Lepas tengok result aku semalam, aku pun keluar dari rumah.. Bukan lari rumah.. Keluar bagi hilang rasa nak nangis. haha. Aku menuju ke Pusat Seni Lukis Negara. Tengok benda-benda seni. Cantik memang cantik. Tapi aku datang tak bawa kamera. Maka, tiada gambar ok..
Sebenarnya aku datang nak dengar Sue Anna Joe(SUJ) bagi talk pasal fotografi. Siapa tak kenal Sue Anna Joe kan. Seorang yang sangat kreatif bab-bab fotografi ni. SUJ kata kalau nak gambar lawa, tak semestinya kamera kita kena mahal atau MP yang tinggi.
SUJ kata sebelum dia beli kamera DSLR, dia guna kamera digital biasa je.. Itupun banyak gambar yang lawa-lawa. Tak payah keluar rumah pun dah boleh dapat banyak gambar cantik-cantik. SUJ kata, guna kamera 5MP pun takpe. Asalkan kau kreatif. Kreatif ye kawan-kawan..
Benda-benda biasa pun akan jadi lawa kalau kita ambil gambar dari sudut-sudut tertentu.. Contohnya untuk gambar potrait, beri perhatian pada mata. Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira semasa ambil gambar ni termasuklah sudut perspektif, warna, dan sebagainya.
Nasihat SUJ, jadilah kreatif... Banyakkan eksperimen.. Boleh juga edit pakai Photoshop supaya lebih menyerlah dan menarik.. Jadilah diri anda.. Jangan tiru karya orang lain.
4 comments:
nice. kenape tak cakap pegi jumpe die. alaaa. baru nk tlon mintak otograp. hih.
ingat ko dah ade kat sane. :D
sekarang berlatih guna kamera henpon :P
syida: pakai hp lagi senang.. kat celah2 mane pon boleh.. haha
Post a Comment