nuffnang

Monday, April 21, 2014

satu pintaku

Bila perkara seperti itu terjadi.

Satu je yang  daku pinta.. .. ..

Ya, benar-benar menggugat..
Sering saja hal sedemikian berlaku..
Bila berkata diri ini mahu kuat kembali, jalan itu ada ujian ini.
Tidak mahu tidak. Perlu juga ditangani.
Pintaku pada Raja di Langit dan dibumi..

Jagalah hatiku..

Hingga pada satu masa nanti, yang kau telah tetapkan waktunya.. sempurnakanlah..
satukanlah..

:)

*menanti hadiah Agung dengan sabarnya

Thursday, April 3, 2014

Sollu 'Ala Nabi

Ramai-ramai kulihat berjubah, berserban dan berselawat.
Berkumpul beratus ribu, berselawat tanda cinta pada Junjungan Nabi kita,
Muhammad S.A.W..

Kulihat mereka sungguh asyik. Menggoyang-goyang badan. Melambai-lambai tangan..
Di tengah-tengah lautan manusia aku hanya duduk membisu. Mengikut mana-mana yang kutahu.
Sambil-sambil itu aku melihat gelagat pengunjung lainnya menerusi skrin putih nun jauh di depan.

Aku cukup risau.
Apakah yang kulihat ini hanya fenomena semata-mata.
Apakah akan terjadi nanti bila fenomena ini kian suram
Bila mana fenomena yang lain pula yang muncul.
Saat itu apakah nasib jubah-jubah dan serban-serban yang kulihat hari ini.

Paling ku risau, benarkah kecintaan ini.? 
Adakah diikuti segala yang diajar Nabi kita. 
Nabi sudah lama pergi, penggantinya ulama-ulama yang ada pada masa kini.
Namun kini ulama juga dipersoal, dipertikai.

Aku harap kecintaan ini adalah benar. 
Semoga semakin ramai pergi solat berjemaah di masjid-masjid.
dan semoga majlis ilmu menjadi minyak..
Minyak yang mengisi bekas pelita...
Pelita mata hati.. 

Sollu 'Ala Nabi.. 


Friday, March 21, 2014

10 k

Alhamdulillah. Pageviews kini sudah melebihi 10k. Trimas sangat-sangat pada yang membaca. Sekadar perkongsian daripada diri ini. Mohon kemaafan atas kesilapan dan keterlanjuran.

Mungkin separuh pageviews tu saya yang baca sendiri. Sebab saya suka baca balik nukilan yang lepas-lepas. Cukup untuk membuat saya tersenyum sendirian.

Kadang-kadang bila baca balik, macam mana boleh dapat idea macam tu. Mungkin itulah ilham. Atau emosi semata. Terima kasih sekali lagi.

Teruskan menyokong.

Artwork

1) 9 Julai 2013 >> Ni lukisan yang pertama pakai photoshop. Serius hampeh.

Thursday, March 20, 2014

Tuesday, February 4, 2014

Pintu suka hati


Awal-awal pagi kulihat Tok Man sudah bangun. Selesai solat subuh Tok Man terus bersiap. Disarung seluar lusuh, jaket hijau pudar. Serban merah putih dililit rapi diatas kepala.. Tok Man mencapai parang yang terselit di celah dinding lalu disisip di tepi pinggang

Sedang Tok Man bersiap-siap, isterinya membancuh air teh. Dimasukkan air teh ke dalam botol. Air teh itu buat bekalan Tok Man sehingga waktu makan tengah hari. Setelah menyarung but hitam yang bertanah, Tok Man terus menaiki motor. Motor Tok Man bukan Honda Cup. Tok Man sudah maju. Motor Tok Man Honda EX5 Class. Warna hijau. Tapi sudah juga berlumpur dan bergetah. Motor itu Tok Man guna untuk mengangkut hasil-hasil kebun. Getah, petai, durian, bendi... 

Waktu itu aku sedang bercuti sem. Lebih kurang satu bulan. Sengaja aku mahu mencuba kehidupan di kampung. Rasa masuk kebun. Bergelumang dengan tanah dan tahi ayam.. Kalau bukan sekarang bila lagi. 


"Bangun, bangun.. Gi kebun yok.." aku mengejut sahabatku merangkap bos aku untuk cuti kali ini.  Macam biasa selepas solat subuh dia akan melelapkan mata sebentar sehingga pukul 9. Lepas itu baru kami bersiap-siap. 

Hari ini sudah masuk minggu kedua. Kami baru nak membuat pagar. Bila hendak berkebun, pagar satu faktor penting.. Supaya tanaman tak di makan binatang ternakan ataupun dirosakkan babi hutan. 

Sebelum memasang pagar, lubang perlu dikorek. Tidak besar. Lebih kurang  setengah kaki kali setengah kaki. 

Alamak.. tadi keluar rumah tak bawa perkakas untuk mengorek. Habis kuku ni kalau nak korek pakai tangan. Lagi-lagi sekarang sudah dua minggu lebih tidak hujan. Tanah keras dan padat. 

Kulihat Tok Man berjalan menuju kawasan bersemak. Diselak-selak lalang yang meninggi. Tok Man menunduk, mencapai sesuatu.  Nah..... Cukup perkakas. Boleh korek lubang.

Jimat. Tak payah buat stor.





Tuesday, January 28, 2014