nuffnang

Monday, February 27, 2012

Manusia yang dilupakan


Masihkan kita ingat manusia pertama yang berjalan di atas bulan.. Adakah benar dia yang pertama.. Adakah kita sudah terlupa yang bulan itu pernah terbelah dua.. Memasuki lengan baju seorang insan bergelar manusia.. Manusia istimewa..

Tipukah jika dikatakan Hang Tuah pernah menjejakkan kaki ke bulan.. Menaiki kapal ala-ala Flying Dutchman.. Sejarah manusia bermula sejak Zaman Nabi Adam A.S.. Berapa ramaikah antara manusia sejak daripada zaman Nabi Adam A.S pernah menjejakkan kaki ke bulan.

Bagaimana pula dengan manusia yang percaya mereka berasal daripada beruk.. Pernahkah beruk pergi ke bulan. Manusia yang percaya pada teori Evolusi semata-mata, mereka tidak pernah pun melihat perubahan beruk kepada manusia..

Hanya mahu melenyapkan cerita dan melupakan manusia dalam sejarah.. Berapa ramaikah manusia yang telah pergi ke bulan..? Berapa ramai manusiakah yang telah dilupakan dalam sejarah hidup manusia..? Berapa ramai lagi yang akan dilupakan..?

Zaman baru, cerita baru, memori baru.. Tapi akhirnya manusia akan kembali kepada asal.. Kepada kisah lama.. Kehidupan lama.. Kawan-kawan lama.

Friday, February 24, 2012

belajar melepaskan

Bukan senang nak melepaskan apa yang telah lama kita miliki.. Yang telah lama kita perolehi.. Sesuatu yang sudah selesa dalam simpanan.. Tapi kadang-kadang perlu juga dilepaskan kerana ruang yang semakin terhad.. Ruang yang dimaksudkan bukannya penuh isi tersirat.. Benar-benar ruang yang sudah terhad.. Melepaskan sesuatu bukanlah mudah. Berat sekali.. Tapi kerana ruang yang terhad, terpaksa juga melepaskan..

Semoga bermanfaat untuk orang lain..



*Pengumpul harta karun

Tuesday, February 21, 2012

story


Aku masih terkenang membunuh berpuluh-puluh semut yang berjalan dalam satu barisan.. Aku meniarap di atas lantai, memegang botol tak silap aku. Menggelek semua semut yang lalu.. Tapi aku sering lihat, banyak semut yang aku berjaya gelek berjalan kembali.. Bukan kepuasan yang aku cari, aku cuma rasa lebih hebat daripada semut. Aku anggap semut itu kecil dan tiada sumbangan dalam masyarakat sejagat.

Tapi kini semuanya sudah berubah.. Walau semut yang seekor pun akan dibiarkan.. Dibiarkan merayap kemana mereka suka. Tapi lipas dengan nyamuk memang tak boleh dimaafkan. Proses pembesaran mengajar aku bahawa setiap nyawa itu milik Allah.. Tidak boleh dibunuh tanpa sebab.

Proses kematangan mengajar aku bahawa tiada hebatnya Islam Melayu berbanding Islam India, Islam Cina dan Islam Bangladesh.. Hanya amal yang menentukan darjat seorang Islam. Masih aku teringat menengking seorang pengawal Nepal kerana merasakan Melayu lebih hebat. Kadang-kadang di masjid, aku masih terdengar orang bercakap tentang Islam Bangladesh "Ramai pula diorang hari raya ni. Orang dia je.. Penuh masjid."

Aku belajar mengenal jiwa manusia selepas aku belajar mengenal alam.. Pantang sekali aku orang yang membuang sampah mana-mana yang mereka suka. Aku sendiri pun susah nak merentap walau sehelai daun di dahan pokok.. Pada aku, orang yang tak mengenal alam, susah nak kenal jiwa manusia.. Tidak mengenal sensitiviti dan kurang menjaga perasaan.

Kalau manusia tak nak terima aku.. Biar aku kembali kepada alam. >.<"


Subhanallah.

Friday, February 17, 2012

gelak sorang-sorang

Kalau diminta cerita tiba-tiba..
Tiada apa yang muncul dalam fikiran..
Semacam zaman kanak-kanak tidak lengkap..
Seperti tiada kenangan..

Tidak seperti rakan lain yang punya cerita berjela..
Mampu mengingat setiap detik..
Seperti zaman kanak-kanak mereka yang punya..
Seperti aku hanya jadi pemerhati..

Tapi bila dikenang..
Aku sedar siapa aku di zaman kanak-kanakku..
Selain teman dan jiran selaku penghibur setiaku..
Aku sendiri penghibur diriku..

Tiada siapa yang tahu selain aku..
Betapa nakal, betapa jahat..
Tiada siapa yang tahu selain aku..
Tiada manusia lain..

