Dengan beraninya, aku nekad buat keputusan sendiri nak berhenti belajar kat UniMAP. Sampai la hari terakhir kononnya, aku dah pun beli tiket bas nak balik KL. Sekali masa siang tu, aku terserempak dengan dua orang kakak daripada kelas aku.. Kakak-kakak tersebut tak lain dan tak bukan ialah Kak El dan Kak Ija. Suka-suka hati diorang 'brainwash' aku.. Haha.. Sampai la buat aku makin rasa serba salah. Come on la kak, tiket balik da beli ni. Dipendekkan cerita, aku tak jadi pindah. Tapi malam tu balik juga la KL..
Maka, aku memulakan pembelajaran sem dua dengan satu misi. Misi balas dendam. Kalau nak ingat-ingat balik, penat belajar sem lepas. Kejap-kejap test, kuiz.. Group assignment pun awal-awal dah dapat. Interview kena buat sampai dua. Dengan masalah belajar, group lagi.. Masalah sendiri, masalah orang.. Penat, penat.
Misi aku pada sem dua adalah nak dapatkan 3 pointer. Sukacita dimaklumkan.. Ya, aku berjaya. Dengan ini bolehlah dikatakan bahawa misi balas dendam tercapai.. Tahun depan nak dekan boleh?
azdn: wah, dah nak masuk tahun dua..