nuffnang

Monday, November 15, 2010

Itulah raja.




Sudah lama tak bertemu rakan. Masing-masing membawa diri. Menimba ilmu di tempat orang. Utara, selatan, timur dan Barat. Membawa kepercayaan dari rumah. Pesan ibu bapa tersemat di poket. Di dalam buku nota. Buku nota yang kecil.

Kehidupan sudah berubah. Gara-gara hidup yang serba tidak kena. Kelas sepanjang minggu. Hidup dalam kelam kabut. Kuiz dan test yang berturut-turut. Segala urusan dicatit. Dalam buku nota. Agar tiada yang tertinggal. Menjadi rutin setiap hari. sepanjang masa di tempat orang. Buku nota masih di poket. Hampir penuh.

Argh.. Segalanya semakin parah. Minda dikerah dikeras-kerasnya. Seperti ikan dimarahi tidak memakai kasut atau seperti ayam diajar bermain takraw. Penawar dicari. Ya, Penawar diperlukan. Resah, gelisah menanti. Apakah penawar. Di saat itu muncul idea daripada teman-teman. Mari kita mencari penawar. Buku nota dikeluarkan. Satu-persatu dicatit.

Kita jauh dari rumah. Dunia terasa bagai kita yang punya. Detik 12 malam menjadi penentu. Otak perlu direhatkan. Lepaskan segala tekanan. Lupakan semua assignment. Esok, lusa masih ada masa lagi.

Berseronok, gembira. Ketawa. Menari.. Tiada siapa yang akan marah, Semua disini mencari ketenangan. Mengosongkan minda. Tidak..!! Ini tidak patut. Mana buku nota. Segala pesan ibu dan ayah masih di situ. Apa pesan nombor satu? Nombor dua? Poket diraba... Kosong. Buku nota tertinggal di rumah. Di dalam laci. Di bawah kertas-kertas kuiz.

Kau tewas. Dalam penawar yang kau cari. Kau diajar, kau dicabar. Teman-teman itu bukanlah mulia. Cecair itu mula melalui tekak, tiba di perut. Kepala terasa berat. Tegukan kedua dan seterusnya. Tahniah pada teman-teman itu. Seorang lagi menjadi mangsa.

Hari ini kau bercerita, aku mendengar, aku terkejut. Aku terdiam. Tak terkata. Namun hatiku bersuara. Jangan dekati lagi cecair itu. Itulah raja segalanya. Yang akan terus membawa engkau kepada keseronokan. Jauh dari matlamat hidup. Jauh dari agama. Islam itu bukanlah kata nama. Ianya kata kerja. Harus dikerjakan dengan sepenuh hati, sepenuh jiwa.

Kau dan aku. Kita tidak sempurna. Aku juga sering lalai. Sama seperti kau. Tapi aku harap kau boleh berubah. Mungkin susah. Tapi kau mesti cuba sebab......

Apa yang kau buat itu adalah rajanya.

Raja Segala Maksiat



(^_^) : Sahabat, kalau kau baca, jangan beritau aku.. Ini dari hati ke hati :)

6 comments:

Nynna Isa :) said...

mgkin kite xkenal kan :)
tapi sy suke post awk yg ni !!
great !
manusia mmg sama tapi xserupa :D

Mohd Azdn Jaafar said...

Nynna: Kita kenal la.. haha

Syida Shukor said...

siapakahhhh ?

Mohd Azdn Jaafar said...

syida: sahabt. :D

rokenbola said...

jangan na..aku sebat nnt na.

Mohd Azdn Jaafar said...

tot: aku mendengar kata mama. haha