*seronok bila boleh ketawa sorang-sorang :)

Thursday, February 9, 2012

Istidraj

Lokasi: Berhampiran Hospital Ampang
Masa : Senjakala

*Kisah seekor ayam jantan.

Tersebutlah kisah di suatu desa, terdapat seorang petani yang memiliki beberapa haiwan ternakan. Haiwan ternakan itu terdiri daripada ayam jantan, itik dan juga lembu. Ayam jantan dan yang lainnya berkawan rapat.

Antara haiwan-haiwan ternakan ini, ayam jantan yang paling disayangi kerana mengejutkan tuannya pada setiap pagi. Dan tuannya pula akan mengejutkan ahli keluarganya yang lain. Ayam jantan sering dipuji oleh tuannya.

Apabila bertemu dengan itik dan lembu, ayam jantan suka berbangga dengan pujian yang diberi oleh tuannya. Akan tetapi, mereka tetap berkawan baik dan saling bertegur sapa.

Ditakdirkan suatu hari, ayam jantan terjumpa sebutir batu yang berkilauan. Ayam jantan percaya batu itu bukan batu biasa lalu mengambilnya. Batu itu merupakan batu permata. Ayam jantan bercadang untuk menyimpan batu permata tersebut.

Ayam jantan menyimpan batu permata tersebut di dalam mulutnya dan berjalan menuju ke reban. Dalam perjalanan, ayam jantan ditegur oleh itik tetapi teguran itu tidak dibalas kerana terdapat batu permata dalam mulut ayam jantan.

Setibanya di reban, ayam jantan mencari tempat yang sesuai untuk menyembunyikan batu permata tersebut. Namun, ayam jantan takut batu permata itu akan hilang jika disembunyikan. Lalu ayam jantan tetap bersama batu permata itu dan tidak tidur sehingga ke pagi. Akibat daripada itu, ayam jantan tidak berkokok pada pagi itu dan dimarahi oleh tuannya..

*Suntingan daripada cerita asal di 91.5FM


Pengajaran daripada cerita

1) Setiap perbuatan perlulah ikhlas tanpa perlu dibangga-bangga kerana orang mukmin itu sentiasa merahsiakan amalannya kerana mengharapkan balasan hanya daripada Allah.

2) Manusia pada kebiasaannya mempunyai ramai kawan dan teman. Namun, apabila mendapat nikmat seperti durian runtuh atau naik pangkat manusia sering melupakan teman-teman dan kawan di sekeliling. Nikmat ini tidak lain hanyalah nikmat Istidraj yang diberikan oleh Allah untuk menambah lagi kesesatan dan keangkuhan dalam diri manusia.

Firman Allah S.W.T

Biarkanlah Aku sahaja (wahai Muhammad) dengan orang yang mendustakan keterangan Al-Quran ini, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya. ”. (Al-Qalam :44)



*Semoga kita mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah dan dijauhi sifat-sifat mazmumah


Selawat dan Salam Ke atas Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Wednesday, February 1, 2012

Wishlist..

Biasanya perempuan je yang banyak sebut pasal wishlist ni.. Nak buat itu, nak buat ini.. Nak beli itu, nak beli ini.. Lelaki pun ada senarai juga.. Jarang nak disebut sebagai wishlist.. Tapi lebih kepada senarai aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka kahwin..

Kebanyakkan lelaki ada senarai-senarai ni.. Kalau tak tulis pun.. Mesti ada dalam kepala otak..

Ok. Yang ni saya punya.

Yang dah buat.
1- Mendaki bukit
2- Paragliding tapi ditarik dengan bot
3- Berkhemah (ni dah selalu)
*4- Berbasikal merentas bandar

Yang belum buat
1- Bungee jumping
2- Mendaki gunung
3- Bercuti ke pulau bersama rakan-rakan masa kat asrama ( janji lepas 8 tahun. tinggal lagi 3 tahun je )
4- Lompat dari kapal terbang (tapi pakai parachute la)
5- Rock climbing (wall climbing je pernah)
6-Ski air
7- Luncur salji (Snow World buat apa)
8- Kayak (asas dah ada)


*Berbasikal Merentas Bandar

Perjalanan pergi: KL- Tanjung Malim
Penyertaan : 2 orang
Jarak : 94km ++ Genapkan je la 100km
Tempoh masa : 2 hari

Tempoh mengayuh
Hari pertama
>11 pagi -1petang (Gombak; makan dan solat)
>2petang - 6 petang (Batang Kali; mandi, solat, tidur)

Hari kedua
>7.30 pagi - 11.30 pagi (Tiba di Tanjung Malim)

Balik?
Malas dah nak kayuh balik..
Call orang datang ambil..
Letak basikal belakang Storm..
Tidur dengan senang hati..

Perjalanan pergi: Berkayuh 10 jam campur rehat
Perjalanan pulang: 1jam 40 minit tanpa rehat
Kecederaan: -
Kerugian: Pam basikal. Tertinggal dekat masjid


*puas hati :)