nuffnang

Saturday, December 15, 2012

Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Alhamdulillah.. setelah beberapa bulan.. Buku Biografi MUHAMMAD BIN ABDULLAH, Perjalanan Hidup Seorang Nabi telah berjaya dibaca dengan jayanya.

Dibeli pada tahun September 2011, Buku ini mula dibaca pada pertengahan 2012.

Sebuah buku yang lengkap menceritakan tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan bagi semua peringkat umur dan mereka yang baru hendak mengenal Islam kerana bahasanya yang ringkas dan pengolahan yang mudah difahami.

Buku ini mampu menyentuh hati dan perasaan pembaca melalui keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad, para sahabat dan umat-umat Islam yang lain.

Jika dihayati dan didalami sedalam-dalamnya.. Buku ini mampu membuatkan anda menitiskan air mata..
Dan yang paling penting sekali, mampu meningkatkan kecintaan kepada baginda Rasullullah S.A.W

Insya Allah :')


*Lama tak update blog.. Sibuk membaca agaknya :p

Tuesday, October 30, 2012

Empty



Sukar, gusar, hiba, senyum, nangis, gelak, gembira,
Semuanya ditanggung sendiri
Seperti tiada lagi teman disisi
Seperti hidup di pulau terasing
Seperti orang mencari identiti

Saat sukar ini telah tiba
Harus ditempuhi walau terasa seperti tin,
Bukan tin buah-buahan berisi laici
atau tin berisi sardin
tapi tin yang berabuk
terbiar di tepi jalan
mengharap untuk dikutip, dikitar semula

Kosong,
Perasaan yang kosong
Sekian.

~ Segala kata cacian yang telah engkau berikan,
membuat ku rasa kosong, kosong.. ~

:)
Its just a cycle of life
I'm strong. Yeahh..!!

Alhamdulillah.

Tuesday, September 11, 2012

pesan nenek


Masuk sahaja ke dalam rumah.. Aku menuju ke bilik.. Di situ  terbaring seorang wanita yang tua. Hampir seabad usianya. Hanya tangan yang mampu diangkat.. Kaki pula hanya boleh digerakkan sedikit. Aku memperkenal diri, mencium tangan dan mencium pipi. Begitu la seperti tahun-tahun sebelum.. Nenek sudah lupa cucu-cucunya.. Masing-masing berubah wajah.. Menjadi pemuda dan pemudi.. Menjadi dewasa..

Itulah saat yang paling memilukan..

" Semua dah besar-besar dah jadi orang bujang. Aku tak pergi-pergi lagi."
" Nak bangun pun tak boleh.. Macam ni aje lah.. Kalau orang bawakkan makanan ada la. Kalau takde, takde la.. "
" Nanti bila aku mati, aku nak anak-anak cucu yang angkat aku.. Boleh? Janti tau.." sebak suara nenek. Megesat air mata.

Terkedu. Berlinangan air mata..


" Insya Allah nek..."

Di saat itu aku sedar.. Tanggungjawab dan pengorbanan yang menjadi keutamaan.

Sekian~


Kembali

Assalamualaikum..

Persis penyanyi yang kembali setelah sekian lama menghilang.. Aku juga kini kembali dengan suara-suara jauh di lubuk hati.... betul ke ni betul ke ni.. Nak tulis apa ni nak tulis apa ni..

Kesibukan hidup bergelar pelajar praktikal dan idea2 kurang intipati menyebabkan beberapa entri baru sekadar singgah di draft...

Kini aku kembali. Dengan lebih banyak bebelan dan songelan.. Harap-harap..



Insya Allah..

Sekian~




Tuesday, July 24, 2012

[REVIEW] Imam Imam Yang Benar


Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah selepas lebih kurang 5 bulan membaca buku ni, akhirnya sampai juga ke bahagian yang terakhir.. haa..tak habis lagi rupanya ni. Bukan baca terus menerus pun. Buku ni cuma mengandungi empat bahagian sahaja.. Setiap bahagian menceritakan tentang imam-imam empat mazhab yang dikenali namanya oleh masyarakat hari ini. 

