nuffnang

Tuesday, January 28, 2014

Uncet


Uncet. Masih ku teringat pertemuan kali pertama dengannya. Waktu itu aku dan teman-teman serumah sedang berjalan ke pekan. Mencari juadah tengah hari. Waktu itu kami masih ditahun dua. Masing-masing belum punya kenderaan. Baik yang tayar empat mahupun yang tayar dua. Jika hendak dibanding dengan makanan di cafe, masih berbaloi berjalan ke pekan. Biar berpanas sedikit. Biar menapak sedikit. Tapi pilihannya banyak. Ada nasi goreng Bang Lie, nasi ganja, lauk kerabu, kedai makcik murah, Restoran Budget Station. 

“Lama tak nampak kak” tegurku bila sesekali ke Restoren Budget Station 
“Awak tu yang lama tak datang” jawabnya sambil tersenyum. Sinis.

Itulah kali pertama aku berjumpa uncet. Dan saudara-saudara kandungnya.

“Nasib baik tak kena langgar. Gile kau.. Sikit lagi kot” hampir-hampir sahaja dilanggar kereta dijalan raya. Mujur, hanya tersasar beberapa inci. Betul-betul sudah dibawah kereta.

Empat ekor semuanya. Masih kecil. Sekitar dua, tiga minggu barangkali. Kami melihat kanan dan kiri. Meninjau sekeliling. Lapang. Kosong. Tiada langsung kelibat ibu kucing. 

“Hm. Bawak balik la. Biar aku yang jaga.”

Kempat-empatnya aku masukkan dalam kotak. Ceria rumah kami seketika.

Tiga minggu berlalu...
 Daripada empat ekor yang ku bawa pulang. Tiga telah mati. Hanya Uncet yang tinggal.

Masih ku ingat bila pertama kali Uncet menerkam ikan goreng yang aku beli di kedai.
Masih ku ingat belakang langsir tempat Uncet membuang kencing beraknya.
Paling ku ingat melihat kelibat Uncet berlari ke arahku didalam gelap tatkala hostel kami terputus bekalan elektrik.


Waktu itu hampir tiba raya haji. Semua pulang ke kampong. Tidak mahu tidak aku terpaksa lepaskan Uncet. Itulah kali terakhir aku melihat Uncet.. .. .. 



No comments: