nuffnang

Thursday, February 9, 2012

Istidraj

Lokasi: Berhampiran Hospital Ampang
Masa : Senjakala

*Kisah seekor ayam jantan.

Tersebutlah kisah di suatu desa, terdapat seorang petani yang memiliki beberapa haiwan ternakan. Haiwan ternakan itu terdiri daripada ayam jantan, itik dan juga lembu. Ayam jantan dan yang lainnya berkawan rapat.

Antara haiwan-haiwan ternakan ini, ayam jantan yang paling disayangi kerana mengejutkan tuannya pada setiap pagi. Dan tuannya pula akan mengejutkan ahli keluarganya yang lain. Ayam jantan sering dipuji oleh tuannya.

Apabila bertemu dengan itik dan lembu, ayam jantan suka berbangga dengan pujian yang diberi oleh tuannya. Akan tetapi, mereka tetap berkawan baik dan saling bertegur sapa.

Ditakdirkan suatu hari, ayam jantan terjumpa sebutir batu yang berkilauan. Ayam jantan percaya batu itu bukan batu biasa lalu mengambilnya. Batu itu merupakan batu permata. Ayam jantan bercadang untuk menyimpan batu permata tersebut.

Ayam jantan menyimpan batu permata tersebut di dalam mulutnya dan berjalan menuju ke reban. Dalam perjalanan, ayam jantan ditegur oleh itik tetapi teguran itu tidak dibalas kerana terdapat batu permata dalam mulut ayam jantan.

Setibanya di reban, ayam jantan mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan batu permata tersebut. Namun, ayam jantan takut batu permata itu akan hilang jika disembunyikan. Lalu ayam jantan tetap bersama batu permata itu dan tidak tidur sehingga ke pagi. Akibat daripada itu, ayam jantan tidak berkokok pada pagi itu dan dimarahi oleh tuannya..

*Suntingan daripada cerita asal di 91.5FM


Pengajaran daripada cerita

1) Setiap perbuatan perlulah ikhlas tanpa perlu dibangga-bangga kerana orang mukmin itu sentiasa merahsiakan amalannya kerana mengharapkan balasan hanya daripada Allah.

2) Manusia pada kebiasaannya mempunyai ramai kawan dan teman. Namun, apabila mendapat nikmat seperti durian runtuh atau naik pangkat manusia sering melupakan teman-teman dan kawan di sekeliling. Nikmat ini tidak lain hanyalah nikmat Istidraj yang diberikan oleh Allah untuk menambah lagi kesesatan dan keangkuhan dalam diri manusia.

Firman Allah S.W.T

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. ”. (Al-Qalam :44)



*Semoga kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah dan dijauhi sifat-sifat mazmumah


Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Wednesday, February 1, 2012

Wishlist..

Biasanya perempuan je yang banyak sebut pasal wishlist ni.. Nak buat itu, nak buat ini.. Nak beli itu, nak beli ini.. Lelaki pun ada senarai juga.. Jarang nak disebut sebagai wishlist.. Tapi lebih kepada senarai aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka kahwin..

Kebanyakkan lelaki ada senarai-senarai ni.. Kalau tak tulis pun.. Mesti ada dalam kepala otak..

Ok. Yang ni saya punya.

Yang dah buat.
1- Mendaki bukit
2- Paragliding tapi ditarik dengan bot
3- Berkhemah (ni dah selalu)
*4- Berbasikal merentas bandar

Yang belum buat
1- Bungee jumping
2- Mendaki gunung
3- Bercuti ke pulau bersama rakan-rakan masa kat asrama ( janji lepas 8 tahun. tinggal lagi 3 tahun je )
4- Lompat dari kapal terbang (tapi pakai parachute la)
5- Rock climbing (wall climbing je pernah)
6-Ski air
7- Luncur salji (Snow World buat apa)
8- Kayak (asas dah ada)


*Berbasikal Merentas Bandar

Perjalanan pergi: KL- Tanjung Malim
Penyertaan : 2 orang
Jarak : 94km ++ Genapkan je la 100km
Tempoh masa : 2 hari

Tempoh mengayuh
Hari pertama
>11 pagi -1petang (Gombak; makan dan solat)
>2petang - 6 petang (Batang Kali; mandi, solat, tidur)

Hari kedua
>7.30 pagi - 11.30 pagi (Tiba di Tanjung Malim)

Balik?
Malas dah nak kayuh balik..
Call orang datang ambil..
Letak basikal belakang Storm..
Tidur dengan senang hati..

Perjalanan pergi: Berkayuh 10 jam campur rehat
Perjalanan pulang: 1jam 40 minit tanpa rehat
Kecederaan: -
Kerugian: Pam basikal. Tertinggal dekat masjid


*puas hati :)

Monday, January 30, 2012

Biar apa pun yang terjadi..
Biar apa pun berlaku..

Sentiasa ingat..
Sentiasa percaya..
Qada' dan Qadar..

Jangan menangis..
Jangan menyesal..

Sentiasa ingat..
Sentiasa percaya..
Hikmah berlakunya sesuatu..

Jangan takut berseorangan..
Jangan kisah bersendirian..

Sentiasa ingat..
Sentiasa percaya..
Allah bersamamu..

:)


*Believe me son. You can't pretend like it never happened..


Friday, January 27, 2012

HDR

26 JANUARI 2012


Tada.. Ni la gambar HDR (High Dynamic Range) pertama yang berjaya dihasilkan.. Jangan nak hentam sangat la.. Percubaan kali pertama ni.. Kesimpulannya, hari ni merupakan hari bersama dugaan. Haha.. Tapi tak kisah.. Kita cool..

:p

Tuesday, January 24, 2012

Sudahlah, jangan merajuk lagi


Pernah terlintas di fikiran, perasaan untuk menukar.. Daripada yang lama kepada yang baru. Apabila melihat rakan-rakan bersama model terBAHARU ( I prefer to use BARU =.='' ) masing-masing, hati semakin meronta-ronta. Minta agar segera ditukar.

Sejak itu, kepunyaan sendiri seperti diabaikan. Diletak bersepah di merata tempat. Dibiar kesejukan di waktu malam. Perasaan bosan mula timbul. Tiada kelas lagi kepunyaan sendiri. Aku perlukan yang baru. Dengan teknologi terkini. Dilengkapi perakam video, sensor yang tinggi, megapixels yang tinggi..

Aku bekerja separuh mati.. Siang dan malam.. err.. tak separuh mati kot.. Biasa-biasa je.. Berjimat tidak beringat. Biar kurang makan, janji hati puas. Bila cukup bulan, wang simpanan pasti ( Insya Allah ) mencukupi.

Tapi akhirnya aku sedar. Bukan jenama penentu segalanya. Bukan model terkini menjanjikan kepuasan. Apa yang penting adalah tangan yang memegang. Tangan yang beraksi. Biar pun bersama model yang lama, tidak mengapa. Yang penting, kepunyaan sendiri. Tidak pinjam dan tidak curi.

Kau yang pertama bagiku.. Akan kekal sebagai lagenda. Penuh nilai sentimental. Jangan risau. Nasib kau sudah diketahui.. Kau akan kekal disisi.. Selagi tidak rosak, selagi tidak hilang.. Sudahlah, jangan merajuk lagi :)


*padahal tak cukup duit nak beli kamera baru :p

Sunday, January 22, 2012

Janji bahagia



Kalau diikutkan, nak juga jadi profesional. Nak juga buat cari makan. Nak join photoshoot dengan member-member. Tapi tiap-tiap kali fikir balik, takpe la.. Belajar sendiri pun boleh.

Bukan tak nak jadi pro, bukan tak nak buat cari makan. Teringin sangat nak join photoshoot.

Dulu, kalau pergi mana-mana dengan member, semua gambar nak upload. Nak beritahu semua orang, apa yang kita buat. Tapi lama-kelamaan rasa macam tak perlu pun semua tu.. Cukuplah satu, dua gambar yang terbaik. Lain semua kita simpan sendiri.

Sebabnya..

Bila kita jadi pro, mesti nak kena ambil macam-macam gambar. Gambar orang kahwin, gambar orang tunang. Gambar majlis tu, gambar majlis ni..

Bila buat photoshoot pula, macam-macam gaya model tu kita nak kena ambil. Bukan apa, saya takde jiwa nak ambil gambar model-model yang bergaya depan kamera. Saya lebih suka gambar candid dan permandangan.

Tapi sebenarnya..

Saya lebih takut dosa kalau ambil gambar aurat orang yang terbuka kemudian pamerkan pada orang lain. Biarlah amatur selamanya, janji bahagia.


*aurat perempuan itu bukannya pada rambut sahaja dan lelaki pula bukannya tiada aurat.. :)

Tuesday, January 17, 2012

Soal Hati Kembali II

Tiga penggal sudah selesai. Tiga penggal lagi masih perlu ditamatkan.. Soal hati masih begitu. Apakah ubat, apakah penawar..

Rambut manusia sama hitam, tetapi hati siapa yang tahu. Ada manusia berpentas teater, ada manusia bertopeng boneka, ada manusia berjuang setia.
Tapi yang mana paling berjaya, soal hati tiada kesudahannya.

Dalam mencari teman setia, pahit dan manis menjadi lumrah. Tangisan dan ketawa menjadi punca. Pecah, retak dan juga teguh.

Soal hati yang lainnya jangan ditanya. Biar terus menjadi rahsia. Usah dirisau, usah diratapi. Kelak pasti bertemu jawapan.

Menjaga hati amatlah penting, Elakkan prasangka dan juga fitnah. Semoga sentiasa mendapat Hidayah-NYA.. Semoga kekal di bawah lindungan dan Rahmat-NYA..