Bahagian satu:     Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi)
Bahagian dua:     Imam Malik (Mazhab Maliki)
Bahagian tiga:     Imam Shafie (Mazhab Syafie)
Bahagian empat: Imam Ahmad bin Hanbal (Mazhab Hanbali)

       Di Malaysia, masyarakat Islam nya lebih terdedah kepada mazhab shafie. Berbanding mazhab-mazhab lain, mazhab shafie paling teliti kerana Imam Syafie sangat menitik beratkan hal-hal yang dianggap remeh-temeh. Sungguhpun begitu, kesemua imam-imam ini berijtihad berpandukan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. Keempat-empat Imam ini hanyalah berbeza pendapat dalam ilmu fikah. Namun mereka tidak pernah menyuruh masyarakat Islam supaya mengikut bulat-bulat pendapat mereka malah perlulah mengutamakan Al-Quran dan hadis. 

      Pernah satu ketika, di saat ajalnya hampir tiba, Imam Syafie telah diajukan soalan oleh Imam Hanbali yang juga merupakan anak muridnya.

"Wahai tuan guru, saya pernah berguru dengan anak murid Imam Abu Hanifah hingga saya mahir mazhab Hanafi. Saya juga pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas hingga saya mahir dengan mazhab Maliki. Saya juga berguru dengan tuan hingga saya mahir mazhab Syafie. Apabila tuan tiada, mazhab manakah yang perlu saya ikut?" tanya Imam Hanbali.

"Wahai Imam Ahmad Hanbal, kamu juga seorang ulama yang besar. Pengetahuan kamu mengenai Al-Quran dan hadis menyamai pengetahuan saya, Imam Malik dan Imam Hanafi. Kerana itu kamu juga boleh berijtihad sendiri. Tetapi jangan paksa sesiapa mengikut ijtihad kita kerana ijtihad yang sebenar adalah quran dan hadis" jawab Imam Syafie

       Walaupun berbeza pendapat, Imam Malik dan Imam Syafie sangat menghormati antara satu sama lain. Imam Syafie merupakan anak murid kepada Imam Malik. Setelah beberapa lama merantau ke Iraq, Imam Syafie pulang ke Madinah untuk menziarahi gurunya, Imam Malik. Selama beberapa hari di Madinah, jika Imam Syafie menjadi imam untuk solat subuh, beliau tidak membaca doa qunut bagi menghormati mazhab Maliki. Jika Imam Malik pula yang menjadi imam untuk solat subuh, beliau membaca doa qunut bagi menghormati mazhab shafie.

      Sungguh, buku ini mempunyai nilai yang sangat tinggi untuk dikongsi sesama kita. Setelah mengenal sejarah nabi-nabi dan rasul, marilah kita mengkaji sejarah imam-imam empat mazhab ini. Jika buku ini dibaca dan rujukan lanjut dicari bagi memahami perbezaan antara mazhab-mazhab ini, sudah tentu masyarakat Islam pada hari ini tidak mudah untuk mengkafirkan antara satu sama lain atau terlalu taksub dengan fahaman yang dibawa oleh imam-imam tertentu. 


*Al-Quran dan hadis panduan utama

azdn: entry bagi setiap Imam akan menyusul kemudian

Tuesday, June 12, 2012

Panjang pendek

Dua hari lagi menjelang kertas peperiksaan terakhir. 
Panjang pendek sem empat. 
Tamat akhirnya.. 
4 bulan mendatang...
Pasti sibuk dan menyibukkan diri.. 

4 bulan menimba ilmu.. 
4 bulan mencari pengalaman..
4 bulan bersama kawan-kawan..
Kawan-kawan baru dan cerita-cerita baru..
Kawan-kawan lama dan cerita-cerita lama.. 

time to get busy.. huhu

Friday, April 13, 2012

early morning


Aperture: f/5.6
Exposure: 1/250sec
ISO: 200


*backlight
**Subhanallah