nuffnang

Sunday, May 29, 2011

ARMAGEDDON

Pada hari Khamis lepas, aku telah membeli sebuah buku yang bertajuk 'ARMAGEDON 2012' yang ditulis oleh Muhammad Alexander.. Memandangkan MPH sedang buat jualan besar-besaran dekat Great Eastern Mall sekarang, aku berjaya mendapatkan diskaun 15% untuk buku ni.

Buku ini mengandungi 22 bab. Setiap bab mempunyai ceritanya yang tersendiri. Contohnya Bab 1 dalam buku ni menceritakan tentang filem 2012 itu sendiri. Dalam filem ini, kiamat berlaku pada 21 Disember 2012. Pada tarikh itu keadaan di bumi menjadi sangat huru-hara. Semua bangunan simbol keagamaan musnah sama sekali. Namun begitu, pengarah filem membiarkan Kaabah tetap kukuh kerana tidak mahu dianggap menghina Islam.

Pernahkah anda terfikir, mengapa kiamat diramalkan pada tahun 2012? Jawapannya ya, hanyalah ramalan semata-mata. Ramalan ini telah dibuat oleh Kaum Maya
. Kaum Maya masih lagi wujud hingga ke hari ini. Mereka mempunyai sistem pengiraan sendiri yang dapat mengira sehingga berjuta tahun dan mahir dalan ilmu astronomi sehingga mampu menghasilkan kalender angkasa lepas. Dipendekkan cerita, angka 2012 hanya merupakan satu tempoh kitaran dunia yang dibuat 1,406,446 hari yang lalu ataupun bersamaan 5125.36 tahun. Kiraan tersebut jatuh pada tarikh 21 Disember 2012.

Buku ini sangat menarik kerana turut menceritakan tentang bencana akhir zaman dan 10 tanda-tanda besar Kiamat. Selain itu, perihal Dajjal dan Yakjuj Makjuj juga dibincangkan secara terperinci. Lima bab buku ini telah pun dihabiskan, bermakna tinggal lagi 17 bab yang masih perlu dibaca. Kalau teruskan membaca dengan konsisten, Insya Allah hujung bulan depan boleh habis.


azdn: waktu break pergi surau baca buku ni. Wah, lepas ni boleh la beritahu "Hobi saya membaca"

Wednesday, May 18, 2011

(Photography) Panning

Lokasi: KLCC
Masa : 6pm-7pm

Pelajaran kita pada hari ini adalah bagaimana untuk menghasilkan gambar panning. Panning merupakan salah satu teknik dalam fotografi di mana objek bergerak adalah sharp dan latar belakang akan kelihatan agak blur.. Lagi laju objek, lagi cantik gambar panning yang akan terhasil.

Tuesday, May 17, 2011

(Animated) trip

create avatar


si kecil

Gambar pertama yang diambil setibanya di rumah..

"Hai Zara.. Pak Su ni.."

Sudah genap 6 bulan si kecil ni..
Cepat la belajar jalan.. Nanti boleh Pak Su bawa pergi jalan-jalan.
Cepat la belajar ABC.. Nanti boleh baca blog Pak Su

Sekarang.. Cepat tidur.. Pak Su da penat.. haha..


azdn: zara, zara.. dah besar nanti Zara nak jadi apa?

Monday, May 16, 2011

tarikh keramat

-SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur (depan tasik)
-Batch ke-6 -2003-2007

Selamat Hari Guru.. sekarang dah pun 16 Mei 2011.. Bila bercakap pasal guru-guru atau pun kita lebih biasa panggil cikgu, aku mesti akan teringat zaman kat asrama. Akan terbayang muka warden aku sorang-sorang.. Dalam ramai-ramai cikgu, kenangan dengan warden asrama la yang paling banyak. Kat sekolah diorang, asrama pon diorang.. Daripada bangun tidur, sampai nak tidur.. Pasti akan hadir wajah-wajah ini.. Selamat hari guru cikgu-cikgu sekalian.. Halalkan ilmu dan makan minum.. Memori indah, pahit, manis, suka, duka pasti dikenang selamanya.. Insya Allah.


Insan dalam bulatan kuning merupakan warden-wardenku..


azdn: segala marah dan rotan sentiasa dijadikan pengajaran. Supaya tak kantoi lagi. hehe






Wednesday, May 11, 2011

sangsi

Ketibaan di perhentian bas Jalan Duta membawa seribu tanda tanya. Lengang dan sunyi. Oh, Puduraya dah beroperasi kembali. Pasti lepas ini aku di situ juga. Jalan Duta sudah seperti dahulu, sebelum Puduraya ditutup. Sunyi, hanya jadi tempat persinggahan bas-bas yang menurunkan penumpang. Aku menarik beg, mendaki bukit, menuju ke Majid Wilayah.. Berat sungguh.. semacam keldai menarik beban. Jika tak difikir tuan empunya beg yang datang ambil, mungkin dah dilempar ke dalam semak.

Rumah masih seperti dahulu, tiada yang berubah, hanya fizikal dan minda penghuninya berbeza. Sudah tidak kenal orang lagi budak ni.. "Zara, Pak Su dah pulang." Bila dihampir melalak tak kesudah. Yang botak dahulu sudah berambut, yang kurus sudah berisi, yang becok tetap begitu..

5 bulan di negeri orang, bukan tidak pernah pulang ke rumah.. Banyak yang sudah dilupa. Arah kiblat sudah keliru. 2 kesilapan dalam sehari. Teringat kembali kepulangan terakhir.. Kira-kira sebulan yang lalu. Dua kematian dalam 3 hari. Syukur aku pulang.. Orang-orang penting dalam hidupku dan keluargaku. Kembali ke pangguan-Nya.

4 bulan ini penuh kesangsian, apa isinya, apa huraiannya. Bermacam agenda sudah dirancang. Ayuh lakukan satu persatu. Atau hanya sekadar omongan. Misteri kekal misteri..

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu


Saya sayang mak saya.. Tapi nak cakap depan-depan macam segan je.. Ala.. mak mesti faham punya.. Hehe..
Halal makan minum ye mak.. Dah balik nanti kita sembang-sembang.. Tulis banyak-banyak kat sini pun bukan mak ada blog.. Macam mana nak komen nanti kan.. :p