nuffnang

Tuesday, May 31, 2011

Soal Hati Kembali

Bila bercakap pasal hati, aku akan teringat entry yang aku pernah post dulu, Soal Hati(tekan sini). Sedar tak sedar, hati merupakan organ yang sangat penting dalam badan kita. Hati berfungsi mengawal aras glukosa darah dengan menyimpan glikogen di dalamnya. Selain itu, hati juga berfungsi untuk menyingkirkan hormon-hormon yang berlebihan. Tak pernah kita melihat bukti bahawa hati digunakan untuk melihat, berfikir dan berkata-kata.

Kalau korang masih ingat sirah Nabi Muhammad, baginda didatangi oleh malaikat Jibril sewaktu kecil. Jibril membelah dada baginda dan mencucinya menggunakan air zam-zam. Adakah hati baginda yang dicuci itu, sama dengan hati yang kita kenali hari ini dari segi bentuknya dan fungsinya. Aku masih ingat lagi dulu pernah ada orang tanya kat ustaz kedudukan hati dalam badan manusia. Jawapan ustaz tu simple je.

"Di antara hujung rambut dan hujung kaki"

Dalam cerita 3 idiot lakonan Aamir Khan, dia ada cakap

"Our heart is a big coward"

Maka, kita perlulah selalu menyebut " All iz well" untuk menenangkan hati. Tapi tu dalam cerita Hindustan. Kalau kita sebagai orang Islam, banyak-banyakkan la beristighfar dan berselawat. Tak gitu?

Dalam hidup kita ni, hati memainkan peranan yang penting selepas kita berfikir pakai otak. Lagi-lagi kalau banyak pilihan. Orang biasa cakap "Dengar kata hati"

Kalau orang malas nak cakap dah pun, diorang akan cakap "Suka hati kau la"
Nampak tak sekarang betapa hati tu sangat mempengaruhi hidup kita sebagai seorang manusia. Nak bercinta pakai hati, nak berfikir pakai hati, nak buat apa-apa pun, nak kena jaga hati orang. Tapi dalam banyak-banyak cerita pasal hati, yang ni paling korang kena tahu dan ambil tahu..

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ada lagi satu hati yang aku nak bagitau ni. Hati-hati di jalan raya. Sejak-sejak balik Ampang ni, aku perasan makin teruk cara orang memandu. Bayangkanlah, 3 emergency brake dalam masa dua hari. Tak dinafikan, satu tu memang silap aku. Drift wa cakap lu.. Haha. Nasib baik.. Sekali orang lain pulak yang berlanggar. Kesian.


No comments: