nuffnang

Saturday, September 24, 2011

u jump i jump

Dah 2 hari aku terjaga awal. Dalam pukul 4.30 pagi lebih kurang. Terus rasa segar. Perkara pertama yang aku buat, solat Isyak.. hehe.. Lepas makan terus tidur. Mengantuk. Lepas tu aku rendam baju sikit dan siap-siap nak pergi solat Subuh.

Lepas Subuh aku masuk bilik cari 'Kipas Lipas', tapi tak jumpe.. Dalam rumah aku, siapa bangun awal ada kuasa nak pegang 'kipas lipas' ni. haha..

Pukul 7 pagi, aku pun rasa nak basuh baju yang aku rendam pukul 5 pagi tadi.. Masa nak berus baju tu, tiba-tiba keluar seekor makhluk bernama cicak dari celahan baju..

"OPOCOT MAK KAU"

Tekojut den.. Bila tinjau-tinjau dalam baldi, aku nampak lagi seekor tengah terkapai-kapai.. Kalau biar sampai petang mesti dah kembung.. Aku rasa dari sini la orang belajar tentang istilah..

" YOU JUMP, I JUMP.."

Saturday, September 10, 2011

Tragedi di kala Jumaat.

Solat Jumaat merupakan satu kewajipan untuk kaum Adam.. Tapi hari ni kita bukan nak bercerita tentang hukum-hakam Solat Jumaat tu, tapi tragedi-tragedi yang berlaku sepanjang aku menunaikan Solat Jumaat ni di masjid-masjid berhampiran.

Tragedi # 1
Aku dah lupa pula masa umur berapa tahun.. Tapi tak lebih darjah 3. Masa ni kat kampung. Aku bersolat Jumaat kat masjid seberang jalan je. Masa tu awal lagi. Baru nak pukul satu. Aku lambat sikit. Aku tengok abang-abang aku dengan sepupu duduk kat saf-saf belakang. Pak Cik aku duduk saf depan. Aku pun pergi depan. Angkat takbir, solat.. Dalam hati Pak Cik aku, bagus la budak ni solat sunat.. Tapi empat rakaat.

Pak Cik: Kenapa sembahyang empat rakaat?
Azdn : Tadi datang lupa nak sembahyang Zohor..

Dah la kat depan tu ramai orang.. Pakcik-pakcik.. Semua sengih je.. Rilek la Pakcik.. haha

Tragedi #2
Kisah ni terjadi lepas solat Jumaat. Keluar je pintu masjid aku terus berjalan pandang depan. Sekali...

GEDEBUK..!!

Aku terlupa pasal tiga anak tangga yang ada dekat situ.. Malu-malu.. Tapi sebab ramai orang tengah keluar masjid, cover baik. haha

Tragedi #3
Ni ada unsur-unsur mistik dan khayalan.. Biasa la orang kalau seharian membanting tulang, mesti penat.. Masuk masjid terus lelap. Tapi rasanya aku dah tak kerja masa tu. Tapi tak kisah la.. Maka aku pun terlelap.. Yang syoknya. Mimpi silih berganti. Semua macam filem pendek..

Tiba-tiba ada bola menuju ke muka aku.. Apa lagi, terus aku angkat tangan nak tahan.. Sekali aku perasan. Eh mimpi.. Amboi, sampai ternaik tangan. Nasib baik tak menjerit. Dah la Imam tengah baca khutbah. Ceh, nak cover buat macam tengah buat regangan tangan..

Tragedi #4
Dalam banyak-banyak tragedi, ni yang paling aku segan nak cerita.. Malu ooo malu.. Kalau tin biskut tu super flexible, lama dah aku masuk.

Meh aku cerita. Dalam banyak-banyak tragedi di kala Jumaat, aku rasa yang ni la pengalaman yang semua lelaki pasti rasa sekurang-kurangnya sekali seumur hidup, jarang-jarang atau tiap-tiap kali Solat Jumaat.

Kalau dah sedap tidur, memang tak perasan khutbah dah habis.. Bila nak berdiri, alamak ai kaki kebas.. Kalau terjaga awal sempat lagi nak picit-picit kaki tu. Dulu selalu la aku terjaga masa semua orang dah bangun, tu pun orang sebelah kejutkan. Ada sekali tu, bangun terus jatuh balik.. Kebas-kebas..

Tapi, ni paling malu. Tin biskut satu..

Masa ni kat Langkawi.. Bulan Februari 2011. Aku pergi kursus keusahawanan. Masuk je masjid, aku pergi duduk depan sekali. Daripada awal lagi aku dah rasa tak sedap hati. Dah la pakai baju besar-besar tulis kat belakang dia..

"KONSERT DIRAJA OKU"

Segan lak aku. Tapi tak kisah la. Lepas tu tidur.. Paling lena sepanjang minggu tu rasanya. Maklum la, tengah berkursus. Bila bangun je kaki kebas. Orang sebelah gak yang kejut.. Maka, masa berdiri tu aku berpegang pada warga emas yang berumur dalam lingkungan 70-an.. Tak guna betul aku ni.. Ada la dalam 20 saat.. Sampai hilang kebas. Masa tu betul-betul aku nampak macam..

OKU.

Sengih je orang KIRI, KANAN, BELAKANG.. tu je la yang korang tau. hehe

Sunday, September 4, 2011

BAHANA MLM


Di hari raya ni, tiba-tiba aku rasa macam nak bercakap sesuatu pasal MLM.

Saturday, September 3, 2011

Raya la Raya Raya..

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua blogger, para pembaca, kawan-kawan, serta semua kaum Muslimin dan Muslimat..

Best raya?
Sempena raya tahun ni, aku dapat lagi seorang anak buah.. Lelaki pula.. Kira dah sepasang la ye.
Disebabkan kakak aku baru bersalin, aku balik kampung bertiga je dengan abang dan abahku..

Lagi satu jam nak balik raya, baru aku perasan takde satu pun baju baru yang aku beli untuk raya kali ni.. Yang ada semuanya jersi yang aku pakai hari-hari daripada sem lepas. Tapi tak kisah.. Raya punya pasal apa pun boleh. Jersi FBT, Manchester United, Adidas downtown, Reebok, dengan baju pink kejohanan olahraga UniMAP, semua aku angkut bawa balik kampung. Baju melayu pun pakai tahun bila punya tah. haha..

Macam tahun-tahun yang lepas, aku balik ke JB. Rumah mak cik aku.. Sebab nenek aku duduk sana sekarang. Tiap-tiap kali raya, mesti abahku akan bawa kami pergi rumah saudara-mara yang aku tak pernah kenal daripada kecil. Dekat kampung mana tah. Lupa dah aku.. Tapi jangan main gila, hidangan hari raya dia sangat mengancam. Mana nak dapat ubi kayu hari raya pertama. Sambal dia pula, perrh.. Sampai tak cukup.

Tengah hari raya ketiga baru la kami pulang ke ibu kota. Tak la sesak sangat. Biasa la hari raya, ramai orang. Hari ni dah masuk raya yang kelima, rumah member sorang pun aku belum raya. Tiket bas pun belum beli lagi. Beg baju? Seluar? Aiseymen.. Seminggu je lagi nak balik Perlis.. Tapi semua tu tak boleh jalan sebab gaji pun tak keluar lagi. Duit raya ada la sikit.. Haha..

Selamat ye kawan-kawan..
Maaf Zahir Batin.

azdn: datang la rumah, sorang-sorang aku suap :p