Alhamdulillah. Pageviews kini sudah melebihi 10k. Trimas sangat-sangat pada yang membaca. Sekadar perkongsian daripada diri ini. Mohon kemaafan atas kesilapan dan keterlanjuran.
Mungkin separuh pageviews tu saya yang baca sendiri. Sebab saya suka baca balik nukilan yang lepas-lepas. Cukup untuk membuat saya tersenyum sendirian.
Kadang-kadang bila baca balik, macam mana boleh dapat idea macam tu. Mungkin itulah ilham. Atau emosi semata. Terima kasih sekali lagi.
Teruskan menyokong.
nuffnang
Friday, March 21, 2014
Thursday, March 20, 2014
Tuesday, February 4, 2014
Pintu suka hati
Awal-awal pagi kulihat Tok Man sudah bangun. Selesai solat subuh Tok Man terus bersiap. Disarung seluar lusuh, jaket hijau pudar. Serban merah putih dililit rapi diatas kepala.. Tok Man mencapai parang yang terselit di celah dinding lalu disisip di tepi pinggang
Sedang Tok Man bersiap-siap, isterinya membancuh air teh. Dimasukkan air teh ke dalam botol. Air teh itu buat bekalan Tok Man sehingga waktu makan tengah hari. Setelah menyarung but hitam yang bertanah, Tok Man terus menaiki motor. Motor Tok Man bukan Honda Cup. Tok Man sudah maju. Motor Tok Man Honda EX5 Class. Warna hijau. Tapi sudah juga berlumpur dan bergetah. Motor itu Tok Man guna untuk mengangkut hasil-hasil kebun. Getah, petai, durian, bendi...
Waktu itu aku sedang bercuti sem. Lebih kurang satu bulan. Sengaja aku mahu mencuba kehidupan di kampung. Rasa masuk kebun. Bergelumang dengan tanah dan tahi ayam.. Kalau bukan sekarang bila lagi.
"Bangun, bangun.. Gi kebun yok.." aku mengejut sahabatku merangkap bos aku untuk cuti kali ini. Macam biasa selepas solat subuh dia akan melelapkan mata sebentar sehingga pukul 9. Lepas itu baru kami bersiap-siap.
Hari ini sudah masuk minggu kedua. Kami baru nak membuat pagar. Bila hendak berkebun, pagar satu faktor penting.. Supaya tanaman tak di makan binatang ternakan ataupun dirosakkan babi hutan.
Sebelum memasang pagar, lubang perlu dikorek. Tidak besar. Lebih kurang setengah kaki kali setengah kaki.
Alamak.. tadi keluar rumah tak bawa perkakas untuk mengorek. Habis kuku ni kalau nak korek pakai tangan. Lagi-lagi sekarang sudah dua minggu lebih tidak hujan. Tanah keras dan padat.
Kulihat Tok Man berjalan menuju kawasan bersemak. Diselak-selak lalang yang meninggi. Tok Man menunduk, mencapai sesuatu. Nah..... Cukup perkakas. Boleh korek lubang.
Jimat. Tak payah buat stor.
Tuesday, January 28, 2014
Monday, January 20, 2014
Angkara lipas
Lama dah tak jumpa sahabat aku yang sorang ni. Dia ada lagi dekat depan Mydin tu. Dah setahun rasanya dia kat situ. Aku pun tak berapa pasti. Dari jauh aku sudah tersenyum apabila ternampak susuk tubuhnya yang besar.. Sedang menyiapkan burger yang dipesan pelanggan.
"Brom..Broom...Brom..!!" aku menghampiri sambil sengaja membisingkan kapcai yang setia ditunggang.. Dia pun tersenyum melihat aku.
"Sorang je hari ni?"
"Aah. Sorang je.."
"Tangan dah elok?"
"Dah elok da. " jawab aku tersenyum sambil sengaja mengangkat dan memusing-musingkan tangan kanan..
"Tengok M.U kejap lagi?"
"Tak kot"
"Teman aku eh sampai tutup kedai"
"Cun.."
Dalam dua jam dekat situ, banyak yang diceritakan. Tapi topik hari ni lebih kepada kerjaya dan pasangan. Nak buat apa lepas ni.. Nak kahwin dengan siapa.. Kawan-kawan yang rapat dengan aku semua takkan percaya kalau aku kata aku ada awek.. Memang aku tak pernah ada pun.. Secara official nya la..
