2014

Keyboard warrior



Aku hanya memerhati. Tanpa mahu lebih memburukkan keadaan. Walau apa yang bakal ditulis itu mungkin ada benarnya. Sekadar mengajak berfikir kembali. Dengan rasional. Bukan dengan emosi. Bukan dengan prasangka. Tapi apakan daya. Sifat prejudis semakin menebal. Tidak lagi ternampak sopan dan santunnya. Semua dengan akal fikiran mereka. Yang mereka fikir mereka saja di jalan kebenaran. Walau banyak nampak silapnya, nah ditukar pula ke masalah yang lainnya. Berpusing-pusing disitu. Tiada penyelesaian. Puas bila menghentam, mengherdik, memaki. 

Menegur disitu tiada faedahnya. Semua disitu hati batu, keras kepala, darah muda. Memang tujuan mereka disitu menghentam, mengherdik dan memaki hamun.. Bukan menerima nasihat. Bukan kebenaran hakiki yang dicari. Kalau kebenaran yang datang itu bukan yang mereka suka, ditolak dan didiamkan saja. Lebih teruk adalah yang mempertikai. Tak mengapa. Asal mereka puas.

Dan aku. Mencari jalan lain. Yang boleh kuguna untuk mencapai apa yang sangat diingini hati ini. Berkongsi pengalaman dengan hati-hati yang lebih suci. Yang masih bersih, yang belum dikotori propaganda-propaganda dan anasir-anasir liar, kotor. Mungkin sebaiknya tempatku disini. Tempat yang Allah takdirkan buat aku. Tempat berkongsi cerita dan pengalaman. Adik-adik, di luar sana penuh muslihat, penuhkanlah dadamu..

Welcome again DAURAH :)