nuffnang

Saturday, September 10, 2011

Tragedi di kala Jumaat.

Solat Jumaat merupakan satu kewajipan untuk kaum Adam.. Tapi hari ni kita bukan nak bercerita tentang hukum-hakam Solat Jumaat tu, tapi tragedi-tragedi yang berlaku sepanjang aku menunaikan Solat Jumaat ni di masjid-masjid berhampiran.

Tragedi # 1
Aku dah lupa pula masa umur berapa tahun.. Tapi tak lebih darjah 3. Masa ni kat kampung. Aku bersolat Jumaat kat masjid seberang jalan je. Masa tu awal lagi. Baru nak pukul satu. Aku lambat sikit. Aku tengok abang-abang aku dengan sepupu duduk kat saf-saf belakang. Pak Cik aku duduk saf depan. Aku pun pergi depan. Angkat takbir, solat.. Dalam hati Pak Cik aku, bagus la budak ni solat sunat.. Tapi empat rakaat.

Pak Cik: Kenapa sembahyang empat rakaat?
Azdn : Tadi datang lupa nak sembahyang Zohor..

Dah la kat depan tu ramai orang.. Pakcik-pakcik.. Semua sengih je.. Rilek la Pakcik.. haha

Tragedi #2
Kisah ni terjadi lepas solat Jumaat. Keluar je pintu masjid aku terus berjalan pandang depan. Sekali...

GEDEBUK..!!

Aku terlupa pasal tiga anak tangga yang ada dekat situ.. Malu-malu.. Tapi sebab ramai orang tengah keluar masjid, cover baik. haha

Tragedi #3
Ni ada unsur-unsur mistik dan khayalan.. Biasa la orang kalau seharian membanting tulang, mesti penat.. Masuk masjid terus lelap. Tapi rasanya aku dah tak kerja masa tu. Tapi tak kisah la.. Maka aku pun terlelap.. Yang syoknya. Mimpi silih berganti. Semua macam filem pendek..

Tiba-tiba ada bola menuju ke muka aku.. Apa lagi, terus aku angkat tangan nak tahan.. Sekali aku perasan. Eh mimpi.. Amboi, sampai ternaik tangan. Nasib baik tak menjerit. Dah la Imam tengah baca khutbah. Ceh, nak cover buat macam tengah buat regangan tangan..

Tragedi #4
Dalam banyak-banyak tragedi, ni yang paling aku segan nak cerita.. Malu ooo malu.. Kalau tin biskut tu super flexible, lama dah aku masuk.

Meh aku cerita. Dalam banyak-banyak tragedi di kala Jumaat, aku rasa yang ni la pengalaman yang semua lelaki pasti rasa sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jarang-jarang atau tiap-tiap kali Solat Jumaat.

Kalau dah sedap tidur, memang tak perasan khutbah dah habis.. Bila nak berdiri, alamak ai kaki kebas.. Kalau terjaga awal sempat lagi nak picit-picit kaki tu. Dulu selalu la aku terjaga masa semua orang dah bangun, tu pun orang sebelah kejutkan. Ada sekali tu, bangun terus jatuh balik.. Kebas-kebas..

Tapi, ni paling malu. Tin biskut satu..

Masa ni kat Langkawi.. Bulan Februari 2011. Aku pergi kursus keusahawanan. Masuk je masjid, aku pergi duduk depan sekali. Daripada awal lagi aku dah rasa tak sedap hati. Dah la pakai baju besar-besar tulis kat belakang dia..

"KONSERT DIRAJA OKU"

Segan lak aku. Tapi tak kisah la. Lepas tu tidur.. Paling lena sepanjang minggu tu rasanya. Maklum la, tengah berkursus. Bila bangun je kaki kebas. Orang sebelah gak yang kejut.. Maka, masa berdiri tu aku berpegang pada warga emas yang berumur dalam lingkungan 70-an.. Tak guna betul aku ni.. Ada la dalam 20 saat.. Sampai hilang kebas. Masa tu betul-betul aku nampak macam..

OKU.

Sengih je orang KIRI, KANAN, BELAKANG.. tu je la yang korang tau. hehe

2 comments:

Cha sahaja said...

hahaha...eh..pkai la bju tu sll..mst org keliling lyn special nnt..gahgahgah.

Jai said...

hehe..