Kalau korang masih ingat sirah Nabi Muhammad, baginda didatangi oleh malaikat Jibril sewaktu kecil. Jibril membelah dada baginda dan mencucinya menggunakan air zam-zam. Adakah hati baginda yang dicuci itu, sama dengan hati yang kita kenali hari ini dari segi bentuknya dan fungsinya. Aku masih ingat lagi dulu pernah ada orang tanya kat ustaz kedudukan hati dalam badan manusia. Jawapan ustaz tu simple je.
"Di antara hujung rambut dan hujung kaki"
Dalam cerita 3 idiot lakonan Aamir Khan, dia ada cakap
"Our heart is a big coward"
Maka, kita perlulah selalu menyebut " All iz well" untuk menenangkan hati. Tapi tu dalam cerita Hindustan. Kalau kita sebagai orang Islam, banyak-banyakkan la beristighfar dan berselawat. Tak gitu?
Dalam hidup kita ni, hati memainkan peranan yang penting selepas kita berfikir pakai otak. Lagi-lagi kalau banyak pilihan. Orang biasa cakap "Dengar kata hati"
Kalau orang malas nak cakap dah pun, diorang akan cakap "Suka hati kau la"
Nampak tak sekarang betapa hati tu sangat mempengaruhi hidup kita sebagai seorang manusia. Nak bercinta pakai hati, nak berfikir pakai hati, nak buat apa-apa pun, nak kena jaga hati orang. Tapi dalam banyak-banyak cerita pasal hati, yang ni paling korang kena tahu dan ambil tahu..
( Riwayat Bukhari dan Muslim )