"Tah kahwin dengan siapa la nanti"
"Rilek. Perkemaskan diri dulu.."
"Hm. Betul la tu.."
Selepas mengemas dan menutup gerai. Aku dan sahabat pun pergi ke kedai makan yang berhampiran..
"Makan la doe.. Lepak dengan aku taknak makan.."
"Aku nak joging la esok pagi.. hihi..
"Apa doe kau. Lepak dengan aku taknak makan, takanak hisap rokok.."
Aduh member buat ayat touching.. Yela-yela aku makan..
"Nasi Goreng Kampung satu ye kak.."
Masa nak start makan tu tiba-tiba seekor serangga yang tak menyenangkan hinggap pada tisu.. Aku terus tarik satu tisu dan campak ke lantai..
"Terbang pulak dia.. Kalau hinggap kat nasi tadi memang aku..."
"Ktaang...!!"
Aduh..Malu besar. Aku nak buat gaya je.. Sekali terkena pinggan betul-betul.. Bersepah-sepah nasi.. Nasib baik tak terbalik terus pinggan.. Gelak besar aku dengan sahabat. Macam waktu dulu-dulu.. Waktu satu bilik. Satu kelas.
"Hahahahaha.hahahhahahaha..." pecah perut malam ni. Nasib baik dah tengah malam. Tak ramai orang..
Wednesday, January 8, 2014
WIFI Masjid Negeri
''Hah, 6 minggu?!" reaksi pertama aku apabila tiba pada hari pertama untuk program daurah di Masjid Negeri Shah Alam.
"Yeke.. Aku ingat lapan hari.. Yela, 18 sampai 26 haribulan kan 8 hari.. Rupanya November sampai Disember. haha."
Masa tu mula la rasa was-was tu datang. Nak teruskan ke tak nak. Lama tu 6 minggu. Aku bukan tau apa sangat pun.
"Aku 3 minggu je tau. Nak masuk kerja dah bulan depan" alasan pertama yang aku bagi kat kadir
"Aku tak sure la.. Macam ada hal je nanti" alasan kedua
"Aku ada appointment dengan doktor la..." alasan yang berulang-ulang kali aku bagi.
Akhirnya aku buat keputusan untuk teruskan. Insya Allah pasti ada sesuatu untuk aku disini.
Mula je daurah. Setiap hari adalah suka, gembira, penat, lelah.. Konflik sana, konflik sini. Masalah sana , masalah sini. Orang tu macam tu, orang ni macam ni. Budak ni perangai pesen ni, budak tu pesen lain pulak. Macam-macam hal.
Tapi habis je daurah. 6 minggu itu adalah memori yang terindah. Setiap saat yang berlalu itu adalah kenangan terhebat. Mula merindui suasana daurah. Rindu teman-teman. Rindu adik-adik. Rindu nak buat semua benda sama-sama. Solat berjemaah bersama, baca ma'thurat bersama, hiking bersama, jadi PIC bersama, tidur bersempit bersama, makan bersama, Qasidah bersama, ketawa bersama, senyum bersama, angkat kerusi bersama, buat modul bersama, naik banana bot bersama, berkayak bersama, solat subuh tepi pantai bersama, nyanyi lagu tema bersama, jaga malam bersama.. .. banyak lagi. :')
Alhamdulillah. Allah yang takdirkan aku disitu. Banyak yang aku dapat.
Sampai ke hari ni, mulut aku masih melagukan doa-doa yang diajar pada adik-adik, berqasidah Ya Badrotim setiap hari.
Sampai hari ni, masih terngiang-ngiang suasana daurah di Masjid Negeri. Suara kawan-kawan buat energizer.. Bagi nasihat, bagi arahan. Sampai hilang-hilang suara.
Sampai ke hari ni, aku masih berulang-alik ke masjid negeri kalau berkesempatan.
Masjid Negeri. Ada sesuatu di situ. WIFI nya sungguh kuat. Masih terasa walau berbatu-batu :)
Terima Kasih Ya Allah..
"Abang tak penat ke?" seorang budak bertanya
"Penat memang penat. Tapi betulkanlah niat. Insya Allah rasa seronok."
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)


