nuffnang

Tuesday, July 30, 2013

2013

Benarlah kisah tentang 5 perkara sebelum 5. Antara 5 itu, salah satunya adalah masa yang lapang sebelum datangnya kesempitan. Kesempitan untuk melakukan apa yang biasa kita kerjakan atau kesempitan untuk melakukan perkara-perkara yang telah kita rancangkan. 

Tahun 2013 membuka satu dimensi baru yang membuat diri ini cuba untuk berfikir secara lebih matang dengan keterbukaan yang bersesuaian dengan ajaran Islam dan adat-adat ketimuran orang-orang Melayu di Nusantara. Namun, masih juga diri dengan ketidakmatangan berurusan dengan perkara yang jarang berlaku. Misalnya dihina, dicela. Kerana beranggapan diri ini tidak mencela manusia lainnya terang-terangan, maka yang lain juga tak boleh mencela dan menghina. Maka, penyelesaian yang buruk diambil. 

Perancangan manusia itu sentiasa ada cacatnya. Sungguh yang lebih hebat merancang hanyalah Allah, yang mengetahui apa sahaja yang dilangit dan dibumi. Yang mengetahui batu-batu yang di dalam kegelapan dan daun-daun yang berguguran. Yang tertulis sekian lama di Luh Mahfuz. Yang mana sia-sia sahaja jika manusia itu mahu jadi insan beriman, Muslim sejati, tapi tidak percaya pada ketentuan dan takdir Allah. 

Diperhati diri ini, diteliti.. Jauh berbeza daripada 5 tahun sebelumnya. Kini lebih matang, lebih sabar mungkin, lebih berfikir, lebih peka. Masih banyak perlu diperbaiki. Baki 2013 ini masih panjang. Walau masih sekitar 5 purnama sebelum berlabuh tirai tahun ini, akan cuba dicari cukup-cukup ilmu hidup. Ilmu untuk saki baki perjuangan hidup sementara ini. Agar dapat diteruskan generasi seterusnya.. hingga ke zaman yang akhirnya.. Hingga bila hari kita dibangkitkan semula, bukanlah suatu yang sia-sia perjuangan ini. 

Insya Allah 
Mohd Azdn, 30 Julai 2013, 10.40